Download Borang Permohonan BR1M 2019 BK-01. Apakah cara membuat permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2020? Mereka yang berkelayakan dan masih belum membuat permohonan baru/ kemaskini BR1M tahun 2020 boleh berbuat demikian dengan mengisi borang secara online atau manual. Pengisian borang permohonan BR1M 2020 secara manual adalah melalui Borang BK-01 2019 yang boleh dimuat turun di Portal Rasmi eBR1M. Borang adalah percuma.
Permohonan baru atau pendaftaran BR1M 2018 telah dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018. Mengisi borang permohonan BR1M secara atas talian/ online adalah pilihan ramai para pemohon. Permohonan boleh dibuat dengan melayari Portal Rasmi eBR1M.
INFO TERKINI
Setelah mesyuarat kabinet diadakan pada 30 Mei 2018 yang lalu, kerajaan telah mengumumkan BR1M akan digantikan dengan nama baharu iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH).
Sila layari pautan di bawah untuk mendapat info lanjut:
Borang Permohonan BR1M 2018
Untuk pendaftaran secara manual, Borang BR1M yang telah lengkap diisi perlu dihantar secara serahan tangan di kaunter cawangan LHDNM termasuk di UTC, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), atau Pejabat Daerah / Pejabat Residen. Penghantaran borang secara faks atau e-mail adalah tidak diterima dan menyebabkan permohonan gagal atau ditolak.
Kategori permohonan baru adalah untuk mereka yang :-
- Belum pernah memohon
- Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang telah meninggal dunia atau bercerai
- Pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan BR1M sebelum ini
Kemaskini Borang pula diperlukan jika terdapat perubahan dalam maklumat peribadi seperti alamat, no telefon dan sebagainya.
Cara Mengisi Borang Permohonan BR1M 2018
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Borang BR1M BK-01 2018 termasuk cara memuaturun atau download serta cara membuat pengisian. Juga dikongsikan cara membuat permohonan secara online.
Sila klik pautan berikut untuk memuat turun Borang BR1M BK-01 2018 dalam PDF,
- Borang BR1M BK-01 tahun 2018
Di antara maklumat yang perlu diisi dalam borang permohonan dan kemaskini BR1M adalah seperti berikut :-
- Nama seperti dalam MyKad
- No MyKad
- Jantina
- Status Perkahwinan
- Alamat surat menyurat terkini
- Maklumat bank
- No Telefon
- Pekerjaan
- Maklumat sendiri atau isi rumah
- Maklumat waris (Untuk tuntutan skim khairat kematian SKK jika ada)
- Senarai semak dokumen sokongan
- Akuan/ Tandatangan
- Semua ruangan yang berkaitan dalam borang perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen. Maklumat perlu diisi dalam Bahasa Malaysia.
Untuk permohonan secara online, sila layari Portal Rasmi BR1M di Permohonan Baru. Masukkan No Kad Pengenalan dan Hantar
NOTA : Seseorang yang memberi maklumat palsu boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun dan denda serta disenaraihitam oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari menerima BR1M.
Contoh Borang BK-01
Berikut adalah paparan muka Borang permohonan BR1M 2018
Dokumen Permohonan Yang Diperlukan
Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan semasa memohon :-
- MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
- Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
- Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
- Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 adalah TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.
Proses Verifikasi Permohonan BR1M 2018
Setelah borang permohonan BR1M 2018 dihantar dan jika pemohon melepasi syarat kelayakan diatas. Proses tapisan akan dibuat oleh beberapa agensi kerajaan yang disenaraikan di bawah ini. Hanya pemohon yang melepasi tapisan sahaja yang akan layak menerima BR1M. Senarai nama agensi yang terlibat dalam proses semakan dan verifikasi adalah seperti berikut :-
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) termasuk PDRM
- Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Kumpulan Wang Persaraan
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Kementerian Luar Negeri
- Jabatan Agama Islam Negeri
- Kementerian Pendidikan Tinggi
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Maklumat Lanjut BR1M
Untuk sebarang pertanyaan mengenai BR1M, sila rujuk dan hubungi :-
1. Sekretariat BR1M
- Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Presint 2, 65292 Putrajaya
2. Hotline BR1M LHDNM
- 1-800-88-2716
- Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang
3. Hotline BR1M MOF
- 03-8882 4565, 03-8882 4566
4. e-Mel
- br1m@treasury.gov.my
5. Laman Web/ Portal Rasmi eBR1M
- https://ebr1m.hasil.gov.my/
Selamat membuat pengisian Borang Permohonan BR1M 2018 BK-01. Semoga permohonan BR1M anda berjaya diluluskan dengan jayanya.