Semakan Keputusan STAM 2025 Online Dan SMS

Keputusan Peperiksaan STAM 2025 Secara Online Dan SMS. Bilakah tarikh rasmi keputusan STAM 2025 diumumkan? Nantikan makluman rasmi dari  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tarikh rasmi semakan  keputusan STAM 2025 (Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia).  Berdasarkan kepada tarikh keputusan tahun-tahun lepas, semakan pada kelazimannya diumumkan pada pertengahan bulan Januari tahun berikutnya setiap tahun. Akibat pandemik COVID-19, result kini diumumkan sekitar pertengahan tahun.

Para pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka melalui kaedah semakan SMS serta semakan secara atas talian/ online yang disediakan oleh KPM.

Semakan Keputusan STAM 2020 secara Online Dan SMS

Cara Semak Keputusan STAM 2025 Secara Online Dan SMS

Berikut adalah tarikh rasmi keputusan peperiksaan STAM 2025 diumumkan dan juga tarikh tahun-tahun sebelumnya.

  1. 2025 : 5 Februari 2026 (Khamis), jam 1000 pagi
  2. 2024 : 20 Mei 2025 (Selasa), jam 1000 pagi
  3. 2023 : 26 Mac 2024 (Selasa), jam 1000 pagi
  4. 2022 : 18 April 2023 (Selasa), jam 1000 pagi
  5. 2021 : 30 Jun 2022 (Khamis)
  6. 2020 : 17 Jun 2021 (Khamis)
  7. 2019 : 22 Januari 2020 (Rabu)
  8. 2018 : 17 Januari 2019 (Khamis)
  9. 2017 : 18 Januari 2018 (Khamis)
  10. 2016 : 19 Januari 2017
  11. 2015 : 21 Januari 2016
  12. 2014 : 28 Januari 2015

Semakan Keputusan STAM 2025 Secara Online Dan SMS

Berikut adalah kaedah semakan STAM yang disediakan untuk keputusan tahun 2024 seperti makluman dari kenyataan media KPM.

A. Semakan Secara Online

Aplikasi semakan keputusan secara online yang disediakan oleh KPM adalah seperti berikut :-

Semakan ini memaparkan keputusan penuh yang sebelum ini hanya boleh diperolehi di Sekolah masing-masing ataupun Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat pelajar mendaftar.

B. Kaedah Semakan Melalui SMS

Semakan result STAM 2025 (untuk ringkasan keputusan) juga boleh dibuat menggunakan khidmat pesanan ringkas mySMS. Berikut adalah cara membuat semakan melalui SMS:-

  • Taip STAM [No Kad Pengenalan] [Angka Giliran] dan hantarkan ke 15888

Perkhidmatan akan diaktifkan bermula jam 1000 pagi, pada tarikh keputusan diumumkan iaitu dari 5 Februari 2026 sehingga 11 Februari 2026 jam 600 petang.

Nota
Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan

Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Selamat membuat semakan. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Untuk makluman, Application UPU ke UA/ IPTA.

Share Artikel

shammorin

shammorin