Makluman kepada mereka yang telah membuat permohonan Geran Khas PRIHATIN GKP? Sekiranya sudah, pasti anda ingin membuat semakan status permohonan tersebut bagi mengetahui status adakah lulus atau tidak. Berikut dikongsikan cara membuat Semakan GKP iaitu semak status permohonan GKP secara online untuk panduan semua.
Penularan wabak COVID-19 telah memberikan impak yang negatif kepada ekonomi negara dan masyarakat khususnya. Majoriti Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) mikro di Malaysia terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana urusan perniagaan sukar untuk dijalankan.
Kerajaan Malaysia melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) telah mengumumkan Inisiatif GKP. Dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion diharap dapat membantu peniaga-peniaga kecil dan pengusaha PKS mikro dalam meringankan beban kewangan perniagaan masing-masing.
Terkini : Perdana Menteri mengumumkan bayaran kedua GKP 4.0 akan dibuat bermula 23 November 2021. Pemohon boleh membuat semakan di laman web rasmi GKP untuk melihat status masing-masing.
Kemaskini : Perdana Menteri telah mengumumkan pada 17 September iaitu bayaran Geran Khas Prihatin GKP 4.0 bagi bulan September akan dilakukan bermula 21 September 2021.
Untuk penerima sedia ada dan pemohon baharu, semakan status boleh dibuat di laman web rasmi GKP mulai 20 September 2021
Kemaskini : Kerajaan mengumumkan GKP 4.0 bagi membantu PKS yang terjejas sepanjang PKP yang berlangsung sejak 1 Jun 2021. Selain GKP tambahan yang akan diterima pada Julai 2021, mereka yang berkelayakan akan mendapat bantuan
- RM500 pada September 2021
- RM500 pada November 2021
- Permohonan baharu akan dibuka pada pertengahan Julai 2021
Semakan GKP Tambahan Online Semak Status Geran Khas PRIHATIN
Di bawah adalah maklumat berkaitan seperti syarat-syarat kelayakan, tarikh semakan dan panduan membuat semakan untuk rujukan semua.
Syarat Kelayakan Geran Khas PRIHATIN 3.0 | |||
Bagi yang belum membuat permohonan, pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan permohonan GKP seperti berikut: | |||
NO | SYARAT | ||
1. | Bukan pemohon GKP sebelum ini | ||
2. | Warganegara Malaysia | ||
3. | Pemohon menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
| ||
4. | Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 28 Februari 2021 | ||
5. | Aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat | ||
6. | Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia | ||
Nota: Kepada yang berdaftar dengan agensi kerajaan contohnya SSM dan PBT tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, anda masih layak memohon dengan mengisi butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon. |
Permohonan GKP 4.0
Permohonan Geran Khas PRIHATIN yang dibuka ^Pertengahan Julai 2021 boleh dilakukan secara online sahaja menerusi pautan portal GKP di https gkp.hasil.gov.my di bawah:-
Sebagai makluman, permohonan secara manual tidak akan diterima oleh LHDNM.
Berikut adalah tarikh yang dinyatakan oleh LHDNM untuk membuat semakan permohonan GKP 3.0:
Tarikh Semakan GKP 3.0 | |||
Tarikh | Hari | ||
8 Jun 2021 | Selasa |
Keputusan permohonan rayuan payment geran khas prihatin pula disemak bermula tarikh yang akan dikemaskini.
Panduan Membuat Semakan Geran Khas PRIHATIN | |||
Bagi mereka yang telah berjaya melengkapkan permohonan, cara mudah untuk membuat semakan permohonan secara online adalah seperti berikut: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Pertama sekali, klik pada Pautan : Semakan Status | ||
2. | Ikuti arahan selanjutnya yang disediakan sehingga selesai proses semakan | ||
Nota: Pemohon akan menerima payment secara kredit ke akaun bank masing-masing (akaun bank hendaklah aktif) |
Permohonan Rayuan GKP
Pemohon yang gagal dalam permohonan pertama mereka boleh membuat permohonan rayuan mulai tarikh yang akan dikemaskini melalui portal rasmi GKP.
Setiap permohonan rayuan akan diproses dengan teliti dan keputusan rayuan akan dimaklumkan mulai tarikh yang akan dikemaskini manakala payment Geran Khas Prihatin pula dijangka dibuat mulai tarikh yang akan dikemaskini.
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan status semakan permohonan Geran Khas PRIHATIN, payment geran khas, sila rujuk:
- Soalan Lazim Tambahan
- Soalan Lazim 3.0
- Soalan Lazim 2.0
- Lupa Kata Laluan
- Laman Web Rasmi LHDN (https gkp.hasil.gov.my)
- Hasil Care Line: 03 8911 1000/603 8911 1000 (Isnin hingga Jumaat-9.00 pagi hingga 5.00 petang)
Semoga perkongsian berkaitan cara membuat Semakan GKP Online memberikan manfaat kepada anda. Diharapkan permohonan yang dibuat lulus dan berjaya mendapat bantuan bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi.