Tarikh PRN 2023 (Pilihan Raya Negeri Selangor Penang Negeri Sembilan Kedah Kelantan Terengganu)

Tarikh Mengundi PRN Pilihan Raya Negeri Tahun 2023. Bilakah tarikh PRN 15 tahun 2023 (Pilihanraya Negeri)? Pada Pilihanraya Umum yang lepas, enam buah negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan tidak terlibat dalam pilihan raya negeri. Susulan tempoh 5 tahun pentadbiran kerajaan negeri, Pilihan Raya Dewan Undanagn negeri perlu diadakan. Pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas ia dibubarkan.

Teka-teki bila tarikh DUN di bubar pastinya berkait rapat dengan persoalan bilakah rakyat Malaysia di negeri terbabit akan mengundi? Rekod-rekod yang lepas menunjukkan tempoh biasa antara pembubaran parlimen dan hari pengundian akan mengambil masa selama 29 hari. Jangkaan yang kuat adalah DUN dijangka dibubarkan di antara Bulan Jun sekaligus hari pengundian bakal berlangsung pada Ogos 2023.

Tarikh Pilihanraya Negeri Ke 15 (PRN 2023)

Speaker DUN memperkenankan pembubaran DUN ke-14 di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri/Dewan Undangan/Dewan Negeri Yang Ke-14 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada YB Speaker DUN/DU/DN masing-masing.
Sehubungan dengan itu, PRU DUN ke-15 akan dijalankan bagi mengisi kekosongan 36 kerusi Dewan Negeri Kedah, 45 kerusi Dewan Negeri Kelantan, 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu, 40 kerusi Dewan Undangan Pulau Pinang, 56 kerusi Dewan Negeri Selangor dan 36 kerusi Dewan Negeri Negeri Sembilan.
SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas pada 5 Julai 2023 (Rabu). Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Abdul Ghani Salleh, Pengerusi SPR yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Ke-15 seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting untuk PRN ke 15,tahun 2023 yang tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh SPR. Mengikut proses biasa, Suruhanjaya Pilihan Raya atau SPR akan menetapkan tarikh hari penamaan calon dan mengundi selepas DUN di bubarkan oleh Speaker DUN di enam negeri terbabit.

Tarikh Penting

Maklumat tarikh-tarikh penting Pilihanraya Negeri kali ke 15 akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Perkara

Tarikh

1. Tarikh Pembubaran DUN 22, 23, 28 Jun dan 1 Julai 2023
2. Pelancaran Manifesto PH & BN?
3. Mesyuarat Suruhanjaya Pilihanraya SPR Malaysia5 Julai 2023
4. Tarikh Penamaan calon PRN 15 (Pilihanraya Negeri 2023)29 Julai 2023
5. Waktu Berkempen29 Julai sehingga 11 Ogos 2023 jam1159 malam
4. Tarikh Mengundi Awal8 Ogos 2023
5. Tarikh Hari Mengundi PRN 1512 Ogos 2023 (Sabtu)

Untuk makluman, seramai 9.73 juta rakyat Malaysia adalah layak untuk mengundi pada PRN 15 yang berdasarkan kepada daftar pemilih yang digazetkan sehingga 21 Jun 2023. Pecahan pengundi adalah seperti berikut :-

  1. 9,674,456 orang pemilih biasa
  2. 97,388 orang pemilih awal (tentera dan pasangan/polis)
  3. 1,727 orang pengundi tidak hadir luar negara

Info PRU 15

Dibawah dikongsikan maklumat tentang tarikh PRU 15 sebagai rujukan. Pahang, Perak, Perlis adalah negeri yang terlibat mengadakan Pilihanraya Negeri

Perkara

Tarikh

1. Tarikh Pembubaran Parlimen 10 Oktober 2022
2. Pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN)?
3. Mesyuarat Suruhanjaya Pilihanraya SPR Malaysia20 Oktober 2022
4. Tarikh Penamaan calon PRU 15 (Pilihanraya UMUM 2022)5 November 2022
5. Waktu Berkempen5 November 2022 sehingga 18 November 2022 jam1159 malam
4. Tarikh Mengundi Awal15 November 2022
5. Tarikh Hari Mengundi PRU 1519 November 2022 (Sabtu)

Untuk makluman, seramai 21,173,638 rakyat Malaysia adalah layak untuk mengundi pada PRU 15 yang berdasarkan kepada daftar pemilih yang digazetkan sehingga s9 Oktober 2022. Pecahan pengundi adalah seperti berikut :-

  1. 20,905,366 orang pemilih biasa
  2. 265,531 orang pemilih awal (tentera dan pasangan/polis)
  3. 2,741 orang pengundi tidak hadir luar negara

Info PRU 14

Berikut dikongsikan maklumat tentang tarikh PRU 14 sebagai rujukan. Untuk makluman, Sarawak adalah terkecuali daripada mengadakan Pilihanraya Negeri – PRN kerana baru sahaja diadakan pada 18 Disember pada 2021 yang lalu.

Perkara

Tarikh

1. Tarikh Pembubaran Parlimen 7 April 2018
2. Pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) di  Axiata Arena 7 April 2018
3. Mesyuarat Suruhanjaya Pilihanraya SPR Malaysia 10 April 2018
4. Tarikh Penamaan calon PRU 14 (Pilihanraya UMUM 2018) 28 April 2018
5. Waktu Berkempen 28 April 2018 sehingga 8 Mei 2018 jam1159 malam
4. Tarikh Mengundi Awal 5 Mei 2018
5. Tarikh Hari Mengundi PRU 14 9 Mei 2018 (Rabu)

Untuk makluman, seramai 14,940,624 rakyat Malaysia adalah layak untuk mengundi pada PRU 14 yang berdasarkan kepada daftar pemilih yang digazetkan sehingga suku keempat 2017. Pecahan pengundi adalah seperti berikut :-

  1. 14,637,716 orang pemilih biasa
  2. 300,255 orang pemilih awal (tentera dan pasangan/polis)
  3. 3,653 orang pengundi tidak hadir luar negara

9 Mei Cuti Peristiwa Khas Sekolah Bersempena Dengan PRU 14

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah mengumumkan bahawa 9 Mei 2018 (Hari Rabu) adalah cuti peristiwa khas untuk semua sekolah seluruh negara sempena hari mengundi di PRU

Info PRU 13

Sebagai rujukan, berikut adalah tarikh penting PRU yang lepas iaitu PRU13 tahun 2013

Perkara

Tarikh

1. Tarikh Parlimen Dibubarkan 3 April 2013
2. Pelancaran Manifesto BN 6 April 2013
3. Tarikh Mesyuarat SPR Malaysia 10 April 2013
4. Penamaan calon PRU13 (Pilihanraya UMUM 2013) 20 April 2013
5. Tarikh Pengundian PRU 13 5 Mei 2013

Untuk pengundi berdaftar di Malaysia, berikut adalah maklumat berkaitan

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Pilihan raya Umum Malaysia, sila rujuk kepada pautan maklumat yang dikongsikan di bawah ini

Semak Daftar Pemilih

Soalan Lazim Pilihanraya

Manual Perjalanan Pilihanraya 

Jumlah Kerusi Parlimen dan DUN Seluruh Negeri 

Semoga perkongsian Tarikh PRN 15- 2023 (Hari Mengundi Pilihanraya Negeri) boleh dijadikan panduan buat para pengundi di enam negeri terbabit.

Related : perdana menteri datuk seri ismail sabri yaakob, masa terdekat, dewan undangan negeri, tarikh pilihan raya umum ke-15 pru15, selepas mesyuarat, pertuan agong, pegawai pengurus, pengundian bagi pilihan raya, kerusi dewan negeri perak, pengundian awal, negeri pahang 15 kerusi, pengerusi spr tan sri abdul ghani salleh, hari pengundian bagi pilihan raya, orang pengundi bagi pilihan raya umum ke-15 pru15, 222 kerusi dewan rakyat,

Share Artikel

shammorin

shammorin