Berita baik buat Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) tahun 2024 yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam Bidang Vokasional, Aliran Teknikal dan Program Kemahiran, berikut adalah maklumat dan panduan membuat Permohonan Kemasukan KV Dan SMT 2025 secara Online.
Menerusi makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Murid yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mana-mana program Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik yang ditawarkan bagi Ambilan 2025. Tarikh penting permohonan kemasukan KV dan SMT adalah bermula dari 1 Ogos 2024 hingga 8 September 2024.
Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional (KV) Dan SMT 2025 Online
Berikut adalah panduan dalam membuat Permohonan kemasukan KV Dan SMT 2025 secara Online.
Bermula ambilan tahun 2021, pelajar yang ingin memohon kemasukan ke Sekolah Khusus KPM seperti Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik perlu menduduki pentaksiran berpusat. Ia melibatkan pentaksiran Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual yang dibuat secara online serta Artikulasi penulisan secara bertulis di 555 buah pusat pentaksiran yang ditetapkan. Maklumat berhubung pentaksiran ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
A. Tarikh Penting
- Tarikh Buka Permohonan : 1 Ogos 2024
- Tarikh Tutup Permohonan : 8 September 2024
- Check Pusat Pentaksiran : 13 September – 3 Oktober 2024
- Pelaksanaan Pentaksiran : 23 September – 3 Oktober 2024
- Pemilihan & Sesi Temubual (bergantung kepada KV/SMT) : ??
- Check Tawaran : 31 Januari 2025
- Pendaftaran Aliran Perdana : 18 Februari 2025
- Pendaftaran Aliran PAV : 18 Februari 2025
- Rayuan /
Walk-InAliran Perdana : ?? - Rayuan /
Walk-InAliran PAV : ??
B. Senarai KV Dan SMT Beserta Kursus
- Senarai SMT dan kursus yang ditawarkan klik Sekolah Menengah Teknik
- KV dan kursus ditawarkan sila klik Kolej Vokasional
Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2024 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan 2025 seperti berikut :-
1. Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma)
- Di Kolej Vokasional KPM
2. Aliran Teknikal
- Di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia
3. Program Kemahiran
di institusi seperti berikut:-
- Kolej Vokasional KPM
- Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)
- GIATMARA
Cara Membuat Permohonan Kemasukan KV dan SMT 2025 Secara Online
Pemohon yang berminat dan berkelayakan perlu mengakses Applikasi Permohonan KV Dan SMT 2025 :
Permohonan KV & SMT hendaklah dibuat berdasarkan kepada Aliran Murid Tingkatan 3 2024 seperti berikut :-
A. Murid Lepasan PBS : Aliran Perdana/ Akademik/ Agama
Murid menduduki PBS yang merangkumi 3 komponen iaitu :
Pentaksiran Pusat (PT3)- Pentaksiran Sekolah (PS)
- PAJSK – Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
- Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
Klik PBS untuk memohon
B. Murid Lepasan PAV
Terbuka kepada murid yang telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV.
Klik PAV untuk memohon
C. Murid Yang Bersekolah Swasta/ Negeri Di Luar Kawalan KPM
- Klik INFO
Syarat Umum Permohonan KV 2025
i) Syarat Program Sijil Vokasional Malaysia
a) Syarat Umum
- i. Pemohon adalah Warganegara Malaysia
- ii. Tingkatan 3 pada sesi akademik 2024 /2025
- iii. Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
- iv. WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
- v. Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
- vi. Sihat tubuh badan
- vii. Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
- viii. TIDAK rabun warna /buta warna
- x. Berminat dengan program dipohon
b) Syarat Khusus
Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu :
- i. Bahasa Melayu
- ii. Bahasa Inggeris
- iii. Matematik
- iv. Sains
- v. Reka Bentuk dan Teknologi/ Asas Sains Komputer
ii) Program Kemahiran/ Apprenticeship
a) Syarat Umum
- i. Pemohon adalah Warganegara Malaysia
- ii. Tingkatan 3 pada sesi akademik 2024/ 2025
- iii. Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
- iv. WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
- v. Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
- vi. Sihat tubuh badan
- vii. Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
- viii. TIDAK rabun warna/ buta warna
- x. Berminat dengan program dipohon
b) Syarat Khusus
- Murid menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira)
iii) Syarat Kemasukan Sekolah Menengah Teknik (SMT)
a) Syarat Umum
- i. Pemohon adalah Warganegara Malaysia
- ii. Tingkatan 3 pada sesi akademik 2024/ 2025
- iii. Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
- iv. WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
- v. Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
- vi. Sihat tubuh badan
- vii. Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
- viii. TIDAK rabun warna/ buta warna
- x. Berminat dengan program dipohon
b) Syarat Khusus
Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu :
- i. Bahasa Melayu
- ii. Bahasa Inggeris
- iii. Matematik
- iv. Sains
- v. Reka Bentuk dan Teknologi/Asas Sains Komputer
Maklumat Lanjut Permohonan Kemasukan KV Dan SMT
Untuk sebarang masalah atau pertanyaan, pemohon boleh merujuk kepada maklumat/ informasi di bawah ini Pelajar boleh menghubungi BPTV di
Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 5 & 6, Blok E14, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(No telefon : 03-8000 8000)
Calon adalah disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini. Untuk calon yang tidak berjaya, anda tidak perlu hadir terus atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan sebaliknya membuat rayuan melalaui e-rayuan mulai tarikh yang akan dikemaskini.
Diucapkan selamat membuat Permohonan kemasukan KV Dan SMT 2025 Online. Semoga permohonan anda ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik berjaya.