Perhatian buat para pelajar Malaysia terutamanya yang berstatus Bumiputera. Adakah anda salah seorang pemohon pinjaman biasiswa MARA? Sekiranya ya, tahukah anda bahawa anda boleh menyemak baki pinjaman MARA secara atas talian menerusi sebuah sistem yang dikenali sebagai e-Baki? Buat yang berminat, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Baki Pinjaman MARA e-Baki secara online buat panduan anda.
Buat makluman semua, sistem e-Baki yang diperkenalkan oleh MARA bertujuan untuk membolehkan para pengguna yang mempunyai akses kepada kemudahan MARA untuk melakukan beberapa urusan. Antaranya adalah menyemak baki Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA, Pinjaman Komputer, serta penyata untuk tahun semasa secara atas talian (online).
Semakan Baki Pinjaman MARA Melalui Sistem e-Baki Online
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat semakan baki pinjaman MARA menggunakan sistem e-Baki.
Juga dikongsikan maklumat lain seperti soalan lazim (FAQ) dalam membnatu pengguna dalam menggunakan sistem ini secara berkesan.
Semakan e-Baki MARA | |||
Langkah-langkah untuk membuat semakan menerusi e-Baki adalah seperti berikut: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Akses sistem e-Baki di pautan ini: e-Baki MARA | ||
2. | Buat pengguna baru, anda hendaklah membuat pendaftaran terlebih dahulu untuk mendapatkan ID dan kata laluan. Klik Pengguna Baru | ||
3. | Masukkan nombor kad pengenalan. Klik Cari | ||
4. | Bagi pengguna yang telah berdaftar, masukkan saja ID Pengguna dan Katalaluan. Klik HANTAR |
Contoh Soalan Lazim (FAQ) e-Baki MARA | |||
Berikut dikongsikan contoh soalan-soalan lazim e-Baki MARA buat rujukan semua: | |||
NO | SOALAN LAZIM | ||
1. | Saya lihat di sistem e-Baki ada transaksi bayaran pada 14hb, tapi sekarang sudah 20hb masih belum ada transaksi bayaran di akaun bank saya
| ||
2. | Saya sudah menerima elaun pertama, tapi ianya hanya elaun 6 bulan sahaja. Bilakah saya akan terima elaun bulan yang seberikutnya?
| ||
3. | Soalan: Saya lihat di sistem e-Baki, saya ada transaksi bayaran elaun sara hidup (DLES) dan yuran (DLYD), tetapi kenapa di akaun bank hanya ada bayaran elaun sara hidup sahaja?
| ||
4. | Saya menerima amaun yuran (DLYD) di dalam akaun bank saya. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan seterusnya?
| ||
5. | Saya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran elaun sara hidup pertama saya RM4,200 (contoh), tetapi kenapa di akaun bank saya, hanya menerima RM3,600 (kurang RM600)?
|
Soalan Lazim e-Baki
Untuk memuat turun soalan-soalan lazim selanjutnya, klik pautan di bawah:
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi MARA:
Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan e-Baki ini dapat memberi manfaat kepada anda terutamanya yang telah membuat permohonan pinjaman MARA. Selamat berjaya membuat semakan.