Semakan Status Keputusan Permohonan Dan Bayaran BMT Online. Sudahkah anda menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang telah dipohon? Untuk makluman, peruntukan sebanyak RM164.78 juta bakal diberikan kepada penerima BMT menerusi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi seperti diumumkan dalam Bajet 2020, Berikut dikongsikan panduan cara membuat semakan BMT secara online menerusi Portal Rasmi Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Pemohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang berjaya akan menerima bantuan sebanyak RM300 sebulan. Ianya akan dibayar kepada pekebun kecil dan penoreh getah yang berkelayakan selama dua bulan bermula dari Disember 2020 dan Januari 2021 sehingga dana habis. BMT diberikan untuk memastikan kebajikan pekebun kecil/ penoreh getah terpelihara ketika musim hujan yang berpanjangan terutama di tiga negeri yang terjejas iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Semakan Status Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh Online (BMT)
Berikut dikongsikan maklumat penting dalam Semakan secara online permohonan BMT (Semakan BMT). Pemberian bantuan bakal dimanfaatkan oleh seramai 274,639 penerima yang layak. Tarikh Bayaran pertama akan dibuat pada bulan Disember 2020.
Tarikh Penting Dan Aplikasi Semakan BMT Online
Permohonan dan Pengemaskinian Maklumat untuk BMT di semua pejabat RISDA seluruh negara hendaklah dilakukan sebelum tarikh tutup iaitu:
31 Oktober 202031 Disember 2020
Berikut dikongsikan cara mudah dalan membuat semakan bantuan BMT online. Pautan applikasi BMT untuk semakan secara atas talian adalah seperti berikut :-
- SEMAKAN PERMOHONAN BMT
- Isikan No MYKAD
- Klik Butang Semak
Selain itu pemohon juga boleh membuat semakan status permohonan BMT dengan cara berikut:
Menggunakan aplikasi telefon pintar E-Bantuan- Semak di pejabat RISDA berhampiran
Peringatan : Bagi nama yang tiada dalam senarai, permohonan BMT baru boleh diisi di pejabat RISDA. Senarai yang layak akan dimasukkan ke dalam sistem
Syarat Permohonan
Syarat untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Pekebun Kecil
- Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh atau mengusahakan kebun getah berkeluasan tidak melebihi 2.5 hektar
Dokumen Penting
Sertakan salinan dokumen-dokumen berikut:
- Kad Pengenalan Baru
- Kad SIC RISDA untuk permohonan Pemilik (jika ada)
- Geran Asal Tanah Yang Sah
- Buku Akaun Bank Yang Aktif
- Kad PAT-G (untuk penoreh bukan pemilik)
Maklumat Lanjut Semakan Bantuan BMT
Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, hubungi :
- Soalan Lazim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2020
- Laman web rasmi RISDA
- No. Tel : 03-4256 4022, 03-4251 2125, 03-4251 2135, 03-4251 2023
Selamat membuat Semakan Bantuan Musim Tengkujuh online. Semoga pemberian bantuan BMT dapat meringankan beban yang ditanggung lantaran tidak dapat menoreh pada musim waktu hujan yang panjang.