Perhatian buat semua rakyat Malaysia terutamanya kaum wanita yang bergelar suri rumah. Pasti anda semua sedia maklum tentang skim i-SURI KWSP, yang bermula pada 15 Ogos 2018 lalu yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Untuk mengetahui samada anda layak untuk menerima manfaat daripada bantuan i-SURI ini, anda boleh membuat semakan status iSURI secara online di Portal eKasih.
Bagi yang belum sedia maklum, program caruman Sukarela Insentif Suri (i-SURI) ini merupakan caruman sukarela KWSP bersama insentif khas Kerajaan. Ia secara khususnya disasarkan kepada suri rumah yang telah mendaftar dalam sistem e-Kasih, sebuah sistem yang menyimpan maklumat/ data mengenai kemiskinan individu termasuk profil peribadi, bantuan yang telah diterima.
Semakan i-Suri KWSP
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan skim bantuan i-SURI termasuk cara Semakan Status i-Suri buat rujukan semua:
Syarat Kelayakan i-SURI KWSP
Golongan yang layak menerima bantuan i-SURI adalah yang menepati kriteria kelayakan di bawah:
SYARAT KELAYAKAN
1.Warganegara Malaysia
2. Golongan suri rumah termasuk:
- Isteri kepada ketua isi rumah
- Ketua isi rumah yang berstatus balu, janda, ibu tunggal atau bujang
3. Berdaftar dalam sistem e-Kasih setakat 30 Jun 2018
4. Berumur kurang daripada 60 tahun5.Memiliki akaun KWSP dan mencarum minimum RM5 secara bulanan atau RM60 setahun
Semakan Status iSURI KWSP Melalui Portal e-Kasih
Sebelum membuat pendaftaran, anda perlu membuat semakan status iSURI untuk mengetahui samada nama anda telah didaftarkan dalam sistem e-Kasih atau tidak:
Semak Pendaftaran e-Kasih
Langkah-langkah untuk membuat semakan status pendaftaran e-Kasih adalah seperti berikut:
1.Klik: Aplikasi Semakan Pendaftaran e-Kasih
2. Isikan nombor Kad Pengenalan/MyKad
3. Tekan Klik Untuk Cari4.
Jika maklumat anda sudah berada dalam daftar e-Kasih, makluman pengesahan kewujudan No. Kad Pengenalan anda di dalam sistem akan dipaparkan.
Butiran yang ditunjukkan merangkumi:
- Nama
- Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR)
- Nama KIR
- Negeri
- Daerah
*Nota:
- Ketua Isi Rumah (KIR) adalah mereka daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang memikul tanggungjawab atau diberi tanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di tempat tinggalnya
- Ahli Isi Rumah (AIR) adalah mereka yang dianggap sebagai penghuni biasa di kawasan kediaman yang dipilih.
- SPB adalah Senarai Penerima Bantuan agensi yang masih belum disahkan
5.Bagi mereka yang tiada maklumatnya dalam pangkalan data e-Kasih, sistem akan mengeluarkan kenyataan bahawa No. Kad Pengenalan anda tidak wujud dalam Sistem e-Kasih6.Untuk mendaftar eKasih, sila rujuk panduan pendaftaran eKasih
Pendaftaran i-SURI KWSP
Tarikh dan langkah-langkah membuat pendaftaran i-SURI adalah seperti berikut:
- Tarikh buka: 15 Ogos 2018
Cara Daftar iSURI
Selepas status dalam e-Kasih disahkan, turuti langkah-langkah berikut untuk membuat pendaftaran i-SURI KWSP :
1.Kunjungi mana-mana kaunter KWSP
2. Bawa Kad Pengenalan / MyKad & Borang i-Suri :-
- KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)
3. Maklumkan kepada pegawai bertugas yang berkaitan untuk mendaftar skim i-SURI4.Pendaftaran skim akan dilaksanakan
Caruman i-SURI
Jumlah caruman yang perlu dibayar oleh suri rumah dan sumbangan caruman daripada pihak Kerajaan adalah seperti berikut:
- Bayaran caruman suri rumah : Sekurang-kurangnya RM 5.00 sebulan atau RM60 setahun
- Sumbangan caruman oleh pihak Kerajaan (Ogos – Disember 2018) : RM40.00 sebulan atau RM 200 untuk lima bulan
- Sumbangan caruman oleh pihak Kerajaan (2019 dan seterusnya) : RM 40.00 sebulan atau RM480 setahun
Anda boleh membuat bayaran caruman dengan cara berikut:
- Secara online menggunakan perbankan internet oleh bank yang dilantik seperti Maybank atau Public Bank
- Secara bayaran tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
- Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP seperti Maybank, Public Bank, BSN atau RHB
Manfaat Ahli KWSP
Selain mendapat sumbangan caruman bulanan daripada pihak Kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya, berikut adalah manfaat lain yang dapat dinikmati oleh pencarum:
- Dividen tahunan
- Bantuan hilang upaya
- Bantuan Kematian: RM2,500
- Pengeluaran simpanan
- Pelepasan cukai
Fasa Pelaksanaan Program i-SURI KWSP
Terdapat tiga fasa dalam pelaksanaan skim bantuan i-SURI ini iaitu:
- Fasa 1 : Mulai 15 Ogos 2018, kerajaan akan membuat sumbangan sejumlah RM40 sebulan untuk setiap pencarum yang membuat caruman sukarela sebanyak RM5 ke akaun KWSP
- Fasa 2 : Dijangka akan dilaksanakan mulai tahun 2019. Sumbangan kerajaan akan ditingkatkan kepada RM50. RM10 daripadanya akan diberikan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai suatu bentuk sumbangan
- Fasa 3 : Dijangka bermula awal 2020. Dua peratus sumbangan KWSP suami akan dipindahkan ke dalam akaun isteri. Namun, beberapa pindaan perlu dijalankan terhadap akta berkaitan
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Semakan i-Suri, rujuk butiran yang disediakan di bawah:
Berkaitan Caruman Sukarela KWSP
- Layari : Laman Web KWSP
- Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan : 03-8922 6000
Berkatian Insentif i-SURI
- Layari : Laman Web KPWKM
- Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan : 03-8000 8000
Semoga perkongsian maklumat berkaitan Semakan Status iSuri ini dapat membantu memudahkan urusan anda. Selamat mencarum bagi yang berjaya menerima bantuan tersebut.