Pendaftaran Murid Ke Tahun Satu (1) Kemasukan Sesi 2023 Dan 2024 Secara Online. Berikut dikongsikan cara membuat permohonan murid Tahun Satu (Daftar Tahun 1) atau Darjah 1 Sekolah Rendah Kerajaan. Pendaftaran murid Tahun 1 (Satu) ambilan tahun 2023 dan 2024 boleh dilakukan pada bulan 1 Mac 2022 sehingga tarikh yang akan dikemaskini. Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2016 dan 2017 layak membuat permohonan atau pendaftaran secara online untuk sekolah/ negeri di Semenanjung Malaysia. Untuk negeri Sabah Sarawak dan W.P Labuan, pemohon juga boleh membuat permohonan secara online untuk membuat pendaftaran kemasukan.
Borang Pendaftaran Murid ke Tahun 1 sesi 2023 Dan 2024 akan di buka secara online mulai 1 Mac 2022 sehingga tarikh yang akan dimaklumkan di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM – public.moe.gov.my). Ibu bapa dalah dinasihatkan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan untuk membolehkan permohonan kemasukan diproses.
Daftar Tahun 1 : Borang Pendaftaran Kemasukan Murid Ke Tahun Satu Ambilan 2023/ 2024 Online
Berikut adalah maklumat penting dan panduan dalam membuat pendaftaran Murid Tahun 1 ambilan 2023/ 2024 secara online dan manual. Maklumat yang dipaparkan adalah informasi berkaitan tarikh permohonan, applikasi atau borang pendaftaran dan cara mendaftar.
Tarikh Permohonan Murid Tahun Satu (1) Online Dan Manual
Permohonan kemasukan murid ke Tahun Satu bagi ambilan 2023 dan 2024 untuk sekolah di semenanjung malaysia termasuk sabah dan sarawak akan dibuka seperti berikut :-
- 1 Mac 2022: Tarikh Buka
- 30 April 2022 : Tarikh Tutup
Kategori Permohonan Kemasukan Tahun 1 2023/ 2024
Untuk makluman, Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :
- 2 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2017 (Untuk kemasukan ke sesi persekolahan tahun 2023)
- 2 Januari 2017 sehingga 1 Januari 2018 (Sesi persekolahan tahun 2024)
Cara Membuat Permohonan Murid Tahun Satu (1) Sesi 2023-2024
Pendaftaran murid Tahun 1 boleh dibuat seperti berikut
i) Sekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak Dan WP Labuan
Applikasi permohonan/ pendaftaran secara atas talian/ online boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut :-
Berikut dikongsikan cara mendaftar pelajar tahun satu (1) secara online :-
- Layari laman SPATKPM
- Untuk pengguna sediada, sila log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan
- Untuk pengguna baru SPATKPM, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di DAFTAR PENGGUNA.
- Pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID Pengenalan Penjaga
Mula pengisian borang permohonan pendaftaran. Untuk makluman, di antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut :-
- Maklumat prasekolah/ tadika
- Profil kesihatan
- Rekod imunisasi kanak-kanak
ii) Cetak Borang Dan Hantar Dokumen Yang Diperlukan
Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa/ penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran iaitu semasa tempoh permohonan pendaftaran dibuka. Dokumen-dokumen berikut perlu di bawa bersama seperti berikut :-
- Salinan permohonan online
- Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
- Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
- Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
- Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
- Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
- Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi
Soalan Lazim FAQ Daftar/ Permohonan Murid Tahun 1
Berikut adalah diantara soalan lazim yang selalu ditanya berkaitan permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1:-
- Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
- Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1.
- Hanya Ibu bapa dan penjaga yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna.
- Cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru
- Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
- Sila daftar dengan menggunakan No. Mykad yang betul
- Cara untuk mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa
- Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan Maklumat Diri dan Maklumat Akuan-> Semak Jawapan.
Maklumat Lanjut Daftar Tahun 1
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi :-
- E-mel: admin_spatkpm@moe.gov.my
Pertanyaan Permohonan Murid ke Tahun 1 untuk pertanyaan berkaitan masalah teknikal sahaja, sila hubungi :-
- Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
- Kementerian Pendidikan Malaysia
- Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
- Unit ICT.
- E-mel : daftartahun1@moe.gov.my
Berikut adalah rujukan senarai Jabatan Pendidikan Negeri di Malaysia,
- Klik JPN
Selamat membuat Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2023/ 2024 secara online atau manual. Moga permohonan kemasukan yang dimohon berjaya diluluskan.
Related : secara manual, https public.moe.gov.my, darjah 1 tahun, secara dalam talian, cara daftar, lahir pada 2 januari, mulai 1 mac 2021,