Cara Semak Keputusan Asrama Semai Bakti FELDA 2024 Online. Perhatian buat pelajar UPSR tahun enam 2023 yang ada membuat permohonan kemasukan ke Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF) tahun 2024. Semakan Keputusan Asrama Semai Bakti FELDA ambilan tahun 2024 untuk kemasukan ke Tingkatan 1 boleh disemak secara online pada 29 Februari hingga 4 Mac 2024 (tahun sebelum ini pada 27 Januari 2023). Terdapat 3 ASBF di Malaysia iaitu terletak di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuantan
Asrama Semai Bakti FELDA atau ASBF adalah asrama FELDA yang ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada anak/ cucu Peneroka dan anak kakitangan FELDA yang tinggal di Rancangan dalam mendapat kemudahan pendidikan yang terbaik.
Semakan Keputusan Tawaran Asrama Semai Bakti FELDA ASBF 2024 Online
Menerusi maklumat tarikh penting, berikut dikongsikan informasi semakan ke Asrama Semai Bakti FELDA ambilan tahun 2024 boleh disemak secara online bermula dari 29 Februari hingga 4 Mac 2024 secara berperingkat.
- Surat tawaran akan dikeluarkan kepada mereka yang berjaya melalui emel pemohon semasa membuat permohonan
- Pemohon juga boleh menyemak keputusan UKKP secara berperingkat
- Pendaftaran pelajar baru yang terpilih adalah : ASBF JB dan ASBF Kuantan pada (akan dikemaskini) dan ASBF KL pada (akan dikemaskini)
Semakan Keputusan Asrama Semai Bakti FELDA Tahun 2024
Berikut adalah tarikh penting permohonan ASBF dari permohonan hingga semakan tawaran serta pendaftaran pelajar.
- 2 Oktober 2023 : Permohonan ASBF online dibuka
- 2 November 2023 : Permohonan ASBF online ditutup
- 4 dan 8 Disember 2023 : Makluman emel duduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar (UKKP)
- 18 dan 19 Disember 2023 : Ujian UKKP dijalankan
- akan dimaklumkan melalui emel : Semakan panggilan temuduga
- 9 dan 10 Januari 2024 : Sesi temuduga
- 29 Februari hingga 4 Mac 2024 : Semakan tawaran ke ASBF & Keputusan UKKP
- Akan dikemaskini : Kemasukan ke ASBFJB & ASBF Kuantan
- Akan dikemaskini : Kemasukan ke ASBFKL
Cara Hubungi
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi :-
- Jabatan Pendidikan FELDA,
Tingkat 37, Menara FELDA,
Platinum Park,
No. 11 Persiaran KLCC,
50088 Kuala Lumpur. - No Tel :+603-2191 2058 (ext: 2011/2057/2071)
No Fax :+603-2191 2593
Emel : edu.unit@felda.net.my
Selamat membuat Semakan. Semoga permohonan anda berjaya sekaligus mendapat tawaran kemasukan ke ASBF Tingkatan 1.