Semakan Bantuan Khas COVID19, Tarikh Bayaran BKC & Permohonan BKC. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui pengumuman Pakej PEMULIH telah mengumumkan Pemberian Bantuan Khas Covid-19 (BKC) mengikut beberapa kadar dan kategori. Pemberian ini dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu, warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.
Ianya adalah tambahan daripada peruntukan tambahan sebanyak RM4.9 bilion yang diumumkan pada semasa pengumuman Pemerkasa Plus di mana kerajaan bersetuju untuk memberi bayaran tambahan bagi Bantuan Prihatin Rakyat sehingga RM500 pada bulan Julai dan bayarannya akan dibuat secara berperingkat mulai hujung Jun. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembayaran kredit Fasa 1 bermula 6 hingga 10 September 2021. Manakal pembayaran bagi Fasa 2 bermula pada 25 November 2021. Terkini, Perdana Menteri mengumumkan pembayaran BKC bagi Fasa 3 akan bermula pada 20 Disember 2021 secara berperingkat.
Bantuan Khas COVID19 PEMULIH
Nilai keseluruhan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH berjumlah 150 bilion ringgit merangkumi suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak 10 bilion ringgit. PEMULIH bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.
Bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021, kerajaan umumkan pemberian Bantuan Khas Covid-19 atau BKC dengan kadar dan kategori seperti berikut:
Kategori Penerima & Kelayakan
Jumlah & Tarikh Bayaran BKC
- Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada 6 – 10 September, 500 ringgit pada 25 November, dan RM300 pada 20 Disember 2021
- Individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada 6 – 10 September dan RM300 pada 25 November
- Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 ringgit pada 6 – 10 September dan RM300 ringgit pada 20 Disember 2021
- Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada 6 – 10 September
- Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada 6 – 10 September.
Permohonan BKC
Tidak perlu permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sediada iaitu :-
Data Bantuan Prihatin Nasional 2021 untuk kategori Miskin Tegar dan B40. Manakala Data percukaian LHDNM digunakan untuk menentukan mereka yang layak di bawah kategori M40.
Semakan BKC 2021
Bagi menyemak status kelayakan penerima BKC, sila buka pautan di bawah:
Sekiranya anda menghadapi pertanyaan lanjut berkenaan bantuan ini sila rujuk:
Maklumat Lanjut
Secara keseluruhan, pemberian khas BKC ini dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang
Untuk ucapan teks penuh pakej PEMULIH, sila download di PMO.