Tarikh Peperiksaan STPM Tahun 2024. STPM Exam table? Berikut dikongsikan Kalendar STPM 2024 dan 2025 buat rujukan pelajar Tingkatan Enam (6) dalam membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Kalendar peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang dikeluarkan oleh MPM mengandungi maklumat penting tarikh pendaftaran peperiksaan dibuka dan ditutup, ujian lisan Bahasa Arab dan tarikh peperiksaan bertulis STPM.
Jadual peperiksaan STPM 2024 & 2025 ini memaparkan maklumat Peperiksaan STPM S 1, 2 dan 3 serta peperiksaan Ulangan S1 dan 2. Lepasan STPM yang berkelayakan boleh menyambung pengajian tinggi mereka ke Universiti Awam – UA/ IPTA melalui application UPU online.
Jadual Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2024
Berikut adalah kalendar peperiksaan STPM 2024 yang mengandungi tarikh penting peperiksaan STPM untuk tahun 2024 & 2025 termasuk tarikh buka dan tutup pendaftaran, tarikh peperiksaan bertulis dan tarikh Ujian Lisan Bahasa Arab.
Kalendar STPM Tahun 2024
Berikut adalah jadual peperiksaan STPM 2024 & 2025 yang memaparkan maklumat penting peperiksaan untuk setiap semester termasuk STPM Ulangan. Jadual peperiksaan STPM 2024 & 2025 yang telah dikongsikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia juga akan dikongsikan di bawah. Kalendar Peperiksaan STPM 2024 dan 2025 boleh dimuat turun/ didownload dalam format PDF di MPM Majlis Peperiksaan Malaysia
1. STPM S1 2025
- Peperiksaan Bertulis: 7, 8, 9, 13 dan 15 Januari 2025
2. STPM S2 2024
- Peperiksaan Bertulis: 12, 13, 14, 15, 19 Ogos 2024
3. STPM S3 2023
- Tarikh Pendaftaran: akan dikemaskini
- Tarikh Ujian Lisan Bahasa Arab : akan dikemaskini
- Peperiksaan Bertulis: 18, 19, 24, 25, 26 dan 27 Februari 2025
4. STPM Ulangan 1 2024
- Tarikh Pendaftaran (buka dan tutup): Akan dikemaskini
- Peperiksaan Bertulis: 7, 8, 9, 13, dan 15 Januari 2025
5. STPM Ulangan 2 2024
- Tarikh Pendaftaran (buka dan tutup): Akan dikemaskini
- Peperiksaan Bertulis: 5, 6, 10, 11 dan 12 Mac 2025
Nota Penting Kalendar Peperiksaan STPM 2024
Berikut dikongsikan nota peperiksaan STPM 2024 buat panduan pelajar semua :-
- Semua maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.
- Pendaftaran bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat sekaligus pada semester 1.
- Calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2024 boleh mendaftar pada semester 2 sebagai calon sekolah swasta atau calon
- Persendirian individu. Calon akan menduduki peperiksaan bertulis bagi semester 1 dan semester 2 sekaligus pada semester 3.
Kerja Kursus STPM (KK)
Calon yang ingin memperbaiki keputusan pepeperiksaan STPM 2024 dikehendaki memilih dan menduduki kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan Kerja Kursus (KK). Namun demikian, sekiranya tidak terdapat kertas peperiksaan alternatif bertulis yang sedemikian bagi sesuatu mata pelajaran, maka calon boleh memilih sama ada hendak melaksanakan Kerja Kursus atau tidak melaksanakannya mengikut pilihan yang berikut:
- (a) Jika calon memilih untuk tidak melaksanakan Kerja Kursus, maka markah KK yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan digunakan untuk skor KK tahun mengulang. Kemudahan ini hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM dua tahun atau lebih selepas menduduki peperiksaan pertama.
- (b) Jika calon memilih untuk melaksanakan Kerja Kursus yang baharu pada tahun mengulang, maka markah KK yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan terbatal dan tidak boleh merayu untuk diambil markah Kerja Kursus STPM tersebut. (Maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 3 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2024 tentang Pendaftaran Lewat).
Bagi calon yang mengambil mata pelajaran baharu berbanding tahun lepas dan tiada markah KK tahun sebelumnya, calon dikehendaki mengambil kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan KK. Namun demikian, sekiranya mata pelajaran tersebut tidak menawarkan kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan KK, calon dikehendaki melaksanakan KK (Maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 3 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2024 tentang Pendaftaran Lewat).
Permohonan semak semula markah dibuka selama 7 hari bermula daripada keputusan peperiksaan semester 1, semester 2, dan semester 3 dimuat naik.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan, sila hubungi MPM di ,maklumat berikut:-
- MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA,
- PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG,
- 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03-61261600 Faksimile: 03-61361488 - Portal MPM: www.mpm.edu.my E-mel: ppa@mpm.edu.mydi talian 03-61261600 samb. 1661/1662/1663/1664/1665.
Semoga perkongsian Kalendar STPM 2024 boleh dijadikan panduan buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan STPM tahun 2024. Usaha dan doa adalah tangga kejayaan.
Note : penggunaan mana mana maklumat stpm ulangan semester pertama 2021 kementerian pendidikan malaysia, a jika calon sekolah swasta atau calon persendirian individu
sahaja dan tidak boleh merayu untuk diambil markah kerja kursus stpm