Cara Semak Status BSH Bujang Dan Isi Rumah Secara Online Dan Aplikasi Telefon Bantuan Sara Hidup. Sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan ditukar nama kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Beberapa penambah baikkan telah dilakukan samada di Belanjawan 2019 dan Belanjawan 2020 supaya bantuan sampai ke kumpulan sasaran. Agihan bantuan melibatkan tiga fasa dan wang akan dikreditkan terus ke akun bank pemohon yang layak menerima (menepati syarat kelayakan bsh 2020). Berikut dikongsikan panduan cara semakan BSH 2020 secara online yang perlu dibuat melalui MYBSH dan aplikasi BSH dalam mengetahui status permohonan atau bayaran BSH.
Agihan BSH fasa 1 (pembayaran fasa pertama bsh) akan diagihkan pada 20 Januari tahun 2020 di mana kerajaan menggunakan data BSH 2019 untuk mengagihkan wang BSH berjumlah RM 300. Namun untuk fasa 2 dan fasa 3, nama-nama pemohon BSH akan ditapis berdasarkan mereka yang menepati syarat kelayakan BSH yang telah ditetapkan (perlu membuat permohonan baharu). Permohonan baru dan semakan status boleh dilakukan di portal BSH.
Terkini: Pengumuman Mengenai BSH dalam Pelan Rangsangan Ekonomi Covid-19
- Bayaran BSH bagi Fasa 2 (Fasa Kedua) yang dijangka bulan Mei akan diawalkan pada bulan Mac 2020 sebanyak RM200
- Tambahan sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun bank pada bulan Mei 2020 (dibayar kepada penerima bantuan pada Julai) serta tambahan RM50 secara e-tunai
- Bayaran BSH bagi Fasa 3 (Fasa Ketiga) bermula 24 Julai 2020. Bagi permohonan baru yang layak tetapi tidak menerima bayaran pada Fasa 1 dan 2, akan menerima bayaran tersebut secara sekaligus pada Fasa 3 mengikut kelayakan
- Semakan status bagi permohonan rayuan BSH boleh disemak mulai 16 November 2020. Tarikh bayaran akan diumumkan oleh kerajaan.
Semakan BSH Online 2020 & Aplikasi Telefon Bantuan Sara Hidup
Terdapat beberapa cara untuk membuat semakan status BSH buat penerima BSH kategori Bujang dan kategori Isi rumah antaranya adalah secara atas talian melalui portal rasmi BSH dan juga melalui aplikasi telefon pintar BSH. Ini sudah pasti memudahkan lagi urusan semakan bagi seluruh rakyat Malaysia terutama pemohon yang menerima BSH.
Maklumat terkini di portal BSH adalah seperti berikut:
- Tarikh pendaftaran permohonan baru atau kemaskini maklumat bermula 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020
- Nombor talian bebas tol BSH telah ditukar kepada 1-800-88-2747 bermula 27 Disember 2018
- Pembayaran fasa 1 bermula 20 Januari 2020 kepada penerima yang mendaftar pada BSH 2019
- Ianya dibuka untuk memudahkan pemohon membuat semakan status permohonan. Untuk log masuk pastikan pemohon telah mendaftar nombor telefon untuk tujuan penghantaran nombor TAC
- Untuk mengemaskini nombor telefon untuk tujuan log masuk pemohon perlu hadir ke LHDNM untuk mengisi borang BK-21
- Borang permohonan baru BSH 2020 manual (BK-01) boleh dimuat turun dan dihantar ke mana-mana cawangan LHDNM berdekatan
Berikut merupakan panduan untuk membuat semakan status BSH melalui MyBSH.
Apa Fungsi MyBSH?
Ianya adalah digunakan bagi pemohon yang telah mempunyai rekod permohonan BSH 2020 untuk tujuan:-
- i. Kemas Kini Permohonan; atau
- ii. Semakan Status Permohonan; atau
- iii. Cetakan permohonan; atau
- iv. Cetakan salinan surat makluman lulus (bagi permohonan tiada maklumat akaun bank); atau
- v. Peti Mel; atau
- vi. Maklum Balas
i) Semakan Status BSH Melalui MyBSH
Untuk log masuk kali pertama, anda perlu mendaftar terlebih dahulu seperti berikut sebelum boleh membuat semakan :-
- Sila pilih menu MyBSH di portal BSH
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Maklumat Keselamatan
- Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul
- Soalan Keselamatan adalah berdasarkan Permohonan BSH sebelum ini
- Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul
- Jika akaun telah disekat kerana salah menjawab soalan Rujuk Panduan Pengguna Daftar
- Pendaftaran (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
- Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
- Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk
- Jawab 5 Soalan yang disediakan
- Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
- Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
- Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan
- Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar
- Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
- Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
- Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk
- Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu”. Anda boleh Log Masuk
Sekiranya anda telah berjaya membuat pendaftaran, Log Masuk MyBSH adalah seperti berikut:-
- i. Klik MyBSH
- ii. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- iii. Klik Butang Semak
- iv. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
- v. Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
- vi. Klik Log Masuk
Jika anda telah berjaya daftar, tetapi terlupa Kata Laluan semasa Log Masuk, tindakan yang perlu dilakukan adalah seperti berikut :-
- a) Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- b) Klik Butang Semak
- c) Jawab 3 Soalan Keselamatan yang telah didaftarkan dengan betul
- d) Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan Baru
- e) Klik Butang Tukar Kata Laluan; atau
i. Hadir ke LHDNM; atau
ii. Hubungi talian Hotline BSH 1-800-88-2747
Apa perlu dilakukan selepas akses MyBSH
Untuk mengetahui lebih lanjut sila ikuti langkah berikut:
- Sila pilih menu yang dikehendaki sama ada ingin membuat semakan status, kemas kini, cetak borang permohonan atau semak peti mel
- Untuk membuat semakan status sila klik menu semakan status
- Untuk mencetak semakan sila tekan butang cetak status semakan
- Sila tekan butang keluar untuk keluar ke laman utama
ii) Semak Status BSH Melalui Aplikasi Telefon Pintar Bantuan Sara Hidup
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara-cara untuk menyemak Status BSH Melalui Aplikasi Telefon buat rujukan semua:
Cara Menyemak Status BSH Melalui Aplikasi Telefon
Untuk membuat semakan Bantuan Sara Hidup menggunakan aplikasi telefon, sila ikuti langkah-langkah berikut:
1. Muat turun / download aplikasi Bantuan Sara Hidup (BSH) melalui Google Play Store untuk platform Android atau App Store untuk platform iOS.
2. Di Laman Utama
3. Pengguna akan dibawa ke laman seterusnya iaitu Log Masuk MyBSH. Isikan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) di dalam ruangan yang disediakan. Klik Semak.
BSH Bujang
BSH Bujang 2020 telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Melalui inisiatif ini, sebanyak RM300 akan diagihkan terus ke akaun penerima pada Fasa Ketiga.
Pengumuman BSH 2020 Bujang dan OKU
Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng telah membentangkan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019. Semasa pembentangan tersebut, pengumuman mengenai penerusan program Bantuan Sara Hidup bagi tahun 2020 telah dibuat. Berikut adalah antara intipati pengumuman tersebut:
- RM 5 bilion akan diperuntukkan bagi BSH 2020
- Skim BSH diperluaskan kepada 1.1 juta individu bujang (golongan bujang) berumur lebih daripada 40 tahun serta berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan
- OKU berumur 18 tahun dan ke atas dengan pendapatan kurang daripada RM2,000 ribu sebulan turut layak mendapat BSH 2020
- Mereka bakal menerima bantuan sebanyak RM300 beserta Skim Takaful MySalam (secara automatik dan percuma)
Berikut dikongsikan butiran lanjut tentang cara-cara membuat semakan status BSH Bujang 2019 termasuk maklumat-maklumat lain yang berkaitan:
Untuk membuat semakan status BSH bujang, di Laman Utama klik Semakan Bujang.
Pengguna akan dibawa ke laman seterusnya iaitu Semakan Penerima Bujang. Isikan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) di dalam ruangan yang disediakan. Klik Semak.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan BSH termasuk tarikh bayaran, permohonan rayuan & pakej rangsangan ekonomi, sila rujuk di Portal Rasmi BSH di https bsh.hasil.gov.my dan butiran-butiran berikut:-
Sekretariat MOF
- Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya
Talian MOF
- 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Talian Bantuan Sara Hidup LHDNM lembaga hasil dalam negeri
- 1-800-88-2747
- Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m
Faks MOF
- 03-8882 3933
Atau rujuk pada soalan-soalan lazim berkaitan BSH:-
Diharapkan perkongsian di atas ini dapat membantu pemohon untuk membuat semakan status BSH masing-masing. Selamat mencuba.
Related : bantuan prihatin nasional one off. proses pengkreditan tiada rekod, permohonan bsh bujang, tiada sebarang perubahan maklumat kategori baharu, warganegara malaysia