Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2018 Masyarakat Di Kawasan Tempat Tinggal Anda

Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018. Berikut dikongsikan contoh jawapan Tugasan Sejarah PT3 2018 buat panduan dan rujukan pelajar. Contoh jawapan yang dikongsikan adalah bertujuan untuk membantu pelajar dalam membuat tugasan sendiri di mana pelajar adalah tidak dibenarkan melakukan plagiat. Pelajar PT3 tahun 2018 dikehendaki untuk membuat kerja kursus Pelbagai Instrumen atau Tugasan Sejarah PT3 2018 yang bertajuk Kajian Tentang Masyarakat Di Kawasan Tempat Tinggal Anda.

Merujuk Jadual Peperiksaan PT3 2018, calon perlu menyiapkan tugasan Sejarah ini bermula dari 2 Mei hingga 25 Mei 2018.  Pelajar harus menghasilkan tugasan dengan usaha sendiri dan tidak meniru secara bulat-bulat.

Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2018 Masyarakat Di Kawasan Tempat Tinggal Anda

Kerja Kursus Sejarah PT3 2018 Masyarakat Di Kawasan Tempat Tinggal Anda

Berikut dikongsikan panduan dalam menghasilkan tugasan Sejarah PT3 2018 yang memaparkan contoh jawapan dan isi-isi penting

Pelbagai Instrumen Sejarah PT3 2018

DariHingga
2 Mei 2018 
25 Mei 2018

Berikut adalah tajuk tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018 beserta panduan/ tips :-

1.1 Tajuk Tugasan Sejarah PT3 2018

Anda dikehendaki untuk membuat kajian tentang masyarakat di kawasan tempat tinggal anda
Hasilkan satu laporan tentang masyarakat setempat yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan. Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:-
NOASPEK
a)Tajuk kajian
b)Nama Penulis
c)Isi Kandungan
  • i) Latar Belakang Tempat Kajian
  • ii) Pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat
  • iii) Kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat
  • iv) Menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat
  • v) Dengan merujuk kepada tempat tinggal anda, ulaskan pernyataan berikut
    • “..tinggallah dengan baik antara satu dengan lain kerana negeri ini adalah berlainan dengan mana-mana negeri yang ada di dunia ini..”
      Petikan ucapan Tunku Abdul Rahman pada 3 Jun 1957 di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur
d)Rumusan
 e)Sumber Rujukan
 f)Membentangkan laporan hasil kajian

Berikut adalah tips dan panduan dalam menyiapkan tugasan :-

Maksud Masyarakat : Menurut kamus dewan bahasa edisi terbitan pada tahun 2005, masyarakat adalah merujuk kepada kumpulan manusia yang dapat hidup bersama-sama tidak kira apa latarbelakang, bangsa, agama, etnik sehingga berjaya membentuk satu komuniti yang bersatu padu untuk tinggal bersama pada satu-satu tempat dan juga kawasan

Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2018

1.1 Tajuk Kajian/ Butiran Penulis

(Untuk contoh sahaja)

MASYARAKAT DI PEKAN SIMPANG RENGGAM, KLUANG, JOHOR DALAM SEJARAH

Ditulis Oleh :   _______________

Tingkatan : _______________

No. Kad Pengenalan :____________

Angka Giliran :_______________

1.2 Jadual Kerja/ Senarai Semak

BILPERKARAHALAMANTARIKH TANDATANGAN
1.1Tajuk kajian1––
1.2Jadual Kerja2––
1.3Objektif kajian3––
1.4Kaedah kajian4––
2.1Mengumpul Maklumat5––
2.2Kerangka Kasar Penulisan8––
3.1Latar Belakang Tempat Kajian9––
3.2Pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat12––
3.3Kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat14––
3.4Menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat16––
3.5Ulaskan pernyataan17––
3.6Rumusan18––
3.7Rujukan19––

Saya menjalankan kajian ini untuk Kerja Kursus Sejarah bertujuan untuk mengkaji tentang masyarakat di kawasan tempat tinggal saya. Melalui kajian ini saya dapat memenuhi objektif kajian seperti berikut:

1.3 Objektif Kajian

a) Kajian ini dilakukan secara amnya adalah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat
b) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang masyarakat di tempat tinggal sayaini serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya masyarakat pelbagai kaum di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan masyarakat Malaysia
c) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengimbil iktibar daripada pembentukan dan perkembangan berlaku dalam masyarakat tersebut. Kajian ini menyedarkan saya bahawa perpaduan di kalangan masyarakat adalah bersifat adil, jujur dan amanah amat penting pada diri setiap individu
d) Kajian ini dapat memupuk semangat patriotisme bukan sahaja dalam diri saya malah juga dalam kalangan generasi muda

Lima (5) kaedah kajian telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan bersistematik

1.4 Kaedah Kajian (Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3)

i. Kaedah analisis dokumen

Saya juga turut merujuk dokumen dari ……………………………. untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya

ii. Kaedah penyelidikan perpustakaan

Saya juga turut mengunjungi perpustakaan ………………………….untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya

iii. Muat turun internet

Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang perkara yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan

iv. Bimbingan Guru

Saya telah mendapat bimbingan dari guru, iaitu Encik ………………………….

v. Temubual
Kaedah yang saya jalankan dalam menyiapkan kerja kursus ini antaranya adalah dengan menggunakan kaedah lisan iaitu melalui temubual dengan orang sumber saya yang tinggal di (Kawasan Kajian). Beliau banyak memberi maklumat tentang kawasan tersebut

2.1 Mengumpul Maklumat (Proses Awal)

Pelajar perlu melampirkan fotokopi potongan akhbar / majalah / rencana/ halaman buku, gambar-gambar foto, risalah atau sumber-sumber lain
  • a) Buku Ilmiah
  • b) Akhbar
  • c) Majalah
  • d) Internet
  • e) Televisyen
  • f) Orang Sumber

Laporan Temu Bual Bersama Orang Sumber

* Laporan di atas boleh ditulis dalam bentuk dialog (soal-jawab)

2.2 Kerangka Kasar Penulisan

Tujuan membuat kerangka kasar adalah untuk memudahkan calon menulis / mengolah laporan. Kerangka kasar akan dibuat selepas calon menjalankan proses awal tugasan iaitu mengumpul maklumat berdasarkan sumber rujukan. Perkara yang ada dalam kerangka kasar adalah senarai isi-isi penting laporan Masyarakat Di Tempat Tinggal Anda yang dinyatakan secara ringkas untuk perkara seperti berikut:-
1. Pengenalan/ Latar Belakang Tempat Kajian2. Pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat
3. Kegiatan sosioekonomi4. Menilai semangat perpaduan
5. Ulaskan pernyataan tokoh6. Rumusan
7. Sumber Rujukan
Isi-isi penting bagi setiap perkara di atas akan membantu calon membuat huraian penuh dalam bentuk penulisan bagi laporan tersebut. Lebih mudah hendak faham kerangka kasar ibarat nota kecil

Contoh Kerangka Kasar Penulisan (Proses Awal)

BILTUGASANBUTIRAN
1Pengenalan
  • Memperkenalkan kawasan tempat tinggal kajian
  • Lokasi kajian
2Pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat
  • Asal-usul tempat
  • Pengasas/ Tarikh dibuka
  • Populasi penduduk dan pecahan kaum
3Kegiatan sosioekonomi masyarakat setempatPekerjaan Penduduk di kawasan kajian

  • Pertanian, perindustrian, perniagaan
4Menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat
  • Cabaran untuk mengekalkan perpaduan – kurangnya aktiviti sosial
  • Cara mengekalkan perpaduan – acara sukan, gotong royong, Rukun Tetangga
5Ulaskan pernyataan tokohPemerhatian di kawasan tempat kajian -budaya dan warisan, keharmonian masyarakat yang berbilang kaum
6RumusanPengetahuan, Nilai dan Harapan
7RujukanSenarai bahan rujukan

Isi Kandungan (Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3)

Setelah calon membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan menerusi internet, buku, majalah, akhbar, jurnal atau melawat lokasi kajian bagi mendapatkan maklumat dan fakta yang sahih / tepat untuk bahan laporan
Berikut adalah aspek-aspek yang perlu ada dalam tugasan / laporan
(i) Pengenalan – Memperkenalkan kawasan tempat tinggal/ lokasi kawasan tersebut
(ii) Pembentukan dan Perkembangan Masyarakat Setempat : Menceritakan asal-usul tempat tersebut seperti pengasas, tarikh dibuka, kaum dan populasi
(iii) Kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat – hubungan di antara aktiviti ekonomi dan kehidupan sosial
(iv) Menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat
(v) Ulaskan pernyataan

“..tinggallah dengan baik antara satu dengan lain kerana negeri ini adalah berlainan dengan mana-mana negeri yang ada di dunia ini.”

PENGENALAN (Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3)

3.1 Menjelaskan Latar Belakang Tempat Kajian

Definisi latar belakang adalah dasar atau asas kepada sesuatu perkara (hal, kejadian / peristiwa). Latar belakang yang baik harus disusun dengan sejelas mungkin dan bila perlu disertai dengan data atau fakta yang mendukung
Oleh itu, calon perlu menjelaskan perkara asas tentang Latar Belakang Tempat Kajian sebagai Pengenalan bagi memberikan gambaran keseluruhan kandungan kajian tersebut. Contoh pengenalan adalah seperti berikut :-
  • 1. Memperkenalkan kawasan tempat tinggal
  • 2. Lokasi / tempat kajian

3.2 Pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat

Maklumat isi kandungan boleh dicari berpandukan kepada aspek berikut :-
Pembentukan : Maksud pembentukan, faktor, budaya dan kaum
Maksud Perkembangan : Penduduk, Prasarana, kemudahan
Menceritakan asal-usul tempat kajian speerti berikut :-

  1. Siapa Pengasas / tarikh dibuka
  2. Kaum dan populasi penduduk kawasan

3.3 Kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat

–
–
–
–

Kredit : http://www.andrewchoo.edu.my/

Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2018 Akan dikemaskini

Share Artikel

shammorin

shammorin