Borang Rayuan Permohonan BSH 2020. Pasti ramai pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) tahun 2020 yang gagal dalam permohonan mereka. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan Rayuan BSH 2020 dan apakah pautan borang rayuan secara online dan manual? Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan cara membuat rayuan bantuan untuk mereka yang ingin merayu atas kegagalan dalam status permohonan mereka. Juga dikongsikan maklumat cara semakan rayuan BSH 2020 iaitu tarikh keputusan boleh disemaka beserta pautan.
Pemohon yang gagal dalam permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh membuat permohonan appeal BSH mulai tarikh 7 Ogos 2020. Bagi BSH tahun 2019, tarikh rayuan adalah bermula 1 Julai 2019 sehingga 15 Ogos 2019 seperti yang diumumkan secara rasmi di Portal BSH. Permohonan rayuan boleh dilakukan secara atas talian (online) ataupun dengan hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
INFO TERKINI : SEMAKAN RAYUAN BSH | |||
Menerusi makluman LHDNM, semakan status rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 boleh dibuat mulai 16 November 2020 di https://bsh.hasil.gov.my/ | |||
Setelah mesyuarat kabinet diadakan pada 30 Mei 2018 yang lalu, kerajaan telah mengumumkan BR1M akan digantikan dengan nama baharu iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH). Sila layari pautan di bawah untuk mendapat info lanjut: | |||
Permohonan Rayuan BSH 2020
Berdasarkan Siaran Media pembayaran Fasa 3 oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada Julai 2020 yang dipaparkan di Portal Rasmi BSH, tarikh untuk melakukan permohonan serta langkah untuk membuat permohonan rayuan diumumkan seperti berikut:
Tarikh Permohonan Rayuan & Semakan Rayuan BSH
Rayuan boleh dibuat pada tarikh berikut :-
- 2020 : 7hb Ogos 2020 hingga 6hb September 2020
- 2019 : 1hb Julai 2019 hingga 15hb Ogos 2019
- 2018 : 2hb April 2018 sehingga 31hb Mei 2018
- 2017 : 3hb April sehingga 31hb Mei 2017
Keputusan permohonan rayuan boleh di semak mulai :-
- 16 November 2020
Cara Membuat Rayuan BSH 2020
Berdasarkan BSH 2019, terdapat dua cara iaitu secara atas talian atau hadir ke cawangan LHDNM untuk membuat permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup BSH mengikut alasan atau sebab tidak lulus permohonan tertentu.
Kaedah permohonan rayuan secara dalam talian/ manual adalah seperti berikut:-
Borang Rayuan BSH 2020 Melalui Portal Rasmi (Online) | |||
Permohonan appeal dapat dilakukan secara atas talian (dibuat secara online) di Portal Rasmi BSH dengan cara berikut: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Klik Pautan Berikut: | ||
2. | Klik pada ikon Rayuan seperti dalam gambar di bawah: | ||
3. | Laman seterusnya memerlukan anda untuk mengisi nombor kad pengenalan atau MyKad tanpa tanda sengkang dan klik ikon kanta pembesar untuk memulakan carian | ||
4. | Turuti langkah-langkah seterusnya untuk melengkapkan rayuan anda. |
Rayuan BSH 2020 Yang Dibenarkan Secara Atas Talian | |||
Jika permohonan anda tidak lulus, anda boleh membuat rayuan secara atas talian tanpa hadir ke cawangan LHDNM sekiranya alasan tidak lulus adalah seperti berikut: | |||
KOD TIDAK LULUS | ALASAN TIDAK LULUS | ||
05 | Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang | ||
07 | Daripada rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/pasangan melebihi RM 4,000 | ||
09 | Daripada rekod agensi mendapati pendapatan pemohon melebihi RM 2,000 | ||
12 | Didapati pemohon berdaftar sebagai pemegang saham/pengarah syarikat/perkongsian liabiliti terhad | ||
13 | Didapati pasangan berdaftar sebagai pemegang saham/pengarah syarikat/perkongsian liabiliti terhad | ||
34 | Berdasarkan rekod agensi didapati pemohon tidak menetap di Malaysia/bekerja/belajar di luar negara | ||
RAYUAN TAMBAHAN (Permohonan BSH 2020 Lulus) | |||
Permohonan rayuan tambahan dibenarkan bagi ibu/bapa yang lulus permohonan BSH 2020 tetapi ingin menambah bilangan anak yang layak mendapat BSH (terhad kepada 4 orang) |
Nota: Permohonan rayuan secara dalam talian dibenarkan hanya untuk pemohon berstatus tidak lulus satu kod alasan tidak lulus atau Rayuan Tambahan bagi Permohonan Lulus BSH 2020 seperti di atas sahaja. Sekiranya tidak, anda boleh membuat rayuan melalui kaedah seterusnya.
Permohonan Rayuan Melalui Cawangan LHDNM
Kod Tidak Lulus BSH 2020 Dan Tindakan | |||
Kaedah atau cara untuk membuat permohonan secara Rayuan seterusnya adalah dengan hadir di mana-mana Cawangan LHDNM bermula 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020 (tertakluk kepada pindaan). Klik Jadual Pembukaan Kaunter Rayuan BSH di semua cawangan LHDNM. Pemohon boleh hadir ke LHDNM sekiranya Kod Alasan Tidak Lulus yang dipaparkan setelah membuat checking adalah seperti dinyatakan di bawah beserta tindakan atau dokumen sokongan yang perlu dibawa semasa membuat rayuan: | |||
SEMAKAN STATUS | |||
Semakan status permohonan rayuan tambahan boleh dilakukan mulai 16 November 2020 di portal rasmi BSH. Tarikh pembayaran akan dikemaskini berdasarkan pengumuman oleh kerajaan. |
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan dan rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 Fasa 1 & 2 dan BSH fasa 3 bsh/ akaun bank, pemohon rayuan BSH 2020 boleh menghubungi nombor dan maklumat yang tertera di bawah:
1. Sekretariat BSH
- Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Presint 2, 65292 Putrajaya
2. Hotline BSH LHDNM
- 1-800-88-2716
Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang
3. Hotline BSH MOF
- 03-8882 4565, 03-8882 4566
4. e-Mel
- br1m@treasury.gov.my
5. Laman Web
Selamat membuat permohonan rayuan tahun 2020 untuk pemohon yang gagal atau ditolak permohonannya. Diucapkan semoga permohonan rayuan yang dibuat secara dalam talian, secara manual berjaya diluluskan sekaligus anda dapat menerima Bantuan Sara Hidup 2020. tempoh permohonan rayuan, rayuan bsh 2020 secara