Cara Semak Keputusan Permohonan Dan Rayuan BR1M 2018. Permohonan bantuan BR1M 2018 anda lulus atau tidak? Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan BR1M 2018 iaitu status permohonan samada lulus atau gagal. Dengan kepesatan teknologi masa kini, kaedah semakan BR1M telah ditambah baik termasuk semak melalui telefon pintar, manual ataupun online. Oleh itu, keputusan permohonan akan diperolehi dengan pantas dan mudah.
Bantuan Rakyat 1Malaysia ataupun BR1M adalah satu program wang tunai sekali beri yang telah mula diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2012. Ianya adalah satu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya dan bakal dimanfaatkan oleh seramai 7 juta penerima yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah kategori isi rumah dan individu bujang berumur 21 tahun ke atas.
BR1M 2018 : Semak Status Permohonan, Kemaskini Dan Rayuan
Berikut adalah panduan penting dalam membuat semakan status Bantuan Rakyat 1Malaysia. Pengguna adalah disarankan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi e-BR1M dalam mendapatkan informasi terkini berkaitan BRIM.
A. Semakan Keputusan BR1M 2018 Secara Online Dan Manual
Proses semakan status permohonan BR1M akan mengambil sedikit masa. Ianya disebabkan maklumat pemohon akan melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan daripada agensi yang terlibat seperti berikut :-
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) termasuk PDRM
- Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Kumpulan Wang Persaraan
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Kementerian Luar Negeri
- Jabatan Agama Islam Negeri
- Kementerian Pendidikan Tinggi
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Semakan status kelulusan permohonan BR1M 2018 boleh disemak bermula dari 19 Februari 2018 (Isnin), jam 1200 tengahari. Semakan status permohonan BR1M tahun 2018 boleh disemak menggunakan kaedah semakan seperti berikut :-
i) Semakan Keputusan BR1M Online
Pemohon yang telah membuat permohonan boleh mengetahui status BRIM mereka secara online dan manual. Sila layari Menu MyBR1M di Portal Rasmi e-BR1M. Pemohon boleh membuat Semakan Status, Kemas Kini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas di Laman MyBR1M. Semakan menggunakan maklumat No Kad Pengenalan.
- Klik Semakan Melalui MyBR1M.
ii) Applikasi Mobile Semakan BR1M
Semak status BRIM 2018 anda menggunakan Applikasi Mobile Semakan BR1M yang boleh di muat turun di Android dan iOS. Ianya lebih mudah kerana ramai pengguna kini menggunakan smartphone.
iii) Semak Melalui e-Mail
Sila hantar email ke alamat br1m@treasury.gov.my untuk bertanyakan status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan pemohon dalam email.
iv) Semakan Melalui Panggilan Telefon
Semakan Keputusan BR1M juga boleh disemak melalui talian hotline. Sila hubungi no hotline berikut untuk bertanyakan status permohonan anda.
- Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
- Tarikh Semakan : Pada setiap hari waktu bekerja dari jam 900 pagi sehingga 500 petang
v) Surat Makluman Melalui Pos
Pemakluman keputusan permohonan BR1M akan juga dimaklumkan melalui surat makluman yang diposkan ke alamat pemohon seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan.
B. Panduan Permohonan Rayuan BR1M
Tidak semua permohonan BR1M akan diluluskan. Oleh itu, mereka yang gagal dalam permohonan boleh membuat rayuan. Permohonan Rayuan BR1M boleh dibuat secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Juga termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).
- Tarikh rayuan BR1M 2018 adalah dari 2 April 2018 sehingga 31 Mei 2018 (Tahun lepas dari 3 April sehingga 31 Mei 2017).
- Borang rayuan adalah Borang BK-07 (Akan dikongsikan)
Contoh Borang rayuan BRIM boleh dirujuk di gambar dibawah ini atau klik BORANG BK-07
Pemohon perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini.
C. Jadual Pembayaran BR1M 2018
Bila tarikh duit brim dapat atau masuk ke dalam akaun? Pemohon yang diluluskan akan menerima bantuan mengikut jadual tarikh pembayaran berdasarkan kepada kategori penerima. Tarikh bayaran untuk pemohon yang berjaya dalam permohonan mungki lewat berbanding penerima bantuan sediada yang telah diluluskan lebih awal.
Berikut adalah jadual tarikh pembayaran BR1M pada tahun 2018 mengikut kategori penerima bantuan.
Pembayaran BR1M 2018 Fasa 1 adalah bermula dari 26 Februari 2018 (Hari Isnin) yang akan dibuat secara berperingkat. Pemohon yang berjaya dan ada mengemukakan maklumat akaun bank ketika permohonan, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan. Manakala bagi pemohon yang tiada akaun bank, pembayaran adalah secara pemberian baucar melalui majlis yang akan diadakan oleh SUK/ SDO.
i) Kategori 1 : Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k
Jumlah Bantuan adalah sebanyak RM450
- Februari 2018 : RM450 (Bermula 26 Februari 2018 secara berperingkat)
ii) Kategori 2 : Isi rumah
Mereka yang berpendapatan bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 sebulan) dengan Jumlah Bantuan sebanyak RM900
- Ansuran Pertama : RM300 : Februari 2018 (Bermula 26hb Februari 2018 secara berperingkat)
- Kedua : RM300 : Jun 2018 (Akan dikemaskini)
- Ansuran Ketiga : RM300 : Ogos 2018 (Akan dikemaskini)
iii) Kategori 3 : Isi rumah
Untuk mereka yang berpendapatan Bawah RM3k dengan Jumlah Bantuan sebanyak RM1,200
- Ansuran Pertama : RM400 : Februari 2018 (Bermula 26 /2/ 2018 secara berperingkat)
- Kedua : RM400 : Jun 2018 (Akan dikemaskini)
- Ansuran Ketiga : RM400 :Ogos 2018 (Akan dikemaskini)
D. Skim Khairat Kematian BR1M (SKK)
SKK hanya terpakai untuk kategori Isi Rumah dan Warga Emas. Waris kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia sediada boleh menuntut wang Skim Khairat Kematian (SKK) berjumlah RM1,000 menerusi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.
SKK hanya layak dituntut oleh waris untuk penerima BR1M yang telah meninggal dunia dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018. Tuntutan SKK BR1M tahun 2018 boleh dituntut di mana-mana cawangan BSN bermula dari 26 Februari 2018.
E. Waktu Operasi Kaunter BR1M Di Cawangan LHDNM
Untuk mereka yang ingin berurusan berkaitan dengan BRIM di kaunter, waktu operasi kaunter BRIM adalah seperti berikut:-
i) Hari Bekerja
- Cawangan Semenanjung : 9.00 pagi hingga 5.00 Petang
- Cawangan Sabah / Sarawak : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
ii) Cuti Hujung Minggu
- 29.12.2017 / 30.12.2017/ 31.12.2017 (Jumaat / Sabtu / Ahad) : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Sila ambil perhatian bahawa
- Masa pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada sebarang pindaan
- Kaunter perkhidmatan ditutup pada cuti umum seperti: : 11.12.2017: Hari Keputeraan Sultan Selangor (Negeri Selangor dikecualikan untuk membuka kaunter perkhidmatan) dan 01.12.2017 & 25.12.2017: Maulidur Rasul & Hari Krismas (Semua negeri dikecualikan untuk membuka kaunter perkhidmatan)
- Cawangan LHDNM yang bekerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu operasi kaunter pada hari Khamis adalah sehingga jam 3:30 petang
- Termasuk Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC), LHDNM
F. Maklumat Lanjut Semakan Keputusan BR1M 2018
Untuk sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sila hubungi :-
1. Sekretariat BR1M
- Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Presint 2, 65292 Putrajaya
2. Hotline BR1M LHDNM
- 1-800-88-2716
Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang
3. Hotline BR1M MOF
- 03-8882 4565, 03-8882 4566
4. e-Mel
- br1m@treasury.gov.my
5. Laman Web
- https://ebr1m.hasil.gov.my/
Selamat membuat semakan keputusan BR1M 2018. Tahniah kepada mereka yang berjaya menerima bantuan. Kepada mereka yang gagal, diucapkan agar permohonan rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia dapat diluluskan.
MANIFESTO BN UNTUK PRU14 BERKAITAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) |
Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan beberapa maklumat terkini berkenaan BR1M jika BN memenangi Pilihanraya Umum ke 14. Pada majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 7 April 2018 |
|
1. Isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah : Bayaran BRIM pada Jun dan Ogos 2018 akan dinaikkan masing-masing kepada RM800 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan RM2,000 (RM400 + RM800 + RM800) |
2. Isi rumah berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 : Pembayaran pada Jun serta Ogos 2018 akan dinaikkan masing-masing kepada RM600, jumlah pemberian BR1M dari RM900 meningkat kepada RM1,500 (RM300 + RM600 + RM600) |
3. Kategori Individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah : BR1M yang dibayar RM450 pada Februari lalu akan ditambah lagi RM150 menjadi RM600 (RM450 + RM150) |
4. Kategori baharu : Akan diwujudkan satu kategori baru iaitu isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan. Akan menerima bayaran RM700 yang dibayar pada Jun dan Ogos 2018 |
5. Bayaran secara one-off sebanyak RM1,500 kepada anak-anak penerima BR1M yang berjaya mendaftar di institusi pengajian tinggi |