Borang Pendaftaran MUET Sesi 1, 2 Dan 3 Tahun 2022 Secara Online. Bilakah tarikh daftar MUET 2022 untuk setiap sesi? Perhatian buat pelajar yang ingin menduduki peperiksaan MUET tahun 2022. Berikut dikongsikan panduan pendaftaran MUET untuk setiap sesi tahun 2022 berserta cara check slip daftar MUET. Merujuk kepada Tarikh exam dan register MUET 2022 yang telah dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), pendaftaran menduduki ujian MUET telah ditetapkan mengikut tarikh-tarikh yang dinyatakan berikut
Perlu diingatkan, calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET adalah dinasihatkan untuk mendaftar peperiksaan MUET setiap sesi pada tahun 2022 mengikut tarikh registration yang telah ditetapkan oleh MPM. Calon perlu membuat registration online awal kerana permohonan daftar yang lewat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
Borang Pendaftaran MUET 2022 Online (sesi 1, 2 & 3)
Merujuk kepada Portal Rasmi MPM, tarikh pendaftaran peperiksaan MUET 2022 adalah seperti tarikh yang dinyatakan seperti berikut:-
Daftar MUET Sesi 1 2022
- 7 Disember 2021 : Tarikh Pendaftaran dibuka
- 12 Januari 2022 : Tarikh Tutup Pendaftaran
- 29, 30, 31 Mac dan 5, 6, 7 April 2022 : Ujian Speaking
- 26 Mac 2022 : Tarikh Ujian Bertulis
Daftar MUET Sesi 2 2022
- Tarikh Pendaftaran dibuka : 3 Mac 2022
- Tarikh Pendaftaran Ditutup : 6 April 2022
- Ujian Lisan (Speaking) : 21, 22, 23, 27, 28, dan 29 Jun 2022
- Tarikh Ujian Bertulis : 16 Julai 2022
Daftar MUET Sesi 3 2022
- 30 Jun 2022 : Tarikh Pendaftaran dibuka
- 3 Ogos 2022 : Tarikh Tutup Pendaftaran
- 11, 12, 13, 17, 18 dan 19 Oktober 2022 : Tarikh Ujian Speaking
- 5 November 2022 : Tarikh Ujian Bertulis
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk grafik berikut :-
Cara Membuat Pendaftaran MUET 2022 Secara Online
Pemohon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi 1, 2 dan 3 2022 boleh mengisi Borang Pendaftaran MUET secara Online. Ianya terdapat di laman sesawang MPM seperti panduan berikut :-
- Applikasi eSubmission MPM online
- Manual Pengguna Calon Persendirian MUET klik MUET Daftar atau di Panduan Pendaftaran
- Klik pada butang ‘Daftar pengguna’ atau hiperlink ‘Daftar Pengguna’
Pendaftaran Calon Persendirian MUET
- Layari Portal MUET MPM
- Pilih lokasi pusat peperiksaan yang berdekatan.
- Masukkan maklumat yang diperlukan.
- Buat pembayaran secara online.
- Dapatkan salinan pendaftaran MUET calon.
- Langkah pendaftaran boleh disemak melalui Panduan Pengguna Portal MUET atau rujuk infografik :
Panduan Calon MUET
Calon adalah dinasihatkan untuk membeli dahulu nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal.- Calon juga dinasihatkan untuk membuat Checking Slip Daftar MUET 2022 Online (panduan ada dikongsikan di bawah) sebelum hadir menduduki peperiksaan. Permohonan perpindahan pusat Ujian MUET juga boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan oleh MPM.
Maklumat Lanjut Peperiksaan MUET
Menerusi makluman Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), penawaran Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) akan diperkenalkan bermula bulan April 2021. Untuk makluman, pendaftaran ujian pada masa sekarang adalah di buat dalam 3 sesi. Iaitu Sesi 1, 2 dan 3 (Mac, Julai dan November).
Check Status Pendaftaran MUET Online Dan SMS
Cara Semak Pendaftaran MUET 2021 (Sesi 1, 2 & 3) Online Dan SMS. Panduan buat calon ujian peperiksaan MUET (Malaysian University English Test) yang ada membuat pendaftaran peperiksaan. Dikongsikan dari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), calon boleh check Slip Daftar MUET atau Pendaftaran peperiksaan MUET secara online Dan SMS. Tarikh checking akan dikemaskini.
Untuk makluman, Slip Daftar MUET perlu ditunjukkan kepada pengawas peperiksaan untuk kebenaran atau kemasukan menduduki ujian MUET. Calon perlu checking Slip Daftar Ujian MUET dan seterusnya membuat cetakan slip sebelum masuk ke dewan peperiksaan MUET. Kelulusan MUET yang baik adalah diperlukan untuk permohonan kemasukan ke UA/ IPTA melalui Permohonan UPU online.
Berikut dikongsikan maklumat penting cara check pendaftaran peperiksaan MUET Sesi 1, 2 & 3. Slip menduduki ujian atau peperiksaan MUET Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) boleh di check secara online dan SMS dengan mengikuti langkah seperti yang dikongsikan di bawah ini.
Slip Daftar MUET Sesi 1, 2 & 3 2021 Online Dan SMS
Calon ujian MUET boleh check slip daftar MUET melalui kaedah seperti berikut :-
Tarikh
Berikut adalah tarikh slip daftar MUET bagi tahun 2021 boleh di check.
- Sesi 3 (November 2020) : mulai 11 Januari 2021
- Sesi 2 (Julai 2020) : 10 Mei 2021
- Mac 2020 (Sesi 1) : 6 September 2021
NOTA : Jika maklumat calon tiada dalam MUET/D, sila hubungi terus Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kadar SEGERA. Bagi calon sekolah/institusi, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia melalui Pengetua sekolah/institusi masing-masing.
Cara Semak Pendaftaran Ujian MUET Online
Calon boleh menyemak dengan melayari Applikasi MUET di pautan MUET REGISTRATION SLIP @ http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/
Secara SMS
Calon juga boleh menyemak status MUET/D melalui khidmat Sistem Mesej Ringkas (SMS) dengan menaip
- MUET<jarak>INFO<jarak>nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888
Contoh :
- MUET INFO 931029084444 hantar ke 15888
Caj penghantaran adalah RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20. Perkhidmatan tersedia bagi pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX.
Applikasi MUETbyMPM
Calon peperiksaan juga boleh mendownload applikasi mobile percuma MUETbyMPM di Google Play atau iTunes. bagi menyemak status pendaftaram. Aplikasi ini adalah untuk kemudahan calon ujian MUET menyemak maklumat pendaftaran MUET bagi sesi semasa. Calon juga boleh mendaftar untuk semak semula ujian MUET dalam tempoh tertentu selepas keputusan ujian MUET diumumkan. Pendaftaran semak semula MUET menggunakan no. Pin BSN yang dibeli di BSN.
Selamat membuat pendaftaran ujian MUET 2021 secara online dan membuat checking slip daftar MUET Sesi 1, 2 & 3. Diucapkan selamat menduduki peperiksaan MUET samada sebagai calon baru baru atau memperbaiki keputusan disamping memenuhi syarat UA/ IPTA dari segi syarat permohonan ataupun graduasi. Tahniah kepada calon MUET yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan nanti.