Cara Semak Keputusan Tawaran Kemasukan Ke SBP 2019 Tingkatan 1 Online. Bilakah tarikh semakan keputusan permohonan dan rayuan SBP 2019? Panduan penting buat murid Tahun 6 yang ada membuat permohonan kemasukan ke SBP 2019 Tingkatan 1 yang telah ditutup pada 30 September 2018 yang lalu. Menerusi FAQ Permohonan SBP 2019, Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2019 Online akan diumumkan selewat-lewatnya 21 Disember 2018 iaitu selepas keputusan UPSR diumumkan. Iaitu juga selepas Ujian Kemasukan SBP (UKSBP) diadakan.
Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Empat (4) SBP pula akan diumumkan selewat-lewatnya 25 Januari 2019. Iaitu selepas keputusan PT3 2018 diumumkan. Permohonan e-Rayuan untuk pelajar yang gagal mendapat tawaran atau tidak membuat permohonan pertama akan dibuka pada tarikh yang sama dengan keputusan SBP 2019 diumumkan.
Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan SBP 2019 Tingkatan 1 Online
Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Satu (1) meliputi tarikh dan applikasi semakan serta panduan rayuan.
Tarikh Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2019
- Hari Jumaat, 21 Disember 2018
- Permohonan e-Rayuan SBP : Tarikh yang sama seperti tarikh mula semakan
- Semakan erayuan ambilan 2 : Akan dikemaskini.
Pelajar adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala di http://www.moe.gov.my/ dalam mendapatkan maklumat terkini semakan.
Applikasi Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 Online
Keputusan boleh disemak secara atas talian atau online di
- https://sst1.moe.gov.my/
- Sila Masukkan Angka Giliran UPSR 2018 dan Klik Butang Semakan
- Pastikan maklumat ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR calon. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut
Tarikh Dan Applikasi Semakan UKSBP 2019
- Semakan pada 5 Oktober 2018
- Klik Semakan Layak UKSBP atau KPM
- Soalan UKSBP adalah berasaskan kepada IQ, EQ, SQ dan pengetahuan am.
- Sila bawa kad pengenalan pemohon dan Slip Menduduki UKSBP yang dicetak dari laman sesawang semakan UKSBP
Tarikh Ujian UKSBP Tahun 2018
Tarikh ujian adalah pada
- 5 hingga 18 Oktober 2018
UKSBP akan dijalankan di serentak di 207 pusat ujian di semua negeri iaitu di semua SBP. Kementerian Pendidikan Malaysia akan meluaskan pusat ujian pada tahun akan datang.
UKSBP Fasa 2 Tahun 2019
Akan dikemaskini untuk tahun 2019 jika ada
Untuk makluman, Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Fasa 2 2018 untuk permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Satu (1) SBP diadakan pada 23 dan 24 Januari 2018 bagi calon yang belum menduduki ujian tersebut.
- Semakan Pusat Ujian secara online di https://sst1.moe.gov.my/ akan dibuka mulai 20 Januari 2018 hingga 24 Januari 2018.
Arahan Kepada Pemohon Yang Berjaya
Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. SBP berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SBP.
Permohonan e-Rayuan SBP 2019 Online
Pemohon yang gagal mendapat tempat di SBP boleh membuat e-Rayuan, tetapi ianya bergantung pada kekosongan tempat.
Nota : Murid yang gagal/ tidak membuat permohonan secara online pada tarikh yang ditetapkan ingin memohon. Bagaimanakah caranya?
- Makluman, murid yang tidak membuat permohonan secara atas talian / terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama. Murid tersebut akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan kedua sekiranya membuat e-Rayuan secara online.
- Permohonan e-Rayuan akan mula dibuka bersamaan tarikh pengumuman penawaran kepada murid yang berjaya.
Cara Membuat Permohonan e-Rayuan secara online Dan Cara Menyemak Keputusan e-Rayuan SBP
1. Calon yang telah membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya:
- Masuk ke laman sesawang: Semakan SBP Online
- Klik sistem semakan Tawaran ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
- Masukkan angka giliran UPSR/ PBS
- Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
- Klik pada e-rayuan
- Maklumat yang diperlukan : A. MAKLUMAT DIRI, B. KEPIMPINAN / KOKURIKULUM, C. MAKLUMAT IBU BAPA DAN D. ALAMAT SURAT MENYURAT
- Hantar.
2. Calon yang tidak membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi ingin memohon:
- Masuk ke laman sesawang: Semakan SBP
- Klik sistem semakan tawaran ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
- Masukkan angka giliran UPSR/ PBS
- Masukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatan
- Klik pada e-rayuan
- Hantar
Selamat membuat Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2019 secara Online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh ambilan 2019. Kepada yang gagal, anda masih berpeluang dengan membuat permohonan rayuan pada masa yang telah ditetapkan. Moga nada juga berjaya mendapat tawaran kemasukan.