Cara Semak Tracking J&T Express Secara Online

Semakan Tracking J&T Express Secara Online. Umum mengetahui, perkhidmatan J&T Express dalam penghantaran barang merupakan antara yang terkemuka di negara ini. Apakah cara mudah dan pantas untuk mengetahui status penghantaran barangan anda melalui J&T Express? Berikut dikongsikan cara membuat semakan iaitu cara semak tracking J&T Express secara online buat panduan pengguna perkhidmatan servis kurier di bawah J&T Express.

Status penghantaran barangan boleh disemak secara atas talian (online). Perkhidmatan semakan yang disediakan oleh J&T Express ini memudahkan orang ramai. Mereka tidak lagi perlu datang ke kaunter J&T Express semata-mata untuk bertanyakan status penghantaran barangan milik mereka.

cara semak tracking J & t express

Semakan Tracking J&T Express Secara Online

Perkhidmatan semakan yang disediakan adalah sangat mudah dan cepat. Selain secara online, pengguna juga boleh datang ke kaunter pada waktu operasi J&T Express untuk bertanyakan status penghantaran.

Selain itu, aplikasi mobile J&T Express Malaysia juga diperkenalkan untuk membolehkan pengguna membuat semakan penghantaran oleh J&T Express.

Cara Semak Tracking J&T Express Malaysia Online

Berikut dikongsikan 2 kaedah semakan status penghantaran barangan melalui J&T Express Malaysia :-

1. Semakan Secara Online

  • Aplikasi Semakan adalah di J&T Express TRACE & TRACK
  • Sila masukkan nombor tracking kurier (airwaybill) pada ruang semakan TRACE & TRACK tanpa menjarakkan nombor
  • Jika anda ingin semak lebih dari satu nombor sila pastikan nombor diasingkan dengan simbol “,” seperti ini ‘610019232951, 610019232952’.
  • Tekan button ‘TRACK’
  • Lihat Status Penghantaran dan klik pada tracking number untuk mendapatkan maklumat lanjut penghantaran
  • Boleh menyemak sehingga maksimum 10 nombor sekaligus dalam satu masa
  • Antara maklumat yang boleh akan dipaparkan semasa membuat pengesanan (tracking) adalah:
    • Tarikh barang mula untuk penghantaran
    • Proses penghantaran
    • Status kedudukan barang

2. Aplikasi Telefon Bimbit J&T Express Malaysia

Ini merupakan kaedah terbaru semakan

Kelebihan J&T Express

Berikut adalah di antara kelebihan perkhidmatan yang ditawarkan oleh J&T Express Malaysia:-

  1. Perkhidmatan Pelanggan Hotline 24 Jam
  2. Beroperasi 365 Hari setahun
  3. Perkhidmatan Pengambilan yang cekap dan pantas
  4. Laman Web dan Aplikasi Mesra Pengguna
  5. Sistem Penjejakan Masa Nyata
  6. Liputan seluruh negara di Malaysia
  7. Perkhidmatan Bersepadu Multi-Platform untuk Pelanggan VIP
  8. Perkhidmatan Tuntutan Pantas
  9. Harga Biasa dengan Perkhidmatan Premium
  10. Permohonan SMS

J&T Express juga ada menyediakan perkhidmatan tambah nilai seperti perkhidmatan pick-up, (pembungkusan) dan pengesanan (tracking) berasaskan web di bawah www.jtexpress.my.

Maklumat Cara Semak Tracking J&T Express

Pengguna boleh membuat aduan barangan rosak, hilang dan sebagainya dengan menghubungi Talian Hotline 1-300-80-9000 atau 03-9212 9660 serta juga melalui emel iaitu support@jtexpress.my.

Semoga perkongsian cara Semak Tracking J&T Express Secara Online ini dapat memudahkan anda. Semoga perkhidmatan J&T Express dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa untuk kemudahan setiap pengguna.

Share Artikel

az.editor

az.editor