Semakan Keputusan Sekolah Sukan Malaysia 2025 Online

Cara Semak Keputusan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia 2025 Online. Panduan buat pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM). Berikut dikongsikan maklumat dan panduan semakan keputusan Sekolah Sukan Malaysia ambilan satu 2025. Keputusan boleh disemak secara online di Applikasi Pengurusan Atlet Murid.

Semakan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia adalah dengan mengisi No Kad Pengenalan dan tekan butang SEMAK. Tawaran tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pemilihan dan hanya sah sekiranya calon atlet murid memenuhi syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia.

Semakan Keputusan Sekolah Sukan Malaysia

Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Sukan Malaysia 2025 Online

Berikut dikongsikan panduan cara membuat semakan keputusan keputusan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) secara online.

  • Semua pemilihan calon akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet Murid ke Sekolah Sukan Malaysia. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam minggu kedua bulan Disember bagi Ambilan Januari dan minggu ketiga bulan Jun bagi Ambilan Julai.
  • Semakan keputusan boleh dibuat melalui Laman Web KPM https://spassm.moe.gov.my dan Sekolah Sukan Malaysia yang berhampiran. Surat tawaran akan dihantar terus ke sekolah asal pemohon.

Semakan Keputusan Sekolah Sukan Malaysia

Ambilan 1/2024 boleh disemak bermula 27 Januari 2025. Berikut adalah cara untuk membuat semakan keputusan:

Cara Membuat Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Sukan Malaysia

Kepada ibu bapa atau penjaga yang berminat untuk menghantar anak ke Sekolah Sukan Malaysia, berikut adalah prosedur permohonan kemasukan murid ke SSM :-

  • Mengisi dan melengkapkan borang pencalonan secara dalam talian di web KPM https://spassm.moe.gov.my/.
  • Tarikh pencalonan dibuka seperti ketetapan berikut :
    1.  Ambilan 1/2025 (1 September 2024 hingga 31 Oktober 2024)

Syarat Kemasukan Atlet Murid Ke Sekolah Sukan Malaysia

Permohonan ke Sekolah Sukan Malaysia dilaksanakan 2 kali setahun iaitu untuk

  1. Ambilan Januari dan
  2. Ambilan Julai

Hanya pencalon yang terdiri daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN) layak memohon dengan menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) https://spassm.moe.gov.my/.

Syarat Umum Kemasukan ke SSM

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Telah melalui proses kenalpasti bakat (Talent Identification (TID)/Talent Search/Talent Scouting).
  3. Bersetuju menerima Sekolah Sukan Malaysia yang ditawarkan dan jenis sukan yang ditetapkan.
  4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Sukan Malaysia yang berkaitan.
  5. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang berdaftar, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
  6. Keutamaan akan diberi kepada atlet murid yang mewakili negeri di peringkat kebangsaan dalam sukan yang diceburi. (Contoh : Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan kejohanan lain yang diiktiraf)

Ujian Mengenalpasti Bakat (TID)

Melalui Program Talent Scouting (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat) yang dijalankan sepanjang tahun
Calon yang dicadangkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang mendapat pengesahan daripada MSN sebagai atlet elit atau atlet pelapis negara.

Senarai Sekolah Sukan Malaysia Terkini

Berikut adalah senarai Sekolah Sukan Malaysia SSM terkini :-

1. Sekolah Sukan Bukit Jalil

  • Kompleks Sukan Negara
    57000 Kuala Lumpur
    Tel: 03-90587335
    Faks: 03-90587153

2. Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail

  • Bandar Penawar
    81930 Bandar Penawar
    Johor Darul Takzim
    Tel: 07-8223027
    Faks: 07-8223028

3. Sekolah Sukan Malaysia Pahang

  • Jalan bandar Gambang 10
    Bandar Gambang
    26300 Kuantan
    Pahang Darul Makmur
    Tel: 09-5497000
    Faks: 09-5497001

4. Sekolah Sukan Malaysia Sabah

  • Peti Surat 18472
    88875 Kota Kinabalu
    Sabah
    Tel: 088-402140, 088-402141
    Faks: 088-402142

Selamat membuat Semakan Keputusan Sekolah Sukan Malaysia 2025 Online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke SSM ambilan sesi Januari dan Julai.

Share Artikel

shammorin

shammorin