Cara Semak Keputusan PT3 2019. Panduan buat pelajar Tingkatan 3. Bilakah tarikh keputusan peperiksaan PT3 2019 (Pentaksiran Tingkatan 3) akan diumumkan? Untuk makluman, pelajar Tingkatan 3 telah menduduki peperiksaan PT3 pada tarikh 30 September hingga 8 Oktober 2019 yang lalu. Mengikut rekod tarikh keputusan tahun-tahun lepas, Semakan Keputusan PT3 2019 dijangka akan diumumkan pada minggu kedua atau ketiga bulan Disember 2019. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada perubahan daripada KPM.
Adalah dinasihatkan yang pelajar atau ibu bapa hendaklah sentiasa melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Bahagian Pemberitahuan atau Portal Lembaga Peperiksaan LPM untuk mendapatkan tarikh rasmi keputusan PT3 2019 diumumkan.
Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan PT3 2019
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan dengan Semakan Keputusan PT3 2019 yang memaparkan tarikh rasmi keputusan diumumkan dan cara untuk pelajar dalam mendapatkan keputusan peperiksaan Pentakisran Tingkatan 3.
Tarikh Semakan PT3
- Tarikh Buka Semakan PT3 2019 : Khamis – 19 Disember 2019
Sebagai panduan dan rujukan, berikut adalah tarikh rasmi Keputusan PT3 diumumkan dari tahun 2014 hingga tahun 2018.
- 2018 : 13 Disember 2018 (Hari Khamis)
- 2017 : 14 Disember 2017
- 2016 : 19 Disember 2016
- 2015 : 14 Disember 2015
- 2014 : 22 Disember 2014
Cara Penilaian PT3
Pelajar akan dinilai berdasarkan kepada empat jenis penilaian merangkumi perkara berikut :-
- Keputusan keseluruhan
- Penghuraian keputusan mata pelajaran
- Laporan pentadbiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum
- Laporan psikometrik berkaitan minat dan kecenderungan seseorang
Semakan Keputusan PT3 2019
Cara mendapatkan keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2019 adalah seperti berikut :-
- Calon sekolah perlu hadir ke sekolah masing-masing mulai jam 8.00/ 9.00/ 10.00 pagi bergantung kepada sekolah pada tarikh rasmi keputusan diumumkan
- Pelajar hendaklah memakai pakaian seragam sekolah semasa mengambil slip keputusan penuh peperiksaan PT3
- Calon persendirian hendaklah menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat pelajar mendaftar peperiksaan dahulu untuk mendapatkan keputusan
- Gred pemarkahan PT3 boleh dirujuk di Julat Markah
Berdasarkan kepada tahun 2015, 2016, 2017, 2018 TIADA semakan secara online ada disediakan dan calon perlu datang mengambil sendiri slip peperiksaan PT3 pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan di sekolah anda.
Sebagai rujukan, pengumuman keputusan peperiksaan PT3 tidak dibuat secara berpusat selepas pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan pada tahun 2014 bagi menggantikan peperiksaan PMR. Sehubungan dnegan itu, tarikh pengumuman keputusan PT3 adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak pengurusan sekolah masing-masing dimana pihak sekolah akan memaklumkannya dalam majlis penyerahan keputusan pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) kepada calon yang terbabit pada tarikh yang ditetapkan.
Semak Keputusan PT3 2019 Melalui SMS
Untuk makluman semua, tiada khidmat semakan keputusan melalui SMS pada tahun ini.
Calon juga boleh menyemak ringkasan keputusan melalui sistem pesanan ringkas (mySMS)
Taip PT3 <Jarak> Angka Giliran seterusnya sms ke 15888
Permohonan semak semula keputusan PT3 boleh di buat dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 yang boleh didapati di sekolah masing-masing. Panduan membuat semakan semula keputusan boleh dirujuk di SEMAK SEMULA PT3. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari keputusan dikeluarkan.
Maklumat Lanjut Semakan Keputusan PT3 2019
Untuk makluman, peperiksaan PT3 akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional.
Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.
Selamat membuat Semakan Keputusan PT3 2019. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3. Usaha lagi dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan SPM yang lebih cemerlang 2 tahun lagi.