Jadual SPM 2026 Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

Tarikh Exam SPM (Jadual Sijil Pelajaran Malaysia) Tahun 2026. Perhatian buat pelajar Tingkatan 5. Bilakah tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bakal diadakan? Untuk makluman, tarikh exam SPM telah pun dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut dikongsikan jadual peperiksaan SPM 2026 setelah diumumkan KPM. Peperiksaan SPM tahun 2022 telah dijadualkan semula ke suku pertama tahun 2023 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19 yang mengubah takwim persekolahan sejak tahun 2020.

Result peperiksaan yang cemerlang membolehkan pelajar membuat permohonan kemasukan ke UA/ IPTA, Politeknik melalui application UPU online. Untuk calon peperiksaan awam yang lain, murid boleh merujuk kepada Takwim Peperiksaan dan Pentaksiran.

Jadual Waktu Peperiksaan/ Jadual Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026

Berikut dikongsikan informasi penting berkaitan Jadual waktu peperiksaan SPM tahun 2026 meliputi tarikh peperiksaan ujian bertulis dan ujian lisan, masa dan mata pelajaran.

Tarikh dan jadual peperiksaan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa dan calon adalah dinasihatkan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi LP Malaysia dalam mendapatan maklumat terkini jika terdapat perubahan pada jadual.

Jadual Peperiksaan SPM Tahun 2026 (Tarikh Dan Masa)

Berikut adalah maklumat tarikh penting peperiksaan SPM buat panduan calon peperiksaan dalam membuat perancangan pembelajaran terutama ulangkaji pelajaran.

TARIKH DAN JADUAL SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2025

Pada 18 Ogos 2026, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengumumkan tarikh penting exam SPM seperti berikut :-

  • Ujian Bertutur 1103/3 Bahasa Melayu Kertas 3
    • 26 Hingga 29 Oktober 2026
  • Ujian Bertutur 1119/3 Bahasa Inggeris Kertas 3
    • 2 Hingga 5 November 2026
  • Ujian Amali Sains 4531/3 Fizik Kertas 3
    • 16 November 2026
  • Ujian Amali Sains 4541/3 Kimia Kertas 3
    • 17 November 2026
  • Ujian Amali Sains 4551/3 Biologi Kertas 3
    • 18 November 2026
  • Ujian Amali Sains 4561/3 Sains Tambahan Kertas 3
    • 18 November 2026
  • Ujian Mendengar 1103/4 Bahasa Melayu Kertas 4
    • 23 November 2026
  • Ujian Mendengar 1119/4 Bahasa Inggeris Kertas 4
    • 24 November 2026
  • Peperiksaan Bertulis SPM 2026
    • 23 November Hingga 17 Disember 2026

Jadual SPM 2026

Jadual berikut adalah jadual exam RASMI terkini yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagai rujukan.

Ujian Bertutur Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

Ujian Amali Sains (Fizik, Kimia, Biologi & Sains Tambahan)

Jadual waktu lengkap peperiksaan bertulis SPM 2026 seperti diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) adalah seperti berikut :-

JADUAL SPM 2026 (UJIAN MENDENGAR BM & BI DAN UJIAN BERTULIS)

23 – 24 November 2026

25 – 26 November 2026

30 November – 1 Disember 2026

2 – 3 Disember 2026

7 Disember 2026

8 Disember 2026

9 – 11 Disember 2026

14 – 15 Disember 2026

16 – 17 Disember 2026

Untuk maklumat lanjut peperiksaan, sila rujuk kepada nota dan arahan peperiksaan yang dikongsikan.

Nota Dan Arahan Peperiksaan SPM

Calon yang menduduki peperiksaan di bilik / dewan peperiksaan dilarang:

1. Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan

2. Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan

3. Mendedahkan kertas peperiksaan atau jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain

4. Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan

5. Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain dan menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan

6. Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan

7. Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon8. Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan

Nota Penting

Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-

1. Keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan

2. Keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan

3. Result Keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal

Download Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2026

Calon peperiksaan boleh memuat turun atau download jadual exam SPM 2026 dalam PDF di Lembaga Peperiksaan Malaysia

RASMI :

Selamat menduduki peperiksaan SPM 2026. Moga perkongsian jadual SPM 2026 bermanfaat buat semua. Semoga calon peperiksaan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini.

Share Artikel

shammorin

shammorin