Semakan Keputusan SPM 2024 & SPMU 2025 Online SMS

Panduan buat pelajar Tingkatan 5 yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sedang menanti result exam. Berdasarkan kepada tarikh tahun lepas, keputusan SPM dijangka keluar pada bulan April 2025. Tarikh rasmi Semakan Keputusan SPM 2024 akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bahagian ruangan pemberitahuan. Juga dikongsikan maklumat semakan keputusan SPMU 2025.

Pada tahun lepas, result SPM telah diumumkan pada hari Isnin, 27 Mei 2024. Pelajar boleh mendapatkan pernyataan keputusan SPM bermula dari jam 1000 pagi. Ringkasan keputusan boleh didapati dengan membuat semakan online dan juga khidmat SMS. Mereka yang lulus cemerlang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran/ pengajian tinggi mereka ke Universiti Awam – UA/ IPTA tempatan melalui Permohonan UPU online.

Semakan Keputusan SPM

Cara Semak Keputusan Peperiksaan SPM 2024 Online Dan SMS

Buat panduan pelajar Tingkatan 5, berikut adalah panduan menyemak keputusan iaitu cara mendapatkan keputusan peperiksaan SPM tahun 2024 merangkumi tarikh rasmi keputusan diumumkan dan cara atau kaedah semakan.

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2024 Diumumkan

Berikut adalah senarai tarikh rasmi keputusan SPM diumumkan :-

2024 : Hari Khamis, 24 April 2025

2023 : Hari Isnin, 27 Mei 2024

2022 : Hari Khamis, 8 Jun 2023

2021 : Hari Khamis, 16 Jun 2022

2020 : Hari Khamis, 10 Jun 2021

2019 : Hari Khamis, 5 Mac 2020

2018 : Hari Khamis, 14 Mac 2019

2017 : Hari Khamis, 15 Mac 2018

2016 : 16 Mac 2017

2015 : 3 Mac 2016

2014 : 3 Mac 2015.

Tarikh rasmi akan diumumkan di media massa dan juga di Portal Rasmi KPM di Bahagian Pemberitahuan atau E-Perkhidmatan Berkala dan juga di Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tarikh semakan result SPM untuk tahun 2024 diumumkan adalah pada 24 April 2025

Cara Semakan Keputusan SPM 2024

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan result SPM 2024 secara online dan melalui perkhidmatan SMS buat panduan pelajar. Sebarang perubahan akan dikemaskini dari masa kesemasa :-

1. Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan penuh peperiksaan SPM mereka secara online selepas 10 pagi pada tarikh keputusan SPM diumumkan iaitu pada 24 April 2025

2. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu

3. Permohonan semakan semula keputusan SPM klik Borang Semak Semula SPM

1. Semakan Secara Online

Ringkasan Keputusan SPM boleh disemak secara online di pautan berikut

https://myresultspm.moe.gov.my/

Sistem semakan akan hanya diaktifkan bermula dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan

2. Melalui Aplikasi Mobile e-Lembaga Peperiksaan

Keputusan boleh disemak juga menggunakan aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) yang boleh di muat turun di e-Lembaga Peperiksaan

3. Semakan Keputusan SPM Melalui SMS

KPM menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui khidmat SMS . Cara semakan adalah seperti berikut :-

1. Taip SPM <jarak> No. KP <jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

2. Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi bermula dari (24 April 2025) sehingga 6 petang pada (30 April 2025). Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS (Tidak termasuk GST)

3. Perkhidmatan semakan keputusan melalui SMS adalah tersedia untuk pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX

Kenyataan Media KPM

Berikut adalah kenyataan media KPM terkini pada 17 April 2025 berkaitan tarikh semakan keputusan SPM tahun 2024 yang boleh dirujuk dalam KPM PDF.

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 akan diumumkan pada 24 April 2025 (Khamis) mulai pukul 10.00 pagi.

Calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:

i. secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh; pautan akan dikemaskini

ii. menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2024 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 24 April 2025 sehingga pukul 6.00 petang pada 30 April 2025.

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh yang telah diumumkan.

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

-TAMAT –
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
17 April 2025

Semakan Keputusan SPMU 2025 (SPM Ulangan) Secara Online Dan SMS

Panduan buat para pelajar iaitu pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) pada bulan Julai yang lalu. Pasti anda tertanya-tanya bilakah tarikh keputusan SPMU akan keluar. Berpandukan tarikh tahun lepas, keputusan SPMU dijangka keluar pada bulan Ogos/September 2025. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Keputusan SPMU 2025 secara Online Dan SMS buat rujukan pelajar.

Bagi sesi November 2025, calon peperiksaan SPMU mempunyai pilihan kertas peperiksaan yang banyak sama seperti calon peperiksaan SPM. Calon juga akan menghadapi kertas peperiksaan pada tarikh yang sama dengan calon peperiksaan SPM. Untuk makluman, calon persendirian yang ingin mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU tahun 2025, pelajar boleh membuat pendaftaran SPMU mulai 1 Mac hingga 31 Mac setiap tahun.

Maklumat yang dikongsikan dari Portal Kementerian Pendidikan Malaysia KPM termasuk tarikh semakan keputusan SPM Ulangan dan kaedah untuk mengetahui result pelajar.

Tarikh Penting

Tarikh Buka : 21 Ogos 2025

Tarikh Tutup : 27 Ogos 2025

*Nota : Tarikh yang dinyatakan adalah RASMI sepertimana diumumkan oleh Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia

Secara Online

Langkah-langkah untuk membuat Semakan secara Online adalah seperti berikut:

i) Akses aplikasi semakan di pautan ini: myresultspmu

ii) Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Angka Giliran. Klik Papar Keputusan

*Nota: Calon boleh mendapatkan keputusan menerusi laman web ini. Walau bagaimanpun ianya hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan Penuh : Calon yang mempunyai masalah capaian internet boleh mendapatkan keputusan dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut

Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS akan diaktifkan bermula jam 10:00 pagi keputusan SPMU diumumkan dan berakhir pada 6:00 petang, pada tarikh tutup semakan iaitu pada 27 Ogos 2025

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU 2025 melalui kaedah SMS mySMS 15888:

i) Taip SPMU<jarak>No Kad Pengenalan<Jarak>AngkaGiliran dan hantarkan SMS ke 158882.

ii) Contoh: SPMU 950101140001 WY198A123 Hantarkan SMS ke 15888

*Nota: Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan keputusan SPMU 2023. Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan oleh semakan trafik yang tinggi.

Siaran Media KPM (SPMU 2025)

Diharap agar maklumat berkaitan Semakan ini membantu memudahkan urusan anda. Selamat berjaya membuat semakan dan semoga memperoleh keputusan seperti yang diinginkan.

Related : mendapatkan keputusan peperiksaan, semakan keputusan peperiksaan sijil pelajaran malaysia ulangan spmu 2022, diumumkan oleh kementerian pendidikan malaysia, petang pada 26 oktober 2022,

Selamat membuat semakan. Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Related : jarak angka giliran dan sms ke 15888, mata pelajaran, 2020 secara online dan sms, spm 2020 secara online, contoh spm, result spm 2019, result spm 2020, satu kenyataan, keputusan spm 2021 secara, pihak sekolah, hantar ke 15888, pelajar boleh mendapatkan keputusan sijil pelajaran malaysia spm tahun 2021, kokotkan wang pos kiriman wang bank draf pada borang, ringkasan keputusan sijil pelajaran malaysia spm tahun 2021, pengguna akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 jun 2022 khamis, ditulis atas nama akauntan negara malaysia, menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas mysms,

slip keputusan peperiksaan spm

pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan spm daripada sekolah masing masing mulai pukul 10.00 pagi pada 16 jun 2022 khamis, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan spm daripada sekolah masing masing mulai pukul 10.00 pagi pada 16 jun 2022 khamis, pengumuman keputusan, diumumkan pada 8 jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 jun 2023, sms untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan spm, dihantar melalui pos, sistem pesanan ringkas sms, kementerian pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan, lembaga peperiksaan sijil pelajaran malaysia spm tahun 2022, dibuat dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my, menggunakan perkhidmatan sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 jun 2023 khamis, 30 hari bermula dari tarikh pengumuman keputusan, 30 hari bermula dari tarikh pengumuman keputusan, sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh, pusat peperiksaan sijil pelajaran malaysia spm tahun 2022, dibuat dalam tempoh 30 hari, membuat permohonan semakan semula keputusan spm 2022, pengguna akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh, 30 hari khamis 16 jun 2022, pelajar boleh menghubungi jabatan pendidikan neger tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan, ringkasan keputusan peperiksaan sijil pelajaran malaysia spm tahun 2022

Share Artikel

shammorin

shammorin