AEON Credit Service menyediakan perkhidmatan kredit untuk pelanggan AEON. Pasti ramai yang ada membuat pinjaman ingin tahu bagaimana untuk semak baki pinjaman AEON Credit? Jawapannya adalah melalui semakan atas talian/ online dan secara SMS dengan menggunakan telefon pintar anda.
Untuk pengetahuan, AEON Credit Service memberi hutang kepada pelanggan-pelanggan melalui servis seperti kredit kad, ansuran bulanan, insurans dan pinjaman peribadi. Walau bagaimanapun, mereka tidak bertindak sebagai institusi kewangan. Hal ini kerana keuntungan mereka hanya diperolehi daripada faedah atau interest dari pemiutang dan terhad kepada beberapa perkhidmatan sahaja.
Cara Semak Baki Pinjaman AEON Credit Online Dan SMS
Berikut dikongsikan panduan membuat semakan baki pinjaman AEON secara online dan juga SMS.
1. Semakan melalui Online
Jika anda mempunyai akaun Login bersama AEON Credit Service and boleh membuat semakan melalui Laman Web Utama AEON Credit di link URL berikut:
- Klik pautan ini: Muka Surat Log Masuk
Dan sekiranya anda belum ada akaun Login di Laman Web Utama Aeon Credit, anda boleh daftar melalui link berikut:
- Klik pautan ini: Daftar Member AEONCredit.com
Peringatan: Nombor Kad Pengenalan anda diperlukan untuk butiran pendaftaran.
2. Semakan melalui SMS
Untuk membuat semakan melalui SMS, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut :
Langkah 1:
Dengan telefon bimbit yang sedia ada, masuk dalam applikasi Messaging anda, dan mula buka mesej baru.
Langkah 2:
Taip Code Ringkas yang ditetapkan oleh AEON:
Sebagai contoh: AEONKeyword(4-digit terakhir No. IC)
Panduan bagi inquiry Credit Card dan adalah seperti berikut:
Keywords:
- Status Permohonan : AEON CCSTS 1234*
- Baki Tertunggak : AEON CCBAL 1234*
- Amaun Bayaran Minima : AEON CCMIN 1234*
- Limit Yang Ada : AEON CCAVA 1234*
- Untuk Mengaktifkan Kad : AEON CCACT 5678**1234*
**5678 = 4 digit terakhir nombor kredit kad
*1234 = 4 digit terakhir nombor I.C. atau passport
AEON-XPRESS Easy Payment/Personal Financing Inquiry
Keywords:
- Status Permohonan : AEON STS 1234*
- Baki Tertunggak : AEON BAKI 1234*
- Amaun Bayaran : AEON BAYAR 1234*
- Tarikh Bayaran Terakhir : AEON AKHIR 1234*
Kadar dan Caj:
- Caj biasa: Satu SMS dicaj RM0.15
- Kadar SMS yang standard akan dicaj untuk setiap SMS gagal yang diterima.
- Kadar SMS yang standard adalah berdasarkan kepada khidmat rangkaian.
Langkah 3:
Hantarkan mesej anda ke 63633
Selamat membuat semakan baki pinjaman AEON Credit secara SMS. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam mengetahui jumlah pinjaman yang telah dibayar atau baki pinjaman yang perlu dibayar.