Bantuan Sara Hidup Kepada Rakyat Ganti BR1M. Semenjak kerajaan baharu Pakatan Harapan mengambil alih tampok pemerintahan daripada Barisan Nasional, pelbagai perubahan yang dilakukan oleh mereka. Kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi pengumuman pada sidang media bersama barisan kabinet pada 30 Mei 2018 menyatakan bahawa Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diberi nama baru iaitu Bantuan Sara Hidup Rakyat atau ringkasnya BSH. Dengan jumlah bantuan yang sama bantuan ini akan diteruskan bagi meringankan beban rakyat Malaysia dan pembayaran fasa 2 akan dibuat pada tarikh 6 Jun 2018.
Perdana Menteri juga mengumumkan berita baik untuk penjawat awam bergred 41 ke bawah. Mereka akan menerima Bantuan Khas Raya sebanyak RM400. Selain itu pesara kerajaan juga akan mendapat bantuan daripada kerajaan sebanyak RM200 sebagai persiapan hari raya Aidilfitri. Bantuan ini akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.
BR1M Digantikan Dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH)
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Bantuan Sara Hidup dan perkara lain yang dimaklumkan oleh PM Tun Mahathir sewaktu sidang media selepas mesyuarat kabinet pada hari Rabu, 30hb Mei 2018.
Selain Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH), perkara lain yang diumumkan adalah Cukai SST, pembayaran bonus, Tabung Harapan dan lain-lain perkara seperti berikut:-
Isi Penting Pengumuman Perdana Menteri 30 Mei 2018 | |||
Berikut merupakan intipati penting pengumuman PM buat panduan semua: | |||
NO | PERKARA | ||
1. | Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan menggantikan GST bermula 1 September 2018. | ||
2. | Projek laluan MRT3 tidak akan diteruskan lagi. | ||
3. | Harga bahan bakar (minyak) diesel dan petrol RON95 dikekalkan manakala RON97 diapungkan mengikut harga pasaran. | ||
4. | Diskaun 50% untuk semua tol di lebuh raya dua hari sebelum raya. | ||
5. | Projek HSR akan dibatalkan, bergantung kepada perbincangan dengan kerajaan Singapura kerana ia melibatkan kos yang tinggi kedua belah negara. | ||
6. | Kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat Pertanian | ||
7. | Kerajaan telah melancarkan Tabung Harapan untuk rakyat menyalurkan bantuan bagi menyelesaikan hutang negara. Hasil daripada derma ini akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan. | ||
8. | Kewujudan Biro Tata Negara akan dikaji. | ||
9. | Bersempena dengan musim perayaan, skim kawalan harga akan dilaksanakan. | ||
10. | Kewangan negara pada ketika ini perlu ditadbir dengan berhati-hati bagi mengurangkan kos pentadbiran negara. | ||
11. | Tema hari kebangsaan 2018 ialah Sayangi Malaysiaku. | ||
12. | Program Permata akan dipindahkan ke Kementerian Pendidikan daripada Jabatan Perdana Menteri | ||
13. | Projek ECRL masih lagi dalam kajian. | ||
14. | Misi pencarian MH370 akan dihentikan. | ||
15. | Rangkaian Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan 41 perlawanan Piala Dunia 2018 di Rusia secara percuma. Sebanyak 27 siaran secara langsung dan 14 siaran tertunda akan disiarkan |
Semoga pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan ini dapat membantu rakyat dan meningkatkan lagi pengukuhan ekonomi di mata dunia. Semoga semangat Malaysia baharu ini menjadi titik permulaan Malaysia yang lebih baik.