Cara Semak Keputusan Online Kemasukan Anak Ke Prasekolah KPM Ambilan Tahun 2022. Buat ibu bapa dan penjaga yang ada membuat pendaftaran online ataupun manual kemasukan ke Pra Sekolah KPM tahun 2022. Semakan keputusan Prasekolah 2022 boleh di semak bermula 5 Ogos 2021 dan tertakluk kepada pindaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pendidikan prasekolah merupakan satu proses yang sangat penting dalam persediaan murid masuk ke sekolah rendah Tahun 1. Murid yang mendapat pendidikan asas dan persediaan yang berkualiti akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran serta pembelajaran di sekolah rendah yang bakal mereka tempuhi.
Semakan PraSekolah 2022 Online KPM (Keputusan)
Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting berkaitan semakan keputusan Prasekolah KPM ambilan 2022 meliputi tarikh semakan, cara semakan, pautan aplikasi semakan dan panduan rayuan permohonan prasekolah.
Tarikh Penting Semakan Prasekolah
Tarikh yang dinyatakan di bawah ini adalah tertakluk kepada sebarang perubahan yang akan dikemaskini dari masa ke semasa.
- 5hb Ogos 2021
Cara Semakan Keputusan PraSekolah 2022 KPM
Ibu bapa atau penjaga yang telah memohon boleh membuat semakan melalui dua kaedah iaitu :-
- Semakan secara atas talian (online) melalui laman e-prasekolah untuk pemohon yang memohon secara online
- Semakan Prasekolah secara manual adalah melalui sekolah tempat pendaftaran dibuat (Untuk mereka yang telah membuat pendaftaran secara manual, borang permohonan dimaklumkan oleh pihak sekolah)
i) Semakan PraSekolah Online
Keputusan pendaftaran secara dalam talian (online) yang berkenaan status permohonan boleh disemak mulai 5 Ogos melalui laman aplikasi E-Prasekolah KPM di pautan berikut :-
- E-Prasekolah KPM (laman sesawang https eprasekolah.moe.gov.my)
- Log masuk dengan mengunakan (No mykad / id pengguna dan Kata Laluan) yang digunakan semasa buat application online sebelum ini
- Klik menu > Semakan > Semakan Keputusan untuk membuat semakan online keputusan
ii) Semak Keputusan Secara Manual
Keputusan Prasekolah secara manual boleh di ketahui melalui sekolah yang di mohon bermula pada tarikh yang telah dinyatakan di atas. Bapa penjaga juga akan dimaklumkan pihak sekolah. Permohonan yang tidak berjaya boleh dikemukakan sepanjang 2 minggu selepas keputusan diumumkan. Semakan keputusan yang tidak berjaya boleh dimohon melalui pejabat pendidikan negeri jpn atau ppd. Bagi negeri-negeri yang tiada ppd penjaga boleh mengemukakan ke ppw.
Rayuan PraSekolah KPM 2022
Kepada mereka yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan Prasekoah dengan mengikuti langkah dan maklumat atau manual rayuan berikut :-
- Tarikh rayuan Prasekolah adalah dari 5 Ogos sehingga 20 Ogos 2021 (Tertakluk kepada perubahan tarikh)
- Rayuan boleh dikemukakan secara online/ atas talian di laman E-Prasekolah atau melalui sekolah/ institusi yang dimohon semasa pendaftaran awal atau melalui Pejabat Pendidikan Daerah – PPD/ Pejabat Pendidikan Wilayah – PPW/ Jabatan Pendidikan Negeri – JPN.
Maklumat Lanjut
Bagi pendaftaran Prasekolah yang berjaya, pemohon iaitu ibu bapa/ penjaga perlu mencetak surat tawaran dan bawa/ serahkan kepada sekolah yang dimohon pada hari pendaftaran.
Selamat membuat semakan keputusan PraSekolah 2022 secara online dan manual. Semoga pemohon yang mempunyai anak untuk ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia berjaya diluluskan dan tiada yang ketinggalan.
Related : pihak sekolah yang berkenaan rayuan yang berjaya