Semakan Bil Internet Unifi atau Streamyx Secara Online

Panduan buat semua pengguna Unifi atau Streamyx, tahukah anda semakan bil internet Unifi atau Streamyx boleh dilakukan secara online? Telekom Malaysia (TM) merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan internet di Malaysia. Demi memberikan kemudahan kepada pengguna mereka, TM telah menyediakan kemudahan untuk membuat semakan bil secara online.

Pada kebiasaannya, pengguna akan menerima bil yang dihantar ke rumah pengguna. Masalah timbul apabila bil tersebut hilang. Ada sebilangan pengguna mengadu mereka tidak menerima bil mereka dan menyebabkan langganan mereka disekat pihak TM. Justeru itu, pendekatan yang diguna sekarang sangat baik kerana sangat memudahkan pengguna.

Semakan Bil Internet Unifi

Cara Semakan Bil Internet Unifi Atau Streamyx Online

Berikut dikongsikan kepada anda terutama sekali kepada pengguna Unifi atau Streamyx cara nak atau cara untuk membuat semakan bayaran bil internet Unifi atau Streamyx TM secara online.

Adalah diingatkan kepada pengguna TM Streamyx dan Unifi agar membuat pembayaran pada masa yang telah ditetapkan bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan yang dilanggan:

Cara-Cara Membuat Semakan Bil Unifi Atau Streamyx

Berikut dikongsikan cara-cara untuk semak bil unifi atau streamyx bagi memudahkan semua pelanggan TM yang menggunakan Unifi atau Streamyx:
NOLANGKAH
1.Cara semak : Sila buat pendaftaran atau log in menerusi portal unifi dengan klik pautan ini: TM Unifi
2.Isikan email dan kata laluan yang telah didaftarkan jika anda sudah membuat pendaftaran di portal. Jika tidak sila buat pendaftaran dengan melengkapkan maklumat seperti yang diminta kemudian sila ikuti langkah seperti dipaparkan

Semakan Bil Internet Unifi

3.Apabila anda berjaya log in ke dalam portal, paparan bil anda akan dipaparkan bersama maklumat-maklumat penting yang lain

4.Untuk maklumat lanjut mengenai bil, sila tekan “more details” dan paparan maklumat bil anda akan dipaparkan

Cara Bayaran Bil Secara Online

Untuk membuat pembayaran bil, (bayar bil TM) anda boleh membuat bayaran secara online. Langkah adalah seperti berikut:
NOLANGKAH
1.Untuk membuat pembayaran bil, anda boleh membayar menggunakan kad kredit atau debit. Selain itu bil juga boleh dibayar dengan menggunakan online banking

Semoga langkah seperti di atas dapat membantu orang ramai terutama pelanggan TM untuk bayar bil masing-masing melalui perbankan online atau kaunter dan melalui lain-lain kaedah bayaran. Semoga dengan maklumat di atas, dapat meningkatkan efisyen menguruskan bil anda- email protected.

Share Artikel

zfq.editor

zfq.editor