Berita baik kepada mereka yang memerlukan untuk tahun 2023 telah diumumkan ketika pembentangan rang undang ruu kumpulan wang disatukan perbelanjaan masuk akaun 2022 ketika Persidangan Dewan Rakyat pada 20 Disember 2022. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan tunai rakyat BTR 2023 ini akan diteruskan dan akan dibayar lebih awal pada bulan Januari untuk Fasa 1. Kerajaan berharap penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ekonomi yang sedang mencabar ini. Berikut dikongsikan maklumat mengenai BTR seperti jumlah penuh bantuan dan kelayakan penerima btr 2023 serta maklumat lain yang berkaitan. Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan payment Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Tunai Rakyat.
Menerusi ucapan mini bajet yang disampaikan Menteri Kewangan yang juga merupakan Perdana Menteri, payment fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion. Pemberian fasa 1 BTR ini melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang. Bantuan ini mempunyai beberapa kategori penerima sama seperti bantuan-bantuan sebelum ini yang diumumkan oleh pihak kerajaan.
Definisi Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023
Berikut dikongsikan definisi apa itu bantuan yang diteruskan oleh kerajaan pada tahun 2023:-
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Secara ringkasnya ianya adalah merupakan bantuan tunai yang diberikan kerajaan lazimnya setiap tahun. Ianya akan diumumkan dalam pembentangan bajet tahunan pada suku terakhir tahun sebelumnya.
i) Syarat Kelayakan/ Kategori/ Kadar Bantuan
Pemohon adalah layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
i. Kategori Isi Rumah
- a) Kahwin; atau
- b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
ii. Warga Emas Tiada Pasangan
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii. Bujang
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
iii) Permohonan STR
Melalui makluman Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, Pendaftaran STR boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
- i. Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
- ii. Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
Kaedah Permohonan
i. Permohonan Secara Dalam Talian
- a. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- b. Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
ii. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
- a. Portal Rasmi STR LHDNM; atau
- b. Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Siapakah yang perlu membuat permohonan STR
Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:
- i. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
- ii. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- iii. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR pula adalah seperti berikut:
- i. Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan bantuan rakyat terdahulu dari tahun 2020 sehingga 2022
- ii. Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini
Cara Menghantar Borang STR yang telah lengkap diisi
Untuk permohonan secara manual, pemohon boleh menghantar Borang STR di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM;
Atau
Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga date akhir permohonan ke alamat seperti berikut:
Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Dokumen Sokongan
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Pemohon:
- a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- c. Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
- e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
- a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
- b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
a. Anak Kandung
Salinan Sijil Lahir; dan Salinan MyKad / MyKid
b. Anak Angkat
Salinan MyKad / MyKid; dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat LHDNM ATAU boleh memuat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian.
Maklumat selanjutnya, sila rujuk soalan lazim FAQ
iv) Semakan STR
Untuk penerima yang layak menerima bantuan ini, semakan dapat dibuat mengikut ketetapan berikut:
Date Semakan:
- Dibuka: Mulai 17 Januari 2023
- Ditutup: –
Pautan Semakan:
Langkah-langkah untuk membuat semakan status penerima STR adalah seperti berikut:
- Log masuk ke portal rasmi MySTR
- Isi nombor kad pengenalan pemohon
- Sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik pada menu dan pilih Semakan Payment Fasa 1
- Status penerima, maklumat payment dan maklumat pemohon akan dipaparkan
Kata Laluan dan Kata kunci keselamatan adalah berdasarkan maklumat pada bantuan terdahulu 2022.
Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Pemohon boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:
- i. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- ii. Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau
- Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
- iii. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
- iv. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- v. Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
- vi. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC
Related : mempunyai akaun bank, log masuk mystr, gagal menjawab soalan keselamatan, bank simpanan nasional bsn, masukkan nombor mykad 12, mulai 5 april 2023, selepas 24 jam, lembaga hasil dalam negeri malaysia,