Cara Semak Keputusan Tawaran Ke MRSM 2022 Tingkatan 1 dan 4 Online Dan SMS. Bila tarikh semakan keputusan MRSM 2022 ke Tingkatan 1 & 4? Perhatian buat pelajar Tahun 6 serta Tingkatan 3 2021 yang ada membuat application ke MRSM Tingkatan Satu (1) ambilan tahun 2022. Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 dan semakan keputusan MRSM Tingkatan 4 2022 secara online akan diumumkan mulai 9 Mac 2022. Tarikh semakan terkini Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tahun 2022 boleh dirujuk di Portal Rasmi MARA.
Semakan tawaran ke MRSM untuk tahun lepas telah dibuka untuk semakan pada 10 Mac 2021. Semakan ke Tingkatan Empat (4) MRSM juga dijangka diumumkan pada tarikh yang sama dengan semakan MRSM tingkatan 1 atau sekitar bulan Mac 2022 hingga awal April 2022. Pemohon adalah disarankan untuk merujuk kepada pengumuman dari Portal Rasmi MARA di Bahagian Terkini dan Pengumuman untuk mendapatkan tarikh rasmi semakan.
Semakan Keputusan Tawaran Ke MRSM 2022 Tingkatan 1 Online Dan SMS
Sebagai panduan, berikut dikongsikan maklumat penting semakan keputusan tawaran MRSM Tingkatan 1 ambilan tahun 2022 meliputi tarikh penting dan applikasi semakan.
Juga dikongsikan sedikit maklumat Ujian Kecenderungan Kemasukkan ke MRSM Ulul Albab (UKKM) dan juga e-rayuan MRSM.
Ujian UKKM akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 3 Disember 2021 hingga 30 Januari 2022 bagi Tingkatan 1 dan 4 di pusat-pusat ujian terpilih.
UKKM bagi tingkatan satu dan empat akan bermula 3 Disember bagi calon yang berada di Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu.
Manakala bagi calon dari negeri yang lain akan bermula pada 4 Disember 2021.
Untuk makluman, MARA telah menerima sejumlah 57,122 permohonan untuk ke tingkatan satu manakala untuk tingkatan empat pula sebanyak 17,350 permohonan bagi sesi persekolahan tahun 2022.
Semakan Ujian Kecenderungan Masuk Maktab Rendah Sains Mara (UKKM)/ Ujian Khas Ulul ALbab/ Ujian Teknikal Tingkatan 1 2022
Setiap pemohon MRSM bagi tingkatan 1 perlu menduduki Ujian Kecenderungan Masuk MRSM (UKKM) melalui pautan semakan berikut:
- Aplikasi Semakan: https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/
- Tarikh Semakan: Telah dibuka mulai 29 November 2021 Jam 10 Pagi
- Tarikh baharu UKKM telah ditetapkan oleh MARA seperti berikut:
Panduan UKKM Ulul Albab 2021 (akan dikemaskini)
- Semakan dan pendaftaran
- Ujian Tulisan Jawi – 5 minit (Sila pastikan alat tulis dibawa bersama)
- Hafazan Kuarantin – Hafaz semua ayat-ayat hafazan yang akan diberikan dalam masa 25 minit. Aspek yang dinilai adalah hafazan, tajwid dan kelancaran.
- Ujian Hafazan – Hafazan Wajib (Ayat 1-12 Surah Al Mulk)
Cara Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 Tahun 2022
Berikut adalah tarikh penting semakan keputusan MRSM Tingkatan 1 2022 beserta tarikh rayuan sebagai rujukan. Keputusan ke MRSM bagi Tingkatan 1 Tahun 2022 boleh disemak mulai.
- 9 Mac 2022
- Mohon rayuan bermula dari tarikh keputusan diumumkan sehingga 16 Mac 2022
Pemohon MRSM yang berjaya akan menerima makluman melalui Sistem Perkhidmatan Pesanan Ringkas iaitu SMS.- Surat tawaran MRSM rasmi boleh dicetak applikasi semakan tawaran keputusan yang disertakan
- Sila beri maklumbalas penerimaan melalui sistem semakan tawaran.
- WAJIB buat Pengesahan TERIMA / TOLAK sebelum jam 5.00ptg pada 15 Mac 2022. Calon yang tidak membuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan dianggap MENOLAK TAWARAN MRSM*
- Calon tidak berjaya boleh buat rayuan online. Hanya rayuan online sahaja yang akan dipertimbangkan untuk pengambilan seterusnya jika ada kekosongan.
- Pendaftaran pelajar adalah pada – ??
Applikasi Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 Atas Talian/ Online
Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari pautan di bawah. Pemohon yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan boleh membuat rayuan melalui pautan yang sama.. Semakan boleh dibuat melalui portal semakan seperti di pautan URL di bawah ini:-
1. Semakan Secara Online
Sila klik applikasi semakan di bawah ini yang akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan :-
- Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF1/
2. Semakan Melalui SMS Melalui perkhidmatan mySMS :
Akan dikongsikan jika semakan SMS ada disediakanmara mrsm angka giliran dan hantar ke 15888
Semakan Berkaitan
- Semakan Keputusan SBP 2022 Tingkatan 1 dan 4 Online – Klik SBP Tingkatan 1
e-Rayuan MRSM 2022 Tingkatan 1 (Murid Yang Gagal)
Rayuan bagi pelajar yang gagal dalam mendapat tawaran MRSM boleh dibuat secara online. Namun, keputusan rayuan adalah berdasarkan kepada jumlah kekosongan setelah hari pendaftaran pelajar ke MRSM 2022.
Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang untuk mengemukakan rayuan secara online. Applikasi rayuan adalah sama dengan applikasi semakan keputusan MRSM Tingkatan 1 yang dikongsikan di atas tadi.
Sekiranya tiada butang pautan rayuan online selepas membuat semakan keputusan, pelajar boleh menulis surat rayuan rasmi kepada Bahagian Pendidikan Menengah MARA.
- Maklumat lanjut klik panduan Pengambilan Dan Penempatan Pelajar.
- Contoh surat rayuan MRSM boleh dirujuk di Surat Rayuan MRSM
Semakan Keputusan Rayuan KEDUA Ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2022
Keputusan rayuan boleh disemak oleh calon melalui SMS atau emel yang didaftarkan sehingga sebelum 31 Mei 2022. Sekiranya tiada sebarang makluman rayuan selepas 31 Mei 2022 dianggap tidak berjaya.
Pemohon yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS). Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari pautan semakan keputusan yang sama. Sila sahkan penerimaan/penolakan selewat-lewatnya pada —–. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran ini.
Pendaftaran ke MRSM Tingkatan 1 akan dibuat pada 11 April 2022 (Tahun lepas pada 14 Januari 2019).
Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 4 2022 Online dan SMS
Semakan Keputusan Tawaran Ke MRSM Tingkatan 4 2022. Tahniah buat pelajar Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Sudah pasti ramai pelajar PT3 yang layak telah memohon ke MRSM 2022. Bilakah tarikh semakan keputusan MRSM Tingkatan 4 iaitu ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) 2022 bagi Form 4?
Sehubungan dengan itu, semakan tawaran ke MRSM bagi ambilan tahun 2022 dijangka diumumkan secara berperingkat mulai Mac 2022. Semakan keputusan tawaran dan penempatan boleh dilakukan secara online.
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 4 2022 Online seperti tarikh rasmi semakan dan juga panduan applikasi semakan.
A. Semakan Ujian Kecenderungan Masuk Maktab Rendah Sains Mara (UKKM)/ Ujian Khas Ulul Albab/ Ujian Teknikal Tingkatan 4 2022
Setiap pemohon MRSM bagi tingkatan 4 perlu menduduki UKKM melalui pautan semakan berikut:
- Aplikasi Semakan: https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF4/
- Tarikh Semakan: Telah dibuka mulai 29 November 2021 Jam 10 pagi
- Tarikh baharu UKKM telah ditetapkan oleh MARA seperti berikut:
Tarikh Rasmi Semakan Tawaran MRSM Tingkatan 4
Portal semakan keputusan tawaran mula dibuka adalah pada 9 Mac 2022
1. Applikasi Semakan MRSM Tingkatan 4 Atas Talian/Online
Pemohon yang berjaya akan menerima maklumat melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS). Surat tawaran rasmi boleh dicetak melalui link URL yang disediakan di bawah:
Pemohon yang gagal dan ingin membuat rayuan boleh membuat rayuan dengan melayari pautan yang sama. Semakan boleh dibuat melalui portal semakan yang dikongsikan seperti berikut.
Anda boleh semak keputusan tawaran anda melalui applikasi semakan yang akan dibuka:
2. Semakan Melalui SMS Dengan Perkhidmatan mySMS
Selain semakan secara online, anda juga boleh membuat semakan melalui SMS:
Taip mara <jarak> mrsm <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888
Sila lakukan pengesahan penerimaan atau penolakkan dalam masa tujuh (7) hari. Calon yang gagal mengesahkan status penerimaan akan dikira menolak tawaran tersebut. Surat tawaran MRSM rasmi boleh dicetak melalui aplikasi semakan tawaran keputusan yang disertakan. Tarikh pendaftaran rasmi pelajar baru ke Tingkatan 4 adalah pada 11 April 2022
Rayuan ke MRSM Tingkatan 4 2022
Rayuan boleh dilakukan bagi pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran pengambilan pertama MRSM dan boleh dibuat secara online di sistem applikasi semakan yang sama. Keputusan rayuan bergantung kepada jumlah kekosongan semasa hari pendaftaran pelajar ke MRSM 2022. Rayuan bermula dari tarikh keputusan pertama diumumkan sehingga 16 Mac 2022.
Aplikasi rayuan adalah sama dengan aplikasi semakan keputusan MRSM Tingkatan 4 yang dikongsikan di atas tadi. Anda boleh menulis surat rayuan rasmi kepada Bahagian Pendidikan Menengah MARA jika tiada butang pautan rayuan online selepas membuat semakan keputusan. Namun, keputusan rayuan tetap bergantung pada merit dan tempat kosong yang terdapat selepas pendaftaran pelajar baru.
Semakan Keputusan Rayuan MRSM Tingkatan 4 2022
Menurut makluman Portal Rasmi MARA, keputusan rayuan boleh disemak sehingga 31 Mei 2022. Calon yang tidak mendapat sebarang makluman sehingga 31 Mei 2022 dianggap tidak berjaya
- Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas atau SMS atau emel.
- Surat tawaran rasmi boleh dicetak melalui pautan yang sama seperti semakan secara atas talian.
- Anda mesti sahkan penerimaan atau penolakan selewatnya pada — (Akan dikemaskini).
- Sekiranya anda tidak mengesahkan penerimaan, ia akan diambil kira sebagai menolak tawaran tersebut.
Pendaftaran masuk ke MRSM untuk tingkatan 4 akan diadakan pada 11 April 2022
Cara Hubungi
Untuk sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi
- Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4531, 03-2613 4532, 03-2613 4533, 03-2613 4516, 03-2613 4517 dan talian MARA Call Centre di 03-2613 2000
Selamat membuat Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 & 4 2022 Online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Maktab Rendah Sains MARA ambilan 2022 Form 1 dan Form 4 yang merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia. Kepada yang gagal dalam application pertama, jangan berputus asa. Sila buat eRayuan MRSM pada masa yang telah ditetapkan. Semoga anda berjaya.
Related : 1 dan tingkatan 4, majlis amanah rakyat mara, sistem pesanan ringkas sms