Takwim Peperiksaan Dan Pentaksiran 2025

Tarikh Penting Peperiksaan Dan Pentaksiran 2025. Masa untuk pelajar calon peperiksaan awam tahun 2025 untuk bersedia mengulangkaji pelajaran untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) akan mengeluarkan Takwim Peperiksaan dan Pentaksiran 2025 meliputi peperiksaan utama seperti peperiksaan SPM, SPMU, PAV Dan STAM. Takwim LP ini memaparkan maklumat tarikh-tarikh penting peperiksaan awam seperti ujian bertulis, kerja kursus dan lisan. Maklumat bagi tahun 2025 akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Senarai tarikh Peperiksaan Awam 2025 yang dipaparkan adalah tertakluk kepada pindaan dari Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Maklumat lengkap berkaitan jadual setiap peperiksaan beserta tarikh peperiksaan dan mata pelajaran akan dikongsi selepas diumumkan secara rasmi dari LP Malaysia.

Takwim Peperiksaan Dan Pentaksiran 2019

Tarikh Peperiksaan Dan Pentaksiran Awam Tahun 2025

Maklumat bagi tahun 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Berikut dikongsikan Takwim Peperiksaan dan Pentaksiran Awam 2025 melibatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), SPM ulangan (SPMU), STAM dan PAV buat panduan calon peperiksaan sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memgumumkan pemansuhan peperiksaan UPSR dan pembatalan PT3 bermula tahun 2021. Manakala peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM akan ditunda pada suku pertama tahun berikutnya. Keputusan ini adalah susulan daripada penularan wabak COVID-19 yang melanda negara sekali gus menjejaskan proses persekolahan dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan awam

Takwim Peperiksaan Awam 2025

Berikut adalah tarikh peperiksaan yang lebih terperinci. Untuk mendapatkan jadual peperiksaan setiap peperiksaan, sila rujuk kepada LINK yang berwarna OREN di bawah ini.

JENIS PEPERIKSAAN, KAEDAH & TARIKH

PEPERIKSAANKAEDAHTARIKH
Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)Ujian Bertutur, Mendengar

Bertulis

16 & 17 Julai 2025

15, 16, 17 Julai 2025

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)BertulisDimansuhkan
i. Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) ProKhas 1–Dimansuhkan
ii. Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) ProKhas 1–Dimansuhkan
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)Pentaksiran Pendidikan Kesenian PT3Dimansuhkan
LisanDimansuhkan
BertulisDimansuhkan
Pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional (PAV)Bertulis (Akademik) Sem 114 – 17 Julai 2025
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)Bertulis12 – 24 November 2025
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Ujian Bertutur, Mendengar, Amali

Bertulis

3 – 20 November 2025

20 November – 23 Disember 2025

SUMBER : Lembaga Peperiksaan

Kalendar Peperiksaan STPM 2025

Buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, tarikh penting peperiksaan STPM boleh dirujuk di

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan dan pentaksiran, anda boleh menghubungi talian berikut:

  • SPM : 03 – 8884 3330
  • STAM : 03 – 8884 3340
  • Peperiksaan Luar Negeri : 03 – 8884 3346

Selamat membuat ulangkaji dari sekarang buat calon peperiksaan tahun 2025. Selamat menduduki peperiksaan, semoga anda berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Share Artikel

shammorin

shammorin