Semakan Baki Touch n Go Online Melalui Aplikasi Telefon Pintar

Panduan buat rakyat Malaysia terutamanya yang membawa kenderaan sendiri. Adakah anda seorang pemandu yang sering menggunakan lebuhraya bertol di Malaysia? Sekiranya begitu, pasti anda memiliki kad Touch n Go. Jika tidak, adalah dinasihatkan untuk anda memperoleh kad Touch n Go untuk memudahkan urusan melalui tol. Tahukah anda bahawa ada cara yang mudah untuk menyemak baki kad Touch n Go? Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara membuat Semakan Baki Touch n Go Online dengan menggunakan aplikasi telefon pintar.

Buat makluman semua, Touch n Go telah melancarkan aplikasi eWallet untuk memudahkan para pengguna. Aplikasi eWallet ini membolehkan para pengguna untuk memautkan (link) kad Touch n Go mereka terus ke telefon pintar masing-masing. Justeru itu, dengan menggunakan telefon pintar sahaja, para pengguna boleh membuat urusan-urusan seperti berikut:

  • Semak baki kad
  • Melakukan bayaran (bil utiliti, tiket wayang, tiket penerbangan dan sebagainya)

Di telefon pintar juga, para pengguna boleh mendaftarkan sehingga tiga kad dalam satu akaun yang sama.

Semakan Baki Touch n Go Secara Online Melalui Aplikasi Telefon Pintar

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Touch n Go Online Melalui Aplikasi Telefon Pintar buat rujukan semua:

Cara Menyemak Baki Touch n Go

Untuk membuat semakan baki Touch n Go di telefon pintar, turuti langkah-langkah berikut:
NOLANGKAH
1.Anda hendaklah memuat turun aplikasi Touch n Go di telefon pintar. Klik pada pautan di bawah. Pilih samada anda hendak memuat turun aplikasi untuk Android atau iOS:

2.Klik TNG Card untuk mengakses kad Touch n Go.
3.Isikan nombor siri Touch n Go anda dan tekan butang SUBMIT.  Anda boleh mendapatkan nombor siri di belakang kad Touch n Go anda. Sekiranya anda menggunakan kad pengenalan sebagai kad Touch n Go, anda boleh merujuk pada resit yang diperoleh setelah melakukan urusan tambah nilai untuk mendapatkan nombor siri.
4.Setelah selesai melakukan langkah nombor 3, baki kad akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Berikut dikongsikan serba sedikit maklumat tambahan berkaitan Aplikasi Telefon Pintar Touch n Go eWallet:
1.Dengan menekan ADD A NEW TNG CARD, anda boleh membuat penambahan sehingga tiga (3) kad dalam satu aplikasi.
2.Baki boleh disemak pada bila-bila masa. Namun begitu, setelah transaksi dilakukan, proses mungkin mengambil masa sehari untuk dikemaskini.
3.Proses merekodkan bayaran tol hanya akan berlaku dalam tempoh 48 jam (dua hari) bermula dari waktu transaksi sebenar dilakukan. Untuk melihat transaksi kad Touch n Go anda bagi tempoh 30 hari, tekan Transaction History.
4.Kepada yang tertanya-tanya, pihak Touch n Go masih belum menyatakan cara untuk melakukan urusan tambah nilai menggunakan online banking.

Diharap agar maklumat berkaitan cara untuk membuat Semakan Baki Touch n Go Online Melalui Aplikasi Telefon Pintar ini dapat memberi manfaat buat semua. Selamat berjaya menggunakan aplikasi ini dan berhati-hati ketika memandu di jalanraya.

Share Artikel

zf.editor

zf.editor