Cara Semak Keputusan Tawaran Kemasukan Ke SBP 2020 Tingkatan 4 Online. Perhatian buat pelajar PT3 2019. Menerusi makluman FAQ SBP, semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 (Empat) 2020 Online akan diumumkan pada suatu tarikh yang ditetapkan. Keputusan tawaran kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) boleh disemak secara online. Permohonan e-Rayuan untuk pelajar yang gagal mendapat tawaran atau tidak membuat permohonan SBP pertama akan dibuka pada tarikh yang sama dengan keputusan Form 4 SBP 2020 diumumkan.
Untuk makluman, keputusan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 akan diumumkan selewat-lewatnya 20 Disember 2019. Ianya melibatkan pemohon dari pelajar lepasan UPSR murid tahun 6.
Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan SBP 2020 Tingkatan 4 Online
Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Empat (4) meliputi tarikh dan applikasi semakan serta panduan rayuan.
Tarikh Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2020
- Ambilan tahun 2020 : selewat-lewatnya 14 Januari 2020
- Permohonan e-Rayuan SBP : Tarikh yang sama seperti tarikh mula semakan
- Semakan erayuan ambilan 2 : akan dikemaskini
Pelajar adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala di http://www.moe.gov.my/ dalam mendapatkan maklumat terkini semakan.
Applikasi Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 Online
Keputusan boleh disemak secara atas talian atau online di
- https://sst4.moe.gov.my/
- Sila Masukkan Angka Giliran PBS 2019 dan Klik Butang Semakan
- Pastikan maklumat ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran PT3 calon. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut
Arahan Kepada Pemohon Yang Berjaya
Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. SBP berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SBP.
Permohonan e-Rayuan SBP 2020 Online
Pemohon yang gagal mendapat tempat di SBP boleh membuat e-Rayuan, tetapi ianya bergantung pada kekosongan tempat.
Nota : Murid yang gagal/ tidak membuat permohonan secara online pada tarikh yang ditetapkan ingin memohon. Bagaimanakah caranya?
- Makluman, murid yang tidak membuat permohonan secara atas talian / terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan walaupun telah membuat e-rayuan kerana tidak menduduki UKSBP.
- Permohonan e-Rayuan akan mula dibuka bersamaan tarikh pengumuman keputusan ke SBP ambilan pertama.
Cara Membuat Permohonan e-Rayuan secara online Dan Cara Menyemak Keputusan e-Rayuan SBP
1. Calon yang telah membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya:
- Masuk ke laman sesawang: Semakan SBP Online
- Klik sistem semakan Tawaran ke SBP tingkatan 4
- Masukkan angka giliran PBS
- Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
- Klik pada e-rayuan
- Maklumat yang diperlukan : A. MAKLUMAT DIRI, B. KEPIMPINAN / KOKURIKULUM, C. MAKLUMAT IBU BAPA DAN D. ALAMAT SURAT MENYURAT
- Hantar.
2. Calon yang tidak membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi ingin memohon:
Masuk ke laman sesawang: Semakan SBP Secara OnlineKlik sistem semakan tawaran ke SBP tingkatan 4Masukkan angka giliran PBSMasukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatanKlik pada e-rayuanHantar
Selamat membuat Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2020 secara Online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh ambilan 2020. Kepada yang gagal, anda masih berpeluang dengan membuat permohonan rayuan pada masa yang telah ditetapkan. Moga nada juga berjaya mendapat tawaran kemasukan.