BR1M 2020 : Permohonan Baru/ Kemaskini, Check Status Permohonan/ Rayuan Dan Tarikh Pembayaran. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan BR1M 2020 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) buat panduan pemohon dan penerima bantuan. Maklumat BRIM yang dikongsikan termasuk panduan permohonan serta pendaftaran baru dan kemaskini, check status permohonan/ rayuan dan tarikh pembayaran bantuan. Para pemohon adalah disarankan untuk melalyari Portal Rasmi e-BR1M dalam mendapatkan informasi terkini.
Permohonan/ pendaftaran baru dan kemaskini maklumat BR1M boleh mula dilakukan bermula dari tarikh 27 November 2017 sehingga 25 Januari 2018 (Khamis). Permohonan dan kemaskini borang BR1M tahun 2020 boleh di buat melalui dua kaedah pengisian iaitu secara atas talian/online atau manual.
INFO TERKINI | |||
Setelah mesyuarat kabinet diadakan pada 30 Mei 2018 yang lalu, kerajaan telah mengumumkan BR1M 2020 akan digantikan dengan nama baharu iaitu Bantuan Sara Hidup. Sila layari pautan di bawah untuk mendapat info lanjut: | |||
Pendaftaran, Kemaskini, Check Status Dan Bayaran BR1M 2018
Pendaftaran baru bagi BR1M 2018 perlu dilakukan oleh pemohon yang gagal atau tidak layak bagi permohonan pada tahun sebelum. Buat pasangan penerima BR1M 2017, permohonan baru perlu dilakukan jika pasangan meninggal dunia. Untuk penerima BRIM sediada, maklumat borang perlu dikemaskini jika terdapat sebarang petukaran maklumat peribadi seperti alamat, no telefon, akaun bank dan sebagainya. Pengemaskinian maklumat juga perlu perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah.
Berikut dikongsikan maklumat check BRIM iaitu status permohonan dan rayuan. Juga dikongsikan tarikh pembayaran BR1M 2018 dan senarai bank yang terlibat dalam pembayaran. Keputusan status permohonan ataupun kemaskini bantuan BR1M tahun 2018 akan mengambil sedikit masa disebabkan maklumat pemohon akan melalui proses check dan verifikasi kelayakan daripada agensi yang terlibat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
1. Pendaftaran Baru Dan Kemaskini BR1M 2018
Permohonan BR1M 2018 Dan Kemaskini dapat dibuat melalui dua cara iaitu online dan manual. Berikut dikongsikan langkah-langkah permohonan dan kemaskini mengikut kaedah berikut:-
i) Manual
Untuk melakukan permohonan dan kemaskini secara manual, borang boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Transformasi Bandar LHDN dan Pusat Khidmat Hasil LHDN. Pemohon juga boleh mendapatkan borang dengan memuat turun borang permohonan di bawah. Sila klik pautan yang diberikan untuk memuat turun.
- Borang Permohonan BK-01 (1/ 2018)
ii) Secara Atas Talian/Online
Untuk membuat permohonan baru BR1M 2018 dan kemaskini secara atas talian, pemohon perlu melayari Portal Rasmi e-BR1M. Berikut dikongsikan langkah-langkah penting :-
a. Permohonan Baru
- Layari laman e-BR1M https://ebr1m.hasil.gov.my/
- Pilih menu PERMOHONAN BARU
- Sila masukkan NO.KAD PENGENALAN
- Klik butang HANTAR
Permohonan baru BR1M 2018 hanya untuk :-
- Mereka yang belum pernah memohon
- Pasangan kepada penerima BR1M 2017 dan sebelumnya yang telah meninggal dunia/ bercerai
- Pemohon yang gagal/ tidak layak dalam permohonan BR1M sebelum ini
b. Kemaskini BR1M Online
Untuk mengelakkan sebarang masalah permohonan ditolak, pemohon digalakkan untuk mengemaskini maklumat terkini. Berikut adalah langkah-langkahnya:-
- Layari laman e-BR1M https://ebr1m.hasil.gov.my/
- Pilih menu MyBR1M
- Sila masukkan NO.KAD PENGENALAN
- Klik butang Log Masuk
Nama Agensi
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) termasuk PDRM
- Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Kumpulan Wang Persaraan
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Kementerian Luar Negeri
- Jabatan Agama Islam Negeri
- Kementerian Pendidikan Tinggi
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
2. Semakan Status BR1M Tahun 2018
Semakan status BR1M kelulusan permohonan BR1M 2018 boleh disemak bermula dari 19 Februari 2018 (Isnin), jam 1200 tengahari. Semakan status permohonan BR1M 2018 boleh disemak menggunakan kaedah semakan seperti berikut :-
i) Semakan BR1M Online
Sila layari Menu MyBR1M di Portal Rasmi e-BR1M. Pemohon boleh membuat Semakan Status BR1M, Kemas Kini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas di Laman MyBR1M.
- 1. Pilih menu MyBR1M
- 2. Masukkan No. Kad Pengenalan – hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja. Contoh: 860424035123
- 3. Klik butang Log Masuk
- 4. Soalan Keselamatan akan dipaparkan jika data telah wujud.
- 5. Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan masuk ke Laman MyBR1M.
- 6. Soalan dan jawapan bagi Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat permohonan terkini yang diisi oleh pemohon.
- 7. Setiap soalan hanya dibenarkan 3 kali percubaan menjawab sahaja.
Cara Check BR1M 2018 Melalui MyBR1M
Setelah berjaya mengkases MyBR1M
- Klik pada menu Semakan Status
- Tekan butang Cetak Status Semakan untuk cetak semakan.
- Klik butang Keluar untuk kembali ke Laman MyBR1M
Status Permohonan BR1M Tahun 2018 Yang Dipaparkan
Berikut adalah diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-
- Didaftarkan : Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini
- Diterima : Permohonan telah dikemaskini berdasarkan borang yang diterima
- Dalam Proses : Permohonan dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan
- Ditangguhkan : Pemohon perlu membuatkemaskini maklumat permohonan semasa tempoh rayuan
- Lulus : Permohonan telah diluluskan/ Berjaya
- Tidak Lulus : Permohonan Tidak diluluskan/ Tidak berjaya
- Status Kredit Tidak Berjaya : Surat makluman lulus gagal kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja
Untuk maklumat lanjut berkaitan soalan lazim yang ditanya, sila layari Panduan MyBR1M.
ii) Semakan Melalui e-Mail
Pemohon boleh menghantar email ke alamat br1m@treasury.gov.my untuk bertanyakan status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.
iii) Kaedah Semakan Melalui Telefon : Semakan BR1M
- Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Nombor bebas tol LHDN 1-800-88-2716
- Boleh disemak pada setiap hari bekerja dari jam 900 pagi sehingga 500 petang
iv) Applikasi Mobile Semakan BR1M
Penerima BR1M kini boleh membuat semakan BR1M menggunakan Applikasi Mobile Semakan BR1M. Terdapat 2 jenis platform yang telah dibangunkan iaitu Android dan iOS. Diantara semakan yang boleh dibuat melalui applikasi semakan ini adalah :-
- Status penghantaran borang
- Semakan status permohonan
- Status rayuan
- Semakan status BR1M bayaran
- Applikasi boleh dimuat turun di Play Store (Android) dan App Store (iOS).
3. Permohonan Rayuan BR1M
Menurut Laman Web e-BR1M, Permohonan Rayuan BR1M 2018 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM bermula dari tarikh 2 April sehingga 31 Mei 2018.
- Borang Rayuan BR1M
4. Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia
Berikut dikongsikan tarikh bayaran BR1M tahun 2018 mengikut kategori penerima bantuan.
Pembayaran BR1M 2018 Fasa 1 adalah bermula dari 26 Februari 2018 (Hari Isnin) yang akan dibuat secara berperingkat. Pemohon yang berjaya dan ada mengemukakan maklumat akaun bank ketika permohonan, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan. Manakala bagi pemohon yang tiada akaun bank, pembayaran adalah secara pemberian baucar melalui majlis yang akan diadakan oleh SUK/ SDO.
i. Kategori 1 : Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k
Jumlah Bantuan RM450
- Februari 2018 : RM450 (Bermula 26 Februari 2018 secara berperingkat)
ii. Kategori 2 : Isi rumah (Pendapatan Bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 sebulan)
Jumlah Bantuan RM900
- Ansuran Pertama : RM300 : Februari 2018 (Bermula 26 Feb 2018 secara berperingkat)
- Kedua : RM300 : Jun 2018 (Akan dikemaskini)
- Ansuran Ketiga : RM300 : Ogos 2018 (Akan dikemaskini)
iii. Kategori 3 : Isi rumah Pendapatan Bawah RM3k
Jumlah Bantuan RM1,200
- Ansuran Pertama : RM400 : Februari 2018 (Bermula 26/2/2018 secara berperingkat)
- Kedua : RM400 : Jun 2018 (Akan dikemaskini)
- Ansuran Ketiga : RM400 :Ogos 2018 (Akan dikemaskini)
5. Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2018 Di Cawangan LHDNM
Berikut adalah Waktu operasi kaunter BR1M di cawangan LHDNM bermula dari 27 November sehingga 31 Disember 2017 seperti berikut :-
i. Hari Bekerja
- Cawangan Semenanjung : 9.00 pagi hingga 5.00 Petang
- Cawangan Sabah / Sarawak : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
ii. Cuti Hujung Minggu
- 29.12.2017 / 30.12.2017/ 31.12.2017 (Jumaat / Sabtu / Ahad) : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Nota Penting
- 1. Masa pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada pindaan
- 2. Kaunter perkhidmatan ditutup pada cuti umum seperti: : 11.12.2017: Hari Keputeraan Sultan Selangor (Negeri Selangor dikecualikan untuk membuka kaunter perkhidmatan) dan 01.12.2017 & 25.12.2017: Maulidur Rasul & Hari Krismas (Semua negeri dikecualikan untuk membuka kaunter perkhidmatan)
- 3. Cawangan LHDNM yang bekerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu operasi kaunter pada hari Khamis adalah sehingga jam 3:30 petang
- Termasuk Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC), LHDNM
7. Cara Menghubungi BR1M 2020
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan BR1M Bantuan Rakyat 1Malaysia, sila hubungi badan dan talian berikut :-
1. Sekretariat BR1M
- Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Presint 2, 65292 Putrajaya
2. Hotline BR1M LHDNM
- 1-800-88-2716
Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang
3. Hotline BR1M MOF
- 03-8882 4565, 03-8882 4566
4. e-Mel
- br1m@treasury.gov.my
5. Laman Web
- https://ebr1m.hasil.gov.my/
Tahniah kepada mereka yang berjaya dalam permohonan dan rayuan BR1M 2020. Gunakan wang bantuan yang diberikan dengan berhemah untuk masa depan yang terjamin.
1 comment
Semakan samada lulus atau tidak