Permohonan i-Citra KWSP Online. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perutusan khas PEMULIH telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu i-Citra. Pencarum/ ahli EPF boleh membuat pengeluaran maksimum sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.
Pelaksanaan inisiatif ini dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian susulan pandemik COVID19. Dianggarkan sejumlah 12.6 juta layak membuat pengeluaran. Namun menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, hanya 8.7 juta pencarum mempunyai simpanan yang cukup manakala 3.7 juta lagi ada simpanan kurang daripada RM5,000.
i-Citra KWSP Inisiatif Pengeluaran Wang Simpanan EPF RM5,000
Ianya diperkenalkan sebagai inisiatif bagi membantu ahli menghadapi cabaran. Dan ianya diusahakan setelah dipertimbangkan dengan teliti cara terbaik untuk membantu ahli yang terjejas sekaligus berpegang kepada mandat KWSP. Walaupun KWSP tetap komited untuk membantu melindungi dana persaraan ahli, namun ianya perlu ada keseimbangan bagi keperluan semasa dengan simpanan masa depan dan kemudahan sementara bagi membantu ahli dalam menghadapi pandemik ini.
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan, syarat kelayakan, tarikh bayaran dan maklumat penting lain.
Tarikh Permohonan i-Citra Di Buka & Pembayaran
Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP secara atas talian/ online mulai 12 Julai 2021 (diawalkan berbanding 15 Julai 2021) sehingga 30 Septermber 2021. Pembayaran pertama bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos 2021.
Syarat Kelayakan iCitra
Siapakah yang layak memohon?
- Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
- Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan
NOTA : Anggota perkhidmatan awam boleh memohon. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.
Amaun Layak Dikeluarkan
Amaun kelayakan pengeluaran i-citra adalah sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan
- Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
- Bayaran minimum adalah RM50
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
NOTA : Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan. Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)
Cara Memohon i-Citra
Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal online. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 12 Julai 2021. Berikut adalah langkah-langkah yang dikongsikan oleh KWSP:
Pautan borang : Portal dalam talian di icitra.kwsp.gov.my (Akan dikemaskini)
- Akses masuk ke Portal Rasmi i-Citra
- Pilih “Permohonan” dan isi Nombor MyKad dan nombor telefon bimbit anda
- Klik “Teruskan”
- Kemudian, sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan
- Anda perlu menetapkan Amaun Pilihan Pengeluaran iaitu untuk jumlah maksima atau tetapkan sendiri amaun pilihan.
- Klik “Teruskan”
- Seterusnya, lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik
- Klik “Teruskan”
- Pastikan maklumat anda tepat dan klik pada tanda pengesahan sebelum menekan butang “Hantar”
Mereka yang telah memohon i-Lestari dan i-Sinar boleh memohon tetapi tertakluk kepada kelayakan seperti yang dinyatakan di atas.
Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk i-Citra
Semakan Kelayakan
Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:
- i-Akaun (Ahli)
- Aplikasi mudah alih i-Akaun
- Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan KWSP boleh diajukan atau dirujuk di :-
- Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
- Soalan Lazim berkenaan i-Citra
- Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
- Media sosial rasmi KWSP : Facebook, Twitter
- Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848