Cara Menggunakan Pos Laju EziBox – Cara Mudah Ambil Barang

Panduan buat semua rakyat Malaysia yang ingin mengetahui cara mudah untuk mengambil barang menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia. Adakah anda seorang pengguna perkhidmatan ini? Kerap menghadapi situasi di mana kiriman barangan sampai tetapi anda tiada di rumah?  Jika ya, anda perlu mengetahui cara mudah untuk mengambil barang menggunakan khidmat terkini ini. Berikut dikongsikan panduan cara menggunakan Pos Laju EziBox sebagai rujukan buat semua.

Perkhidmatan yang disediakan ini adalah satu inovatif untuk memudahkan pengguna mengambil barang atau kiriman barangan masing-masing.  Perkhidmatan 24 jam ini akan memudahkan pengguna untuk mengambil barang mengikut masa yang dikehendaki.

Cara Menggunakan Pos Laju EziBox

Panduan Menggunakan Perkhidmatan EziBox (Ambil Dan Hantar Barang)

Pos Malaysia menjamin keselamatan barang atau kiriman barang pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini.  Bagi memudahkan pengguna,

Ianya juga diletakkan di kawasan-kawasan yang strategik seperti pejabat pos, stesen minyak, universiti dan pasaraya. Sehingga hari ini, lebih 80 lokasi yang telah disediakan di seluruh Malaysia.

Langkah Menerima Barang : Pos Laju EziBox

Langkah-langkah untuk menerima barang menggunakan perkhidmatan ini adalah seperti berikut:

1.Kenalpasti lokasi berdekatan anda

2. Gunakan alamat Ezi box yang berdekatan sebagai alamat penerima setelah membuat pembelian online dan sebagainya.

3.Anda akan menerima SMS dan nombor pin
Cara Menggunakan Pos Laju EziBox4.Kutip barang atau kiriman barang anda dalam masa 48 jam5.Ikut arahan mesin untuk mengambil barang anda
Cara Menggunakan Pos Laju EziBox6.Masukkan nombor pin dan anda boleh mengambil barang di loker yang diberitahu
Cara Menggunakan Pos Laju EziBox7. Kemudian tutup rapat loker tersebut

Selain daripada menerima penghantaran, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan untuk membuat penghantaran kepada pelanggan anda.

Langkah Untuk Penghantaran Barangan

Langkah-langkah untuk menggunakan perkhidmatan ini adalah seperti berikut:

1.Kenalpasti lokasi berdekatan anda

2. Pastikan pakej pembungkusan anda memenuhi kriteria berikut:

  • Sampul Prabayar semua saiz dan kotak hanya saiz S dan M
  • Untuk pelanggan kontrak, saiz bungkusan adalah 150mm x 250mm x 340mm (PxLxT)

3. Ikut arahan mesin

4. Masukkan nombor telefon penerima

5. Letakkan barang dalam loker seperti yang diarahkan dan tutup loker tersebut

Berikut akan dikongsikan pautan kepada senarai lokasi di seluruh Malaysia (80 cawangan):

Diharap perkongsian mengenai cara menggunakan perkhidmatan ini membantu anda dalam menikmati kemudahan yang disediakan ini.

Related : pin number parcel at august 2020 post offices, courier service

Share Artikel

alanasir

alanasir