Borang Permohonan UPU Online sesi akademik 2022/2023. Panduan buat pelajar lepasan SPM/ STPM dan Setaraf yang bercadang untuk membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti sesi ambilan 2022/ 2023. Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan buat rujukan dan panduan pemohon. Untuk makluman, UPUonline tahun 2022 akan dibuka secara online pada 4 Februari hingga 31 Mac 2022. (Tahun lepas pada 4 Januari hingga 7 April 2021). Permohonan bagi sesi akademik 2023/2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Pemohon tidak perlu membeli nombor Pin Unik ID UPU kerana kementerian akan menanggung pembayaran proses permohonan bagi sesi akademik 2022/ 2023. Permohonan memasuki UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No.KP/ My Kad sahaja. Dua (2) kategori permohonan adalah daripada kalangan lepasan SPM/ setaraf dan lepasan STPM/ setaraf.
Borang Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2022/ 2023
Berikut adalah panduan dan maklumat penting berkaitan Borang Permohonan kemasukan ke UA dan IPTA melalui UPU Online 2022 *bahagian pengurusan kemasukan pelajar jabatan pendidikan tinggi yang merangkumi perkara berikut :-
- Pautan borang
- Tarikh Penting Permohonan
- Cara semak syarat kelayakan UPU
- Maklumat Lanjut UPU
Pautan Borang UPU Online 2022/2023
Pendaftaran mohon UPU hanya terbuka kepada calon-calon yang telah menduduki peperiksaan berikut:
- SPM 2019, 2020 dan 2021
- STPM 2021
- Pasum/Asasi/Matrikulasi
- STAM 2020 dan 2021
TIADA pembelian NO. UNIK ID di bank simpanan nasional bsn diperlukan. Hanya lengkapkan pendaftaran dan permohonan di pautan ini:
- Pendaftaran UPUOnline Kemasukan Pelajar 2022/2023
- Daftar Akaun Baru dan isikan maklumat peribadi termasuk kad pengenalan
- Pengguna boleh Login dan semak Program Pengajian yang ditawarkan
Sekiranya menghadapi kesulitan, boleh merujuk kepada Manual Pengguna di pautan berikut:
Nota : NO. UNIK ID tidak diperlukan kerana akan ditanggung oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPU Online 2022 /2023
Berikut adalah tarikh-tarikh penting UPU 2022/ 2023 meliputi tarikh buka dan tutup permohonan.
- Tarikh Permohonan dibuka : 4 Februari 2022
- Tarikh Permohonan ditutup : 31 Mac 2022
- 1 hingga 28 Jun 2022 : Pembukaan semula permohonan bagi lepasan SPM
- 1 hingga 28 Jun 2022 : Fasa kemaskini dan permohonan baru bagi lepasan STPM/Setaraf
- Kemaskini untuk lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM – pilihan program pengajian yang tiada temuduga atau ujian
- Kemaskini untuk lepasan Diploma/setaraf – muat naik dokumen dan kemaskini keputusan akademik sahaja
- Permohonan baru bagi program pengajian yang tiada temu duga atau ujian
Kategori UPU 2022/2023
Terdapat 2 kategori permohonan bagi UPU 2022 iaitu seperti berikut :-
i) Lepasan SPM/ setaraf
Untuk calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf seperti berikut :-
- 1. Kategori A : Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2021 sahaja
- 2. Kategori B : Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2019 atau 2020
Pelajar dari kategori lepasan SPM/ setaraf adalah layak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA berdasarkan kelayakan dan minat. Program yang boleh dimohon adalah Program Asasi/ Diploma Di UA/ Politeknik Dan Sijil/ Diploma Di Kolej Komuniti dan ILKA
ii) Lepasan STPM/ setaraf
Kategori pemohonan untuk lepasan STPM dan setaraf adalah seperti berikut :-
- STPM 2021
- STAM 2020 & 2021
- Asasi UA
- Matrikulasi KPM
- Diploma/ Setaraf
Kategori Lepasan Diploma/ setaraf adalah termasuk :-
- Diploma UA/ Politeknik
- DKM / DLKM / DVM / Diploma IPTS / Diploma Luar Negara/ Lain-lain Diploma
- Kelayakan Setaraf seperti A-Level / IB/ AUSMAT/ SAM/ CPU/ STPM, Matrikulasi, STAM (Bukan tahun semasa)
Semak Syarat Kelayakan UPU Dan Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan
Pemohon adalah disarankan untuk membuat checking syarat kelayakan UPU yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU, Jabatan Pendidikan Tinggi.sebelum membuat permohonan. Ianya penting dalam untuk mendapatkan maklumat penting berkaitan UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA yang ingin dipohon. Maklumat yang boleh disemak termasuk syarat am kemasukan, syarat khas permohonan program pengajian, senarai program pengajian yang ditawarkan serta maklumat lain berkaitan institusi berkenaan.
Untuk check, sila layari pautan URL di
- Sistem Emas UPU atau
- Online MOHE (akan dikemaskini)
Untuk kemasukan ke Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti pula, pelajar boleh melayari
- e-Panduan Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA : panduan (akan dikemaskini)
Kalendar Aktiviti UPU Online Sesi 2022-2023
Panduan buat para pemohon UPU online sesi 2022-2023 untuk kemasukan ke UA/ IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi telah mengumumkan senarai tarikh-tarikh penting UPU meliputi tarikh permohonan, panggilan temuduga/ Ujian Medsi, check result dan rayuan. Untuk makluman, permohonan kemasukan melalui UPU online ke UA/ IPTA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti adalah dibuka untuk Lepasan SPM (Setaraf) dan Lepasan STPM (Setaraf) yang berkelayakan.
Tarikh-tarikh penting yang dikongsikan ini dapat membantu para pemohon dalam membuat pelan perancangan berkaitan dengan pengajian tinggi mereka. Tarikh ini walau bagaimanapun adalah tertakluk kepada perubahan yang akan dikemaskini di Portal Rasmi UPU ataupun di Facebook Rasmi UPU.
Berikut dikongsikan tarikh penting UPU 2022 atau kalendar aktiviti permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti sebagai rujukan buat Lepasan SPM (Setaraf) dan Lepasan STPM (Setaraf). Tarikh permohonan adalah dari 4 Februari 2022 hingga 31 Mac 2022
Tarikh Penting UPU 2022 (Permohonan, Keputusan Dan Rayuan)
Berikut adalah senarai penuh tarikh penting UPU sesi 2022-2023 mengikut bulan iaitu dari tarikh beli Pin unik ID UPU permohonan sehingga tamatnya keputusan rayuan UPU lepasan STPM/ setaraf.
FEBRUARI
- 4 Februari 2022, jam 12 tengahari : Tarikh rasmi Permohonan dibuka
MAC
- 31 Mac 2022, jam 5 petang (SPM/ STPM/ Setaraf) : Tarikh Permohonan Ditutup
APRIL & MEI
- 9 Mei 2022 : Check Panggilan Temuduga Lepasan SPM
- Mei – Jun 2022 : Temuduga dan Ujian untuk Lepasan SPM
- 26 Mei 2022 : Check Panggilan Ujian MEdSI dan Program Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf
- 26 Mei 2022 : Check Panggilan Temu Duga Pendidikan & Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf
JUN/ JULAI (Tarikh Penting UPU)
- 1 – 12 Jun 2022 : Ujian MEdSI Dijalankan
- 1 – 28 Jun 2022 : Pembukaan Semula dan Kemaskini Permohonan untuk lepasan SPM 2021
- 1 – 28 Jun 2022 : Kemaskini pilihan program pengajian bukan bertemu duga atau ujian untuk lepasan STPM/setaraf
- 5 hari selepas keputusan SPM diumumkan : Kemaskini pilihan program pengajian untuk lepasan SPM/setaraf berdasarkan keputusan sebenar
- 22 Julai 2022, jam 12 tengah hari : Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan Lepasan SPM
- 23 Julai 2022 hingga 31 Julai 2022, jam 5 petang : Tempoh setuju terima tawaran
- 22 Julai 2022, jam 12 tengah hari : Permohonan Rayuan ke Universiti Awam (UA). Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA Dibuka
- – : Temuduga dan Ujian Lepasan STPM/ setaraf
- – : Temuduga Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (tertakluk kepada UA)
- 31 Julai 2022, jam 5 petang : Permohonan Rayuan UPUOnline untuk Lepasan SPM Ditutup
- – : Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (tertakluk kepada UA)
- – : Sistem UPUOnline Fasa 2 (Asasi) Dibuka
JULAI & OGOS
- – : Sistem UPUOnline Fasa 2 (Asasi) Ditutup
- 22 – 26 Ogos 2022 : Kemaskini pilihan program pengajian untuk lepasan STPM/setaraf berdasarkan keputusan sebenar (kecuali Diploma/setaraf)
- 22 Ogos 2022 (12 tengahari) – 26 Ogos 2022 (5:00 petang) : Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan Rayuan Lepasan SPM
- – (12 tengahari) – (11:59 malam) : Hebahan Kedua Keputusan Permohonan Kemasukan Rayuan Lepasan SPM
SEPTEMBER
- 25 September 2022 (12 tengahari) : Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM / Setaraf
- 25 September 2022 (12 tengahari) : Permohonan Rayuan STPM/ Setaraf Dibuka
- 4 Oktober 2022 (5 petang) : Permohonan Rayuan STPM / Setaraf Ditutup
- 25 Oktober 2022 (12 tengahari) – 30 Oktober 2022 (5 petang) : Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM / Setaraf Rayuan Fasa 1
- – : Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM / Setaraf Rayuan Fasa 2
Maklumat Lanjut
Adalah diingatkan menurut FB Rasmi UPU, penawaran kemasukan ke UA dibuat adalah berdasarkan kepada dasar markah merit iaitu 90% akademik dan 10% kokurikulum. Antara punca pemohon tidak berjaya dalam permohonan adalah seperti berikut :-
- Tidak menekan butang sah dan hantar pada borang online
- Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
- Memohon program luar bidang aliran
- Tidak melepasi temuduga
- Markah merit rendah
- Tidak dipilih oleh Universiti ekoran tempat yang terhad kerana pesaingan yang tinggi di kalangan pelajar
Pelajar adalah disarankan untuk melayari atau menghubungi maklumat yang disertakan di bawah ini dalam mendapatkan maklumat terkini Permohonan Kemasukan Ke UA, Politeknik Dan ILKA Sesi 2022/2023 Online.
- Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
- Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
- Talian helpline UPU di 03-8870 8200 (Waktu Bekerja : jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang)
Selamat memohon UPU Online 2022/2023. Pilihlah kursus pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan akademik/ aliran anda agar peluang masuk U lebih cerah. Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan UA dan IPTA kali ini.
Related : matrikulasi politeknik kolej komuniti, laman web, perlu membeli, permohonan upuonline, sesi akademik 2021/2022, program pengajian lepasan spm, pengajian lepasan stpm setaraf, program pengajian lepasan stpm, ijazah sarjana muda, syarat khas program pengajian,