Cara Semak Keputusan Kemasukan GIATMARA Januari 2023 Online. Sila ambil perhatian buat pelajar Buniputera yang ada apply kemasukan ke Pusat Kemahiran GIATMARA sesi Januari 2023. Untuk makluman, Semakan Keputusan GIATMARA ambilan Januari 2023 boleh disemak di Sistem Pengurusan Pelatih GIATMARA (GSPel) dan pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari Laman web ini dari masa kesemasa untuk mendapatkan tarikh semakan rasmi.
Keputusan kemasukan ke GIATMARA sesi Januari tahun sebelum ini telah diumumkan pada 18 Januari 2019. Mereka yang berminat dan berkelayakan tetapi terlepas intake kemasukan sesi Januari, anda boleh memohon pada sesi Januari 2023 akan datang.
Semakan Keputusan Kemasukan GIATMARA 2023 Online
Penubuhan Pusat GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar.
Untuk rujukan pemohon, berikut dikongsikan panduan cara membuat semakan keputusan GIATMARA sesi Januari 2023 yang memaparkan maklumat tarikh dan applikasi semakan. Juga dikongsikan syarat kelayakan dan panduan application kepada pelajar yang berminat memasuki Pusat GIATMARA di seluruh Malaysia.
A. Tarikh Semakan Keputusan GIATMARA Januari 2023
- Tarikh : Januari 2023
- Applikasi Semakan : GSpel
Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran kemasukan. Kepada mereka yang berkelayakan dan sihat tubuh badan. Anda boleh memohon untuk mengikuti program latihan sepenuh dan separuh masa GIATMARA di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) di GIATMARA Malaysia. Sesi pengambilan tahun 2023 adalah pada kemasukan Januari dan Julai 2023.
B. Syarat Kelayakan GIATMARA
Berikut adalah Syarat Kemasukan ke GIATMARA yang perlu dipatuhi oleh pemohon :-
- Bumiputera.
- Sihat tubuh badan.
- Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
- Berumur dari 15 tahun dan tiada had umur.
- Berminat dengan bidang yang dipohon.
- Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Elektrik.
Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran setelah membuat Semakan Keputusan GIATMARA 2023 secara Online. Gunakan peluang yang diberikan untuk mengasah skill kemahiran anda menjadi lebih bagus.