Semakan Keputusan MUET 2026 Sesi 1, Sesi 2 & Sesi 3 Online/ SMS

Cara Semak Keputusan MUET Sesi 1, 2 & 3 Tahun 2026 Secara Online Dan SMS. Check MUET result? Bilakah tarikh rasmi semakan keputusan MUET untuk setiap sesi pada tahun 2026 diumumkan? Berdasarkan kepada tarikh keputusan tahun-tahun sebelumnya, keputusan peperiksaan MUET (Malaysia University English Test) setiap sesi ada dikongsikan di bawah sebagai rujukan buat calon.

Untuk makluman, keputusan peperiksaan MUET mengikut sesi boleh disemak secara online di Laman web Majlis Peperiksaan Malaysia atau disemak melalui khidmat penghantaran SMS. Terdapat 3 sesi ujian diadakan tidak termasuk Ujian Muet on demand (MoD).

Cara Semak Keputusan MUET Sesi 1, 2 & 3 Tahun 2026 Secara Online Dan SMS

Berikut adalah panduan untuk check result MUET secara Online Dan SMS bagi tahun 2026 sebagai rujukan.

Keputusan MUET berdasarkan sesi ujian boleh disemak pada tarikh berikut seperti yang dikongsikan dari pengumuman rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Semakan MUET Sesi 1 2026

DibukaJam
24 Jun 2026
1000 Pagi

Semakan MUET Sesi 2 2026

DibukaJam
19 Ogos 2026
1000 Pagi

Semakan MUET Sesi 3 2025

DibukaJam
27 Januari 2026
1000 Pagi

Semakan Keputusan MUET 2026 Online Dan SMS (Sesi 1, 2 & 3)

Berikut dikongsikan cara atau kaedah-kaedah yang disediakan dalam membuat semakan result MUET tahun 2026 :-

1. Check Result MUET Secara Online

  • Layari Laman Web MPM dan semak secara atas talian/ online di : Majlis Peperiksaan Malaysia
  • Isikan No Kad Pengenalan anda dan tekan butang SUBMIT

Anda mungkin menghadapi kesukaran untuk mengkases applikasi semakan di sebabkan penggunaan yang tinggi. Anda disarankan untuk membuat semakan keputusan pada waktu tidak puncak atau menyemak menggunakan Perkhidmatan SMS.

2. Keputusan MUET melalui SMS

taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888

Contoh :-

semakan keputusan muet sms

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

Calon yang kurang berpuas hati dengan result MUET sesi 3 yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM.

Permohonan rayuan akan dibuka mengikut sesi seperti berikut :-

  • Rayuan sesi 1 2026 : bermula 24 Jun 2026 pukul 10:00 pagi hingga 28 Jun 2026 pukul 11:30 malam
  • Rayuan sesi 2 2026 : bermula 19 Ogos 2026 pukul 10:00 pagi hingga 23 Ogos 2026 pukul 11:30 malam
  • Rayuan sesi 3 2025 : bermula 27 Januari 2026 pukul 10:00 pagi hingga 31 Januari 2026 pukul 11:30 malam

Panduan

  1. Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan ujian MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan. Caj bagi rayuan penyemakan semula dalam tempoh permohonan dibuka ialah RM90.00 manakala selepas tarikh tutup permohonan ialah sebanyak RM100.00
  2. Permohonan adalah secara dalam talian di portal MPM atau pautan terus di MPM MECEA.
  3. Bayaran bagi permohonan ini adalah secara perbankan internet.
  4. Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM atau pautan terus di STATUS selepas 20 hari dari tarikh tutup permohonan.
  5. MPM hanya akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

Langkah-langkah dan panduan cara membuat semakan semula keputusan MUET boleh dirujuk di SEMAK SEMULA MUET.

Maklumat Lanjut Peperiksaan MUET

Kepada mereka yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET Tahun 2026, berikut adalah maklumat berkaitan peperiksaan MUET termasuk tarikh reigstration dan ujian buat panduan calon.

Untuk makluman, penawaran Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) yang akan diperkenalkan oleh MPM bermula bulan April 2018

Selamat membuat Semakan Keputusan ujian MUET 2026 (sesi 1, 2 dan 3) secara Online Dan SMS. Tahniah kepada calon peperiksaan MUET yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Moga keputusan yang cemerlang membolehkan anda untuk terus berjaya dalam bidang pengajian tinggi pilihan anda.

Ref : layari laman web majlis peperiksaan malaysia, diperkenalkan oleh majlis peperiksaan malaysia mpm, malaysian university english test muet, 2024 secara computer based test cbt, isikan no k p dan hantar ke 15888,

Share Artikel

shammorin

shammorin