Penularan wabak COVID-19 yang mencetuskan pandemik di seluruh dunia telah menyebabkan pelbagai industri dan sektor pekerjaan terjejas. Di Malaysia, Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada peringkat awal dan disusuli Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember 2020. Bagi memastikan kebajikan rakyat terjamin, kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional. Berikut dikongsikan info berkenaan semakan BPN 2.0 Online & permohonan Bantuan Prihatin Nasional untuk panduan umum.
Pada 23 September 2020, Perdana Menteri mengumumkan Kerangka Inisiatif Tambahan Khas (KITA PRIHATIN) dengan meneruskan inisiatif Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0), Geran Prihatin Khas (GKP) dan Program Subsidi Upah. Dengan peruntukan RM7 billion, kerajaan menyasarkan lebih 10 juta penerima bantuan sebelum ini serta permohonan baru yang akan dibuka pada tempoh yang ditetapkan menerima manfaat kewangan mengikut kelayakan dan kategori penerima.
BPN 2.0 Bantuan Prihatin Nasional
Untuk mendapatkan maklumat terperinci berkenaan Permohonan & Semakan Bantuan Prihatin Nasional, ikuti perkongsian di bawah.
Kadar bantuan bagi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah mengikut kategori seperti berikut:
- Kategori Isi Rumah B40 (Pendapatan bulanan RM4,000 ke bawah) : RM1000
- Kategori Bujang B40 (Pendapatan bulanan RM2,000 ke bawah) : RM500
- Kategori Isi Rumah M40 (Pendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM8,000) : RM600
- Kategori Bujang M40 (Pendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000) : RM300
*Pembayaran akan dibuat dalam dua fasa iaitu Fasa 1 pada bulan Oktober 2020 dan Fasa 2 pada bulan Januari 2021. Bagi permohonan baharu, bayaran bantuan akan dibuat secara sekali gus pada Fasa Kedua.
Tarikh-Tarikh Penting
Berikut adalah tarikh-tarikh penting berkaitan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang dikongsikan oleh LHDN untuk panduan semua:
- Tarikh Buka Permohonan Baru: 15 Oktober 2020
- Tarikh Tutup Permohonan Baru: 15 November 2020
- Tarikh Buka Semakan Status BPN 2.0 : 15 Januari 2021
- Tarikh Tutup Semakan Status BPN 2.0 : akan dikemaskini
Permohonan BPN 2.0
Jika anda merupakan penerima BPN sebelum ini, anda tidak perlu memohon BPN 2.0. Bagi mereka yang layak untuk membuat permohonan baru, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari Portal Rasmi
- Masukkan no. MyKad 12 digit tanpa tanda sempang (-)
- Masukkan juga kod Captcha yang diberikan dan klik Butang Semak
- Jika status Tiada Rekod keluar, anda boleh membuat permohonan di butang Permohonan Baru
- Pastikan anda mengisi maklumat dengan betul dan tepat
- Ruangan yang wajib diisi perlu dilengkapkan dan klik butang Teruskan
- Masukkan kod Captcha dan klik butan Semak
- Sahkan permohonan dengan menekan butang Sahkan Captcha
- Akuan pengesahan pemilik pemohon hendaklah di Tandakan sebagai persetujuan dengan syarat-syarat permohonan yang ditetapkan
- Setelah permohonan berjaya, anda diberi pilihan untuk log masuk dan semak status anda
- Permohonan secara manual boleh dibuat di pejabat cawangan LHDN yang berdekatan anda dengan memuat turun borang pada pautan berikut:
Sekiranya anda ingin membuat pembatalan permohonan, ia boleh dibuat secara manual dengan mengisi borang yang dikongsikan di bawah dan hantar ke pejabata LHDN yang berdekatan.
Semakan BPN 2.0
Untuk membuat semakan status lulus atau tidak BPN bagi permohonan baru dan juga penerima sebelum ini, sila semak dengan cara seperti di bawah:
- Layari Portal Semakan Status
- Isi nombor kad pengenalan (MyKad)
- Masukkan kod captcha yang diberikan dan klik ‘Semak’
- Status permohonan anda akan dipaparkan
Soalan Lazim
1.Apakah BPN 2.0?
BPN 2.0 adalah bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional kepada golongan berpendapatan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat akibat pandemik COVID-19. Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan sebelum ini.
2. Siapakah yang layak menerima BPN 2.0?
Penerima BPN 2.0 adalah penerima yang telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.
3. Adakah saya perlu membuat permohonan BPN 2.0?
Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.
4. Adakah permohonan baharu boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0?
Permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020 – 15 November 2020 (1 bulan)
5. Bagaimanakah kaedah pembayaran bantuan 2.0 bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak?
Kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan bermula bulan Januari 2021 dan bayaran dibuat secara penuh melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
6. Bolehkah saya membuat kemas kini maklumat diri seperti akaun bank yang telah tidak aktif?
Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan kerana kaedah pembayaran adalah seperti kaedah pembayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini
Hotline MOF
- 03-8882 4565 / 03-8882 4566 / 03-8911 1000 / 03-8911 1100
Semoga perkongsian di atas ini memberikan manfaat kepada semua. Diharapkan bantuan kewangan ini dapat meringankan beban yang anda hadapi sepanjang tempoh PKPP ini.
Related : pembayaran fasa mulai 15 oktober, 10.6 juta penerima juta isi rumah ibu atau bapa tunggal gagal kredit tunggal balu janda duda siaran media panduan pengguna bapa tunggal balu janda bayaran bpn tiada akaun menerima bantuan, pendapatan bujang perlu dibuat, syarat kelayakan secara tunai bantuan tambahan, perlu mengemukakan https bpn.hasil.gov.my secara dalam talian portal rasmi bpn, merujuk kepada soalan lazim soalan lazim faq bayaran bpn 2.0 duda yang tidak mempunyai ibu atau bapa tunggal balu janda duda yang mempunyai anak lembaga hasil dalam negeri malaysia lhdnm permohonan baharu bantuan prihatin oktober sehingga 15 november kuala lumpur bujang atau bapa tunggal balu janda duda yang mempunyai anak, bermula 15 oktober permohonan baru bpn 2.0 bujang atau bapa tunggal balu janda duda yang mempunyai anak, 26 oktober 2020 mula dibuat