Panduan buat pelajar PT3 2019. Adakah anda berminat untuk menyambung pelajaran menengah atas ke Tingkatan 4 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)? Tahukah anda bila tarikh permohonan MRSM Tingkatan 4 dibuka bagi kemasukan tahun 2020? Permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 4 2020 secara online dijangka boleh dibuat sekitar bulan September hingga Disember yang akan diumumkan di Portal Rasmi MARA.
Bagi yang belum sedia maklum, tarikh peperiksaan PT3 2019 akan berlangsung mulai 30 September sehingga 8 Oktober 2019. Para pelajar mempunyai banyak masa untuk melakukan permohonan sebelum tarikh tutup tiba dan permohonan boleh dibuat walaupun keputusan peperiksaan PT3 belum dibuat.
Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Ambilan Tahun 2020 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2020 secara online meliputi perkongsian pautan borang, syarat kemasukan dan tarikh penting semakan tawaran.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) membuka peluang kepada calon-calon yang berpotensi dan cemerlang dalam sahsiah diri serta akademik bagi membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) untuk Tingkatan 4 sesi 2020. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar.
PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 4 2020 | |
Dibuka | Ditutup |
8 September 2019 | 30 November 2019 |
Syarat Permohonan Tingkatan 4 MRSM | |||
Sebelum membuat Permohonan MRSM Tingkatan 4 secara online, antara syarat umum dan syarat khusus yang perlu dilepasi adalah seperti berikut : | |||
NO | SYARAT UMUM | ||
1. | Pemohon adalah seorang warganegara Malaysia | ||
2. | Ibu atau bapa merupakan warganegara Malaysia | ||
3. | Permohonan dibuka untuk calon yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2019 yang merangkumi Pentaksiran berikut: i.Pentaksiran Pusat (PT3) ii.Pentaksiran Sekolah (PS) iii.Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) iv.Pentaksiran Psikometrik (PPsi) | ||
4. | Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan secara online | ||
5. | Pelajar kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain | ||
6. | Calon mempunyai tubuh badan yang sihat | ||
NO | SYARAT KHUSUS | ||
1. | Mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang | ||
2. | Calon haruslah aktif dalam aktiviti kokurikulum | ||
3. | Pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah akan diberi keutamaan | ||
2. | Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit |
Panduan Permohonan MRSM Tingkatan 4 Online | |||
Prosedur untuk membuat permohonan adalah seperti berikut: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Kepada yang membuat permohonan baru, mereka hendaklah memperoleh kata laluan permohonan secara online melalui pendaftaran di pautan berikut: Permohonan kata laluan adalah percuma | ||
2. | Selepas mendapat kata laluan, pemohon mestilah mengisi borang permohonan online melalui laman web: | ||
*Nota : Pemohon perlu mengisi nombor telefon bimbit dan emel yang boleh dihubungi untuk memudahkan penyaluran maklumat permohonan. Pelajar perlu memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan. Pemohon perlu mengisi semua maklumat di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online dan dicetak. Sebagai rujukan untuk permohonan, ikuti panduan yang disediakan berikut: |
Maklumat Penting Permohonan MRSM Tingkatan 4 | |||
Maklumat penting yang perlu diambil perhatian oleh pemohon adalah seperti berikut: | |||
NO | MAKLUMAT | ||
1. | Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak dihantar secara online tidak akan dipertimbangkan | ||
2. | Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga (tarikh akan dikemaskini), permohonan dianggap tidak berjaya. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA | ||
3. | Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh lntegrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM. Namun sekiranya murid tersebut menolak tawaran SBP, beliau masih berpeluang untuk ditawarkan ke MRSM. Keputusan Jawatankuasa Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad |
Semakan Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains Mara (UKKM) Tingkatan 4 2020
Setiap pemohon MRSM bagi kemasukan tingkatan 4 perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) melalui pautan semakan berikut:
Semakan Keputusan Dan Rayuan MRSM 2020
Keputusan permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 4 2020 boleh disemak pada (tarikh akan dikemaskini). Pemohon dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat semakan terkini di Laman Web Rasmi MARA.
Rayuan untuk pelajar yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM boleh dilakukan secara atas talian bermula pada tarikh keputusan diumumkan. Namun, keputusan rayuan adalah bergantung pada jumlah kekosongan setelah hari pendaftaran pelajar ke MRSM 2020.
Maklumat proses rayuan adalah seperti berikut:
- Aplikasi rayuan dan aplikasi semakan keputusan adalah sama
- Bagi permohonan rayuan MRSM, sekiranya tiada butang pautan rayuan selepas membuat semakan keputusan, pemohon boleh cuba untuk menulis surat rasmi permohonan rayuan kepada pihak MARA berdasarkan panduan yang dinyatakan dalam Pengambilan Dan Penempatan Pelajar
Maklumat Lanjut Permohonan MRSM Tingkatan 4
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sila hubungi :
- Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-26132000 sambungan 39070, 34494, 34517, 35073, 34578
Semoga perkongsian maklumat berkaitan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Online ambilan tahun 2020 ini dapat membantu memudahkan urusan anda. Diharap agar hasrat anda untuk menyambung pengajian di Maktab Rendah Sains MARA dapat direalisasikan.