Semenjak diperkenalkan pada tahun 2012, bantuan dari segi kewangan telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk menyara hidup. Dengan keadaan ekonomi yang semakin tidak menentu menyebabkan harga barangan seperti keperluan asas meningkat justeru menyebabkan rakyat terbeban dengan tekanan. Berikut dikongsikan maklumat permohonan BPR 2021 iaitu cara Pendaftaran Bantuan Prihatin Rakyat (permohonan bsh).
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul telah membentangkan dalam Belanjawan 2021 bahawa Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH). Inisiatif yang akan bermula pada Januari 2021 ini akan memberikan kadar bantuan serta kategori pendapatan yang lebih baik. Beliau juga berkata kerajaan akan terus menambah baik dan melaksanakan bantuan tunai secara bersasar bagi membantu rakyat khususnya yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Permohonan BPR 2021 (Bantuan Prihatin Rakyat) Dahulunya Permohonan BSH
Menurut Pengarah Belanjawan 2021, permohonan bagi Bantuan Prihatin Rakyat (dahulunya permohonan bsh) dijangka akan dibuka pada hujung Januari 2021. Tarikh rasmi adalah dari 15 Januari sehingga 25 Februari 2021.
Bagi mereka yang telah mendaftar dan menerima BSH sebelum ini, data tersebut akan digunakan dan tidak perlu membuat permohonan baharu. Info lain yang turut diumumkan adalah:
- Bayaran BPR akan disalurkan sebanyak dua kali ansuran
Kategori dan Jumlah Bantuan BPR 2021
Untuk makluman semua, berikut adalah kategori serta jumlah bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan di bawah inisiatif ini:
1. Isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah, jumlah bantuan:
- RM1,200 (bagi pasangan yang tiada anak sehingga satu (1) orang anak)
- RM1,800 (bagi pasangan yang mempunyai dua (2) anak atau lebih)
2. Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM4,000, jumlah bantuan:
- RM800 (untuk pasangan yang tiada anak sehingga satu (1) orang anak)
- RM1,200 (untuk pasangan yang mempunyai dua (2) anak atau lebih)
3. Isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM5,000, jumlah bantuan:
- RM500 (bagi pasangan yang tiada anak sehingga satu (1) orang anak)
- RM750 (bagi pasangan yang mempunyai dua (2) anak atau lebih)
4) Individu bujang yang berpendapatan RM2,500 ke bawah, jumlah bantuan:
- RM350 (berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan ke atas)
Tarikh Permohonan BPR 2021
Bagi memohon bantuan BPR, pemohon hendaklah membuat permohonan dan kemaskini pada tarikh:
- Dibuka : 15 Januari 2021
- Ditutup: 25 Februari 2021
Cara Membuat Permohonan
Untuk memohon bantuan ini, terdapat dua kaedah iaitu:
i. Secara Online
a. Menerusi Portal Rasmi BPR 2021 LHDNM : https://bpr.hasil.gov.my/
b. Menerusi Aplikasi BPR dengan muat turun di:
- Play Store (Android)
- App Store (Apple)
ii. Melalui Borang
Pemohon boleh mendapatkan Borang Permohonan 2021 (BK-01) secara percuma di:
- Portal Rasmi BPR 2021 LHDNM: BORANG
- Cawangan LHDNM / PKH Pusat Khidmat Hasil / UTC Pusat Transformasi Bandar
Borang boleh dihantar di kaunter seperti di bawah:
- Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM;
- Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP);
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK);
- Pejabat Daerah / Pejabat Residen
Atau boleh dihantar secara Pos ke alamat:
Peti Surat BPR
GPO Shah Alam
40800 Selangor
*Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
Cara Membuat Kemaskini
Bagi pengemaskinian, jika status permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas kini maklumat BPR 2021. Walau bagaimanapun sekiranya status permohonan di Portal Rasmi BPR 2021 tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baharu.
Pendaftaran MyBPR perlu dibuat jika anda membuat permohonan baru BPR 2021. Sekiranya anda adalah penerima BSH 2020 atau BPN 2.0 dan telah mendaftar sebelum ini, ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan sebelum ini boleh digunakan untuk Log Masuk MyBPR
- Portal Log Masuk MyBPR : https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
- Borang Kemaskini
Siapa Yang Boleh Mohon?
Kategori yang boleh untuk memohon BPR (permohonan bsh) adalah seperti di bawah:
i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
c) Bujang [termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU)] berumur 60 tahun dan ke atas
ii. Bujang
a) Bujang atau Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
b) Had umur:
- 21 tahun hingga 59 tahun; atau
- 18 tahun hingga 59 tahun bagi kategori OKU
Pemohon juga perlulah memenuhi kriteria mengikut kategori seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Pemohon
- Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
b) Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
c) Anak (jika mempunyai anak)
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
- Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
- Had umur:
– 17 tahun dan ke bawah; atau
– 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta
ii) Bujang
Pemohon
- Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
- Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
- Lelaki atau wanita yang berumur:
– 21 tahun hingga 59 tahun; atau
– 18 tahun sehingga 59 tahun bagi ketegori OKU
Dokumen Sokongan permohonan bantuan prihatin rakyat
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (sekiranya berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti di bawah:
i. Pemohon:
a) Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
b) Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
c) Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d) Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
e) Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
a) Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
b) Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
a) Anak Kandung
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Lahir
b) Anak Angkat
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan BPR 2021 (BK-04) hendaklah diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BPR semasa permohonan secara online
Maklumat Lanjut:
Berikut adalah soalan lazim dan talian untuk dihubungi jika ada sebarang pertanyaan lanjut:
- Soalan Lazim Pendaftaran MyBPR
- Soalan Lazim Permohonan Baru dan Kemaskini
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hubungi MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Emel : bpr@treasury@gov.my
- Alamat: Sekretariat BPR,Pejabat Belanjawan NegaraKementerian Kewangan Malaysia(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya
Semoga perkongsian panduan permohonan bantuan prihatin rakyat bermanfaat buat semua.
Related : pendapatan isi rumah pemohon yang tidak menerima fasa 1 bpr bpr secara, menerima bantuan, pendaftaran baharu kemaskini bpr cara daftar i sinar, mei 2021 pembentangan bajet 2021 lembaga hasil dalam negeri bayaran fasa tarikh tutup, mulai 15, bpr akan dibuka, bpr tambahan, jun 2021, dibuka mulai 15, juta penerina, layak menerima, kod alasan tidak lulus, zafrul tengku abdul aziz