Borang Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2023/2024. Berminat untuk menyambung pengajian ke Kolej Matrikulasi? Program Matrikulasi KPM merupakan salah satu pilihan buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam menyambung pengajian tinggi mereka selepas tamat pelajaran peringkat menengah atas Tingkatan 5. Berikut dikongsikan panduan membuat Permohonan Matrikulasi KPM 2023/ 2024 Online. Lokasi Kolej Matrikulasi beserta alamat dan maklumat penting lain boleh dirujuk di Senarai Kolej Matrikulasi.
Pengambilan Pelajar ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2023-2024 dibuka secara online melalui Aplikasi PMI KPM bermula dari 16 Januari 2023 bagi lepasan SPM.
Borang Permohonan Matrikulasi KPM 2023/2024 Online
Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan, cara membuat Pendaftaran Sesi Januari 2023/2024 untuk pelajar yang berminat dan berkelayakan.
Permohonan adalah PERCUMA dan tidak memerlukan pembelian nombor PIN. Jika anda berminat untuk menyambung pelajaran di kolej matrikulasi jangan lepaskan peluang ini. Jom mendaftar di Program Matrikulasi!
Tarikh-Tarikh Penting
- Tarikh Permohonan : 16 Januari hingga 16 April 2023
- Permohonan Di Buka Semula : 8 hingga 12 Jun 2023 (Tahun lepas: 1 Jun hingga 20 Jun 2022)
Permohonan untuk lepasan SPM yang berkelayakan diubah daripada aplikasi PMI ke sistem aplikasi matrikulasi KPM.
- Permohonan perlu dibuat di Aplikasi Permohonan KPM di portal – Matrikulasi Online
Berikut disertakan link penting yang berguna kepada pemohon semasa membuat permohonan secara atas talian sebagai rujukan:
- Syarat program dan kelayakan minimum (akan dikemaskini)
- Panduan Mengisi Borang Permohonan (akan dikemaskini)
Syarat Kemasukan Program Matrikulasi KPM Sesi 2021/2022
Syarat bagi tahun 2023/2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
- Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2021 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.
Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan Pelajaran Malaysia SPM tahun sebelumnya.
- Untuk mengikuti Jurusan Sains: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
- Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
- Bagi mengikuti Aliran Teknikal: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan.
Sijil Lulusan Matrikulasi
Mulai tahun 2016, lulusan Matrikulasi KPM akan menerima sijil, sama seperti lepasan STPM. Ianya bagi memudahkan mereka untuk memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan permohonan boleh diemailkan kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi
- Soalan Lazim Permohonan Matrikulasi 2022/2023
- Portal Rasmi Matrikulasi
- 03-8884 4083/4035
- Layari Portal Rasmi KPM
Selamat membuat Permohonan. Pelajar adalah disarankan untuk mengisi borang permohonan dengan teliti dan tepat bagi mengelakkan kesukaran pemprosesan borang permohonan anda.
Rel : universiti awam, kad pengenalan, melanjutkan pengajian, tarikh penting, cara membuat permohonan, digunakan untuk, program satu tahun,