Susulan pembentangan Belanjawan 2023, Menteri Kewangan telah mengumumkan pelbagai inisiatif untuk membantu setiap golongan masyarakat dalam negara. Setelah menghadapi pandemik yang mencabar, kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan tunai kepada mereka yang berkelayakan dengan inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menggantikan Bantuan terdahulu. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan BKM 2022, Kemaskini borang & Semakan Bantuan Keluarga Malaysia.
Inisiatif bagi tahun 2022 ditambah baik daripada bantuan sebelum ini dari segi jumlah bantuan dan juga kriteria penerima. Dengan peruntukan sebanyak RM8.2 billion, BKM dijangka memberi manfaat kepada 9.6 juta penerima yang berkelayakan. Kerajaan akan menggunakan data atau maklumat yang sedia ada dan juga membuka permohonan baru untuk mereka tergolong dalam kriteria yang ditetapkan.
Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2023 : Permohonan, Kemaskini & Semakan Status
Di bawah dikongsikan informasi berkenaan BKM 2022 untuk panduan semua. Untuk makluman, Bayaran BKM akan dibuat secara empat (4) fasa mulai Mac 2022.
Terkini 2023 : Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ke-10 telah mengumumkan pada 20 Disember 2022 bahawa Bantuan akan diteruskan dan pembayaran Fasa Pertama akan dibuat pada bulan Januari 2023. Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Makluman BKM 2023 : Pada pembentangan Bajet 2023, Menteri Kewangan mengumumkan penerusan inisiatif BKM untuk tahun 2023. Jumlah bantuan kewangan yang diumumkan adalah seperti berikut:
-RM2,500 : Isi rumah pendapatan RM2,500 ke bawah dan mempunyai 5 anak atau lebih
-RM1,000 hingga RM2,000 : Isi rumah pendapatan RM2,500 ke bawah dan mempunyai 1 hingga 4 anak
-RM500 hingga RM1,250 (bergantung kepada bilangan anak): Isi rumah pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 dan mempunyai 1 hingga 4 anak
-RM 600 : Warga emas tiada pasangan (bergantung kepada pendapatan)
-RM350 : Bujang (bergantung kepada pendapatan)
-RM500 : Tambahan untuk ibu dan bapa tunggal
MAKLUMAN FASA 3: Bermula 20 September 2022, pembayaran BKM Fasa 3 akan dibuat secara berperingkat seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
MAKLUMAN FASA 2 : Pembayaran BKM Fasa 2 akan dibuat bermula 27 Jun 2022 secara berperingkat. Perdana Menteri juga mengumumkan BKM Tambahan kepada B40 selepas penarikan subsidi ayam dan minyak masak berbotol yang akan mempengaruhi kenaikan harga barang yang lain. Oleh itu, isi rumah B40 akan menerima RM100 manakala penerima bujang akan mendapat RM50 bersama dengan pembayaran Fasa 2 BKM.
MAKLUMAN FASA 1 : Pembayaran Fasa 1 BKM akan dibuat bermula 28 Mac hingga 8 April 2022 seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan pada 19 Mac 2022
Jumlah Bantuan BKM Mengikut Kategori
Berikut adalah perincian kategori serta jumlah bantuan yang telah ditambah baik untuk membantu rakyat yang berkelayakan:
1. Pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan
-RM1,100 (bagi pasangan yang tiada anak)
-RM1,600 (bagi pasangan yang mempunyai 1 atau 2 anak)
-RM2,100 (bagi pasangan yang mempunyai 3 anak atau lebih)
2. Pendapatan isi rumah antara RM2,501 hingga RM5,000 sebulan
-RM500 (bagi pasangan yang tiada anak)
-RM700 (bagi pasangan yang mempunyai 1 atau 2 anak)
-RM900 (bagi pasangan yang mempunyai 3 anak atau lebih)
*Jika isi rumah merupakan warga emas, tambahan RM300 akan diberikan. Manakala bagi ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, akan menerima tambahan RM500
3. Warga emas bujang atau tidak mempunyai pasangan (tiada tanggungan) dan pendapatan kurang daripada RM5,000
-RM650
4. Bujang berpendapatan kurang daripada RM2,500
-RM400
Syarat Kelayakan BKM Mengikut Kategori
Untuk memastikan kelayakan dan kategori penerima BKM, sila rujuk syarat-syarat di bawah:
1. Isi Rumah
-Berkahwin atau
-Ibu atau bapa tunggal, balu, janda, duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat dan
-Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
2. Warga emas bujang atau tiada pasangan
-Bujang atau ibu atau bapa tunggal, balu, janda, duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat dan
-Berumur adalah 60 tahun dan ke atas dan
-Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
3. Bujang
-Bujang atau ibu atau bapa tunggal, balu, janda, duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat dan
-Berumur 21 hingga 59 tahun dan
-Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
Tarikh Permohonan Baru Dan Kemaskini Maklumat
Permohonan baru akan dibuka kepada mereka yang tiada dalam rekod atau pangkalan data LHDNM pada tarikh yang dikongsikan di bawah. Jika anda merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)/Bantuan Khas Covid (BKC), tiada permohonan baru diperlukan. Tetapi jika terdapat sebarang perubahan maklumat untuk menukar kategori penerima, sila kemaskini maklumat pada tarikh berikut:
- Dibuka : 1 Januari 2022
- Ditutup : 31 Januari 2022
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa oleh LHDNM
Semakan Permohonan BKM
Semakan status permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi BKM pada tarikh yang akan dimaklumkan. Langkah-langkah semakan adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi BKM
- atau Bantuan Tunai Hasil
- Klik Log Masuk BKM dan login menggunakan ID pengguna (Nombor MyKad) dan kata laluan yang telah didaftarakan.
- Jika berjaya log masuk, klik pada Semakan Status untuk menyemak status permohonan BKM.
- Paparan status permohonan anda akan dipaparkan beserta nama dan no. MyKad.
Rayuan BKM
Sekiranya pemohon mendapat status tidak lulus ataupun lulus tetapi ingin membuat rayuan tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan, permohonan rayuan BKM 2022 boleh dibuat pada:
- Secara Online : 2 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022
- Secara Manual : 9 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022
Kaedah rayuan boleh dibuat secara online di portal rasmi BKM atau secara manual dengan mendapatkan borang di di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan informasi terperinci mengenai BKM, sila rujuk atau hubungi:
FAQ Permohonan Baharu dan Kemaskini Maklumat Permohonan BKM 2022
Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Hubungi MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Semoga perkongsian berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia BKM memberi manfaat buat semua.
Related : memastikan tiada yang tercicir, tiada dalam pangkalan data, menerusi bantuan keluarga malaysia, timbalan menteri kewangan, tahun hadapan, lembaga hasil dalam negeri lhdn katanya, permohonan bantuan keluarga malaysia, penutupan karnival usahawan dan koperasi, layak dan tiada, dilaksanakan empat kali setahun, setahun dan, selepas merasmikan, pangkalan data kerajaan, shahar abdullah berkata, 1 hingga 31 januari, diluluskan permohonan bantuan prihatin rakyat, bantuan kerajaan, gkp yang tidak diluluskan, log masuk, untuk membuat, permohonan baharu bkm, https bkm.hasil.gov.my, cawangan lhdnm, semakan bkm 2022, kemaskini bkm, klik teruskan, perlu membuat kemas, soalan lazim, perlu membuat permohonan baharu, berstatus lulus semasa permohonan secara dalam talian, kemaskini permohonan, borang kemas kini maklumat, tarikh kemaskini, julai 2022, maklumat berikut, cara daftar, syarat kelayakan permohonan bkm 2022, semasa permohonan baharu bkm https bkm.hasil.gov.my, kata laluan yang telah didaftarkan,