Jadual Peperiksaan MUET 2021 : Tarikh Pendaftaran Dan Ujian. Memiliki keputusan MUET yang cemerlang adalah perlu dalam melepasi syarat kemasukan ke Universiti Awam dan juga untuk syarat pengijazahan. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telahpun mengeluarkan Kalendar MUET 2021 buat rujukan dan panduan pelajar yang ingin menduduki peperiksaan MUET pada tahun 2021.
Jadual Peperiksaan MUET 2021 yang dikeluarkan oleh MPM ini adalah edisi pada 22 Oktober 2021 dan memaparkan tarikh penting berkaitan dengan tarikh pendaftaran dan ujian speaking dan bertulis. Sebarang perubahan pada Kalendar peperiksaan sesi Mac, Julai dan November 2021 akan dikongsikan dari masa kesemasa.
Jadual Peperiksaan MUET 2021 Tarikh Pendaftaran Dan Ujian Speaking/ Bertulis
Peperiksaan MUET atau Malaysian English University Test akan diadakan dalam 3 sesi iaitu 3 kali ujian dalam setahun. Iaitu MUET Sesi Mac, Julai dan November 2021. Pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (degree), adalah wajib bagi anda untuk lulus MUET dengan sekurang-kurang Band 3.
Selain sesi 1 -3, pelajar juga boleh menduduki Muet on Demand MoD yang diadakan selain daripada tarikh ujian 3 sesi ini.
Penangguhan Peperiksaan MUET
Berdasarkan makluman rasmi daripada Laman Web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) berikutan pencegahan penularan wabak COVID-19, MPM akan meminda peperiksaan MUET pada tarikh seperti di bawah.
Kalendar MUET 2021 MPM
Berikut dikongsikan Kalendar Peperiksaan MUET 2021 untuk panduan para calon peperiksaan MUET semua. Antara lain kalendar peperiksaan ujian 2021 ini memaparkan maklumat berkaitan tarikh pendaftaran di buka dan ditutup. Juga dikongsikan adalah tarikh ujian speaking dan ujian bertulis.
- Calon pelajar dinasihatkan untuk merujuk kepada tarikh-tarikh penting tersebut untuk mengelakkan terlepas sesi pendaftaran setiap sesi.
Calon juga dinasihatkan untuk membuat Semakan Slip Daftar MUET 2021 Online sebelum hadir menduduki peperiksaan. Permohonan perpindahan pusat Ujian MUET juga boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan oleh MPM.
Tarikh Penting Peperiksaan MUET 2021
Berikut adalah tarikh penting yang dikongsikan dari Kalendar Peperiksaan MUET tahun 2021
Sesi 1 2021
- 13 November 2020 : Tarikh Pendaftaran dibuka
- 14 Disember 2020 : Tarikh Tutup Pendaftaran
- 17, 18, 22, 23, 24 dan 25 Februari 2021 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
- 10 April 2021 : Tarikh Ujian Bertulis
Sesi 2 2021
- 11 Februari 2021 : Tarikh Pendaftaran dibuka
- 28 Mac 2021 : Tarikh Pendaftaran Ditutup
- 16, 17, 21, 22, 23 dan 24 Jun 2021 : Ujian Lisan (Speaking)
- 3 Julai 2021 : Tarikh Ujian Bertulis
Sesi 3 2021
- 17 Jun 2021 : Tarikh Pendaftaran dibuka
- 1 Ogos 2021 : Tarikh Tutup Pendaftaran
- 11, 12, 13, 14, 20 dan 21 Oktober 2021 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
- 30 Oktober 2021 : Tarikh Ujian Bertulis
Download Kalendar Peperiksaan MUET 2021
Calon peperiksaan boleh memuat turun Kalendar ujian 2021 di MPM
- * Kalendar Peperiksaan ini adalah tertakluk kepada perubahan jika ada
Semoga perkongsian Kalendar Peperiksaan MUET 2021 dari MPM ini boleh dijadikan panduan dalam merancang menduduki peperiksaan MUET nanti. Semoga anda berjaya mendapat keputusan peperiksaan MUET yang cemerlang.