Semakan PSP Kelayakan Program Subsidi Petrol. Adakah anda layak dalam mendapat Program Subsidi Petrol yang telah diumukan kerajaan baru-baru ini? Berikut akan dikongsikan cara semakan PSP Program Subsidi Petrol beserta maklumat yang berkaitan dengannya. Maklumat yang dikongsi adalah berdasarkan laman web yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) khas untuk program subsidi bersasar ini.
Menteri KPDNHEP telah mengumumkan mekanisme pelaksanaan Program Subsidi Petrol pada 7 Oktober 2019. Ia merupakan inisiatif Kerajaan untuk meringankan kos sara hidup isi rumah yang berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol. Bantuan dalam bentuk kewangan ini dapat membantu rakyat dalam kos penggunaan petrol secara harian. Namun begitu, ia hanya layak kepada kepada penerima BSH di Semenanjung Malaysia sahaja. Rakyat di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dikecualikan daripada program ini.
Terkini: Program Subsidi Petrol Ditangguhkan
- Program Subsidi Petrol (PSP) akan ditangguhkan dari Januari 2020 ke suatu masa yang akan diumumkan kelak
- Antara matlamat PSP ditangguhan adalah untuk memberi ruang kepada proses pendaftaran untuk penerima yang tergolong dalam kalangan isi rumah berpendapatan pertengahan 40 peratus iaitu M40 yang bakal dikelolakan oleh Kementerian Kewangan
Berikut dikongsikan info-info terkini berkaitan Program Subsidi Petrol (PSP). Sebarang maklumat baru akan dikemaskini dari semasa ke semasa:
Kenaikan Harga Petrol RON95
- Mulai bulan Januari 2020, setelah PSP mula dilaksanakan, harga RON95 akan diapungkan dan mengalami kenaikan sebanyak SATU SEN setiap minggu sehingga mencapai harga pasaran semasa
Kemaskini Maklumat Penerima
- Pengemaskinian maklumat perlu dilakukan di portal PSP sebelum tarikh berikut:
- 30 November 2019
- Penerima PSP perlu mengemaskini maklumat terutamanya:
- Maklumat Kenderaan
- Akaun Bank
*PENTING : Proses pembayaran ke akaun penerima tidak akan dilakukan dengan jayanya jika penerima gagal mengemaskini maklumat
Belanjawan 2020
Baru-baru ini ketika pembentangan Belanjawan 2020, Menteri Kewangan telah mengumumkan penambahan kategori bagi Program Subsidi Petrol (PSP) serta beberapa maklumat penting. Antaranya ialah:
- PSP akan dijalankan di Semenanjung Malaysia bermula Januari 2020
- Kenderaan mewah tidak layak untuk menerima skim PSP ini.
- Dua kategori kelayakan adalah
1. Penerima BSH (B40) yang mememuhi syarat kelayakan PSP
2. Bukan Penerima BSH yang memenuhi syarat kelayakan PSP - Bayaran subsidi bagi penerima BSH akan dibuat secara pemindahan tunai (kredit terus) ke akaun bank penerima untuk setiap empat bulan. Pembayaran pertama adalah pada April 2020 (bagi subsidi bertempoh Januari hingga April 2020)
- Untuk bukan penerima BSH, bantuan akan diberikan dalam bentuk Kad95 yang melayakkan mereka menerima subsidi petrol. Kad95 akan mula dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama 2020.
- Kerajaan bersedia menerima permintaan sekiranya Sabah dan Sarawak ingin menyertai skim PSP ini.
Semakan PSP Kelayakan Program Subsidi Petrol 2020
Berikut adalah panduan penting dalam membuat semakan PSP status kelayakan Program Subsidi Petrol. Pengguna adalah disarankan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi PSP dalam mendapatkan informasi terkini berkaitan PSP .
Pengguna perlu memenuhi setiap syarat-syarat berikut supaya layak menerima PSP.
- 1. Merupakan penerima BSH beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja
- 2. Memiliki kenderaan persendirian yang berdaftar dan mempunyai Lesen Kenderaan Motor yang masih sah
- 3. Had pemilikan kenderaan individu adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal
- 4. Kriteria kenderaan yang layak berdasarkan kapasiti enjin:
5. Kadar kelayakan PSP mengikut pemilikan kenderaan:
Aplikasi Semakan PSP Program Subsidi Petrol
KPDNHEP telah menyediakan portal khas bagi memudahkan pengguna atau rakyat mengetahui lebih banyak tentang inisiatif ini. Kepada mereka yang ingin membuat semakan psp, anda boleh membuka pautan aplikasi seperti berikut:
- Portal Rasmi Program Subsidi Petrol
- Tarikh Semakan PSP : Mulai 15 Oktober 2019
Semakan PSP Program Subsidi Petrol | |||
Berikut dikongsikan cara-cara membuat Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol PSP | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Layari pautan berikut: Semakan Kelayakan PSP | ||
2. | Tandakan ruangan petak “Saya faham dan bersetuju” | ||
3. | Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan kosong “No. MyKad” | ||
4. | Tekan butang “Semak” | ||
5. | Paparan sama ada Layak atau Tidak Layak akan ditunjukkan. Sekiranya layak, anda boleh membuat pilihan untuk mengemaskini No. Akaun dengan tekang butang “Kemas kini”![]() | ||
6. | Setelah itu, kemas kini perlu dibuat dengan memilih Nama Bank serta mengisikan No. Akaun Bank yang baharu. Tekan “Kemas kini No. Akaun” untuk langkah seterusnya.![]() | ||
7. | Pengguna hendaklah mengisi No. Akaun Bank BSH terdahulu untuk pengesahan dan tekan butang “Ok”![]() | ||
8. | Akhir sekali pilih maklum balas jenis bantuan sama ada ingin menerima atau menolak dan tekan butang “Simpan” untuk menyelesaikan proses semakan.![]() |
Kaedah Pembayaran Program Subsidi Petrol
Subsidi petrol akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima PSP yang layak dengan jumlah subsidi bagi tempoh 4 bulan iaitu Januari hingga April 2020. Ini bermaksud, bagi kereta adalah sebanyak RM120 dan motosikal sebanyak RM48. Kepada penerima yang layak tetapi tidak mempunyai akaun bank, anda perlu membuka akuan bank dan mengemas kini maklumat bermula 15 Oktober 2019 di Portal Rasmi PSP
Tarikh pembayaran Program Subsidi Petrol adalah pada suku pertama tahun 2020 iaitu:
- Tarikh Pembayaran PSP: April 2020
Pengapungan Harga Jualan Runcit Petrol RON95
Harga petrol RON95 akan dikekalkan pada RM2.08 sehingga 31 Disember 2019. Sebaik sahaja PSP dijalankan bermula Januari 2020, harga petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat (gradual) sehingga setara dengan harga pasaran. Justeru ketika tempoh pengapungan semula harga jualan runcit RON95 secara berperingkat tersebut, semua orang masih boleh menikmati subsidi petrol secara pukal (namun subsidi ini adalah pada kadar lebih kecil).
Harga Minyak Petrol & Diesel Terkini
Berikut dikongsikan senarai harga minyak terkini buat rujukan semua:
Pengecualian PSP di Sabah, Sarawak dan WP Labuan
Kerajaan telah mengambil kira keperluan penduduk di Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang kebanyakannya menggunakan kenderaan berkapasiti enjin yang besar dan menggunakan diesel. Oleh itu, penerima BSH di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dikecualikan daripada pelaksanaan Program Subsidi Petrol dan pengapungan harga jualan runcit RON95.
Di samping itu, terdapat juga penggunaan petrol di Sabah dan Sarawak untuk bot kecil dan genset di rumah panjang. Bagi tujuan ini, mereka akan menikmati subsidi petrol RON95 secara pukal pada harga runcit semasa iaitu pada kadar RM2.08 seliter. Sehubungan dengan itu, bantuan tunai PSP hanya diberi kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) di Semenanjung Malaysia sahaja.
Faedah Program Subsidi Petrol
Program ini memberikan faedah yang banyak kepada rakyat dan negara seperti jadual di bawah. Justeru itu, kita sewajarnya memanfaatkan sepenuhnya pendekatan yang digunakan oleh kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup.
Negara | |
1 | Mencapai sustainable development goal ke -12 iaitu penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab |
2 | Mengurangkan beban fiskal negara |
Rakyat | |
1 | Meringankan beban kos sara hidup |
2 | Bantuan tertumpu kepada golongan sasar iaitu golongan B40 |
3 | Mengurangkan ketirisan subsidi petrol |
4 | Menggalakkan penggunaan optimum pengangkutan awam |
5 | Menggalakkan tabungan |
Soalan Lazim Program Subsidi Petrol
Anda boleh membuat rayuan melalui portal rasmi PSP apabila permohonan rayuan dibuka kepada penerima BSH yang tidak layak bagi bantuan ini. Kategori rayuan merangkumi pengemaskinian pemilikan kenderaan atau alamat rumah.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah yang berkaitan Program Subsidi Petrol oleh KPDNHEP, anda boleh merujuk kepada pautan soalan lazim berkenaan Program Subsidi Petrol di FAQ.