Syarat Kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (Dahulunya BSH). Apakah Syarat Kelayakan mohon BPR tahun 2021? Adakah anda layak untuk membuat permohonan atau pendaftaran Bantuan Prihatin Rakyat (dahulunya Bantuan Sara Hidup)? Berikut adalah Syarat Kelayakan BPR 2021 terkini yang merangkumi syarat asas, jumlah pendapatan, umur dan senarai dokumen yang perlu disediakan.
Pendaftaran untuk permohonan baru dan kemaskini BPR telah dibuka bermula dari 15 Januari sehingga 15 Februari 2021. Tarikh pembayaran BPR yang bergantung kepada kategori penerima iaitu tarikh bayaran akan dibuat pada bulan Februari, April/ Mei dan September/ Oktober tahun 2021.
Syarat Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR)
Untuk panduan pemohon yang masih belum mengetahui, berikut adalah syarat kelayakan permohonan BPR yang dikongsikan dari Portal Rasmi BPR.
Syarat Kelayakan BPR Tahun 2021
Berikut adalah syarat kelayakan BPR 2021 yang perlu dipatuhi oleh pemohon dalam memastikan permohonan bantuan tidak gagal atau ditolak. Senarai sebab atau punca pemohon gagal dalam permohonan BPR boleh dirujuk di
1. ISI RUMAH
- Berkahwin (ada atau tiada anak)
- Ibu atau bapa tunggal/ balu/ janda/ duda yang mempunyai anak
- Bujang termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 60 tahun dan ke atas
2. SINGLE
- Bujang atau ibu bapa tunggal/ balu/ janda/ duda yang tidak mempunyai anak
- Had umur:
- 21 tahun hingga 59 tahun atau
- 18 tahun hingga 59 tahun bagi kategori OKU
Kriteria Kelayakan
Setiap pemohon BPR perlu memenuhi kelayakan mengikut kategori seperti berikut:
1. ISI RUMAH
A) Pemohon:
- Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
B) Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
C) Anak (jika mempunyai anak)
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja
- Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan
- Had umur:
- 17 tahun dan ke bawah
- 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta
2. SINGLE
- Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
- Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
- Lelaki atau wanita yang berumur:
- 21 tahun hingga 59 tahun
- 18 tahun sehingga 59 tahun bagi ketegori OKU
Senarai Kategori Penerima BPR 2021
Untuk tahun 2021, berikut adalah kategori penerima BPR 2021. Jumlah bantuan yang bakal diterima dan kategori penerima bantuan adalah seperti berikut :-
- ISI RUMAH – PENDAPATAN RM2,500 DAN KE BAWAH : Jumlah Bantuan RM1,200 (Jika mempunyai sehingga seorang anak) & RM1,800 (Jika mempunyai dua orang anak atau lebih)
- ISI RUMAH – PENDAPATAN RM2,501 HINGGA RM4,000 : Jumlah Bantuan RM800 (Jika mempunyai sehingga seorang anak) & RM1,200 (Jika mempunyai dua orang anak atau lebih)
- ISI RUMAH – PENDAPATAN RM4,001 HINGGA RM5,000 : Jumlah Bantuan RM500 (Jika mempunyai sehingga seorang anak) & RM750 (Jika mempunyai dua orang anak atau lebih)
- INDIVIDU SINGLE – PENDAPATAN RM2,500 DAN KE BAWAH : Jumlah Bantuan RM350
Semakan Status Permohonan BPR 2021 Online
Mereka yang telah membuat permohonan BPR boleh membuat semakan status permohonan dan rayuan dengan merujuk kepada panduan SEMAKAN BPR (akan dikemaskini). Keputusan permohonan dan rayuan boleh disemak pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Portal Rasmi BPR. Mereka yang gagal juga boleh membuat rayuan.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan mengenai BPR, sila hubungi
1. Sekretariat BPR
- Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Presint 2, 65292 Putrajaya
2. Hotline BPR LHDNM
- 1-800-88-2747
Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang
3. Hotline BPR MOF
- 03-8882 4565, 03-8882 4566
Semoga perkongsian maklumat Syarat Kelayakan BPR 2021 untuk permohonan atau pendaftaran bantuan boleh dijadikan panduan buat pengguna yang berminat untuk memohon.