Kedudukan Pingat Sukan Komanwel 2022 Birmingham

Kedudukan Terkini Pungutan Pingat Sukan Komanwel 2022. Mampukah kontijen Malaysia seramai 107 atlet di Sukan Komanwel Birmingham 2022 mengatasi pencapaian di Gold Coast 2018? Commonwealth Games iaitu acara sukan 4 tahun sekali akan berlangsung di England mulai tarikh 28 Julai sehingga 8 Ogos 2022. Berikut dikongsikan kedudukan pingat Sukan Komanwel 2022 yang memaparkan senarai pingat yang berjaya diperolehi oleh kontijen Malaysia samada emas, perak atau gangsa.

Seramai 107 atlet termasuk 9 atlet para akan membawa cabaran negara dalam misi menduduki Top 10 pungutan pingat.  Pembawa bendera Malaysia kali ini adalah atlet para powerlifting, Bonnie Bunyau dan atlet skuasy, S Sivasangari (Digantikan dengan Aifa Azman). Untuk makluman, pada temasya Komanwel tahun 2018 di Gold Coast, Australia, kontijen negara mengutip 7 emas, 5 perak dan 12 gangsa.

Sukan Komanwel 2022 Birmingham Kedudukan Pingat Dan Keputusan Altet Malaysia

Sukan Komanwel Birmingham kali ini akan mempertandingkan 280 acara daripada 20 jenis sukan. 72 negara akan menyertai Sukan Komanwel yang bermotokan “Games For Everyone”. Maskot adalah “Perry” – Lembu Jantan.

Kontinjen Malaysia, diketuai pemain skuasy wanita Aifa Azman dan atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin sebagai pembawa bendera. Seramai 38 atlet dan pegawai termasuk chef de mission (CDM), Datuk Shahrul Zaman Yahya dan timbalannya, Gerard Monteiro akan cuba untuk merealisasikan target pingat 6 emas.

Berikut adalah senarai acara yang akan disertai oleh kontinjen Malaysia dalam Sukan Komanwel edisi tahun 2022:-

ACARA SUKAN DISERTAI MALAYSIA

Angkat BeratBasikalOlahraga
BadmintonTinjuTerjun
GimnastikGimramaJudo
Boling PadangRagbi 7 sebelahSkuasy
RenangPing PongTriathlon
Para PowerliftingPara Ping PongPara Wheelchair Basketball 3 X 3 & Bola Keranjang 3 X 3

KEDUDUKAN PINGAT SUKAN KOMANWEL 2022 (KONTIJEN MALAYSIA MENGIKUT ACARA SUKAN)

Berikut adalah jumlah pungutan atau kutipan pingat Emas, Perak dan Gangsa yang berjaya diraih oleh Atlet Malaysia untuk semua acara yang ditandingi di Sukan Komanwel di Birmingham, England 2022.

ACARA/ SUKANEMASPERAKGANGSAJUMLAH
Angkat Berat2103
Basikal0011
Olahraga0000
Badminton2125
Tinju0000
Terjun0314
Gimnastik0000
Gimrama2013
Judo0011
Skuasy0011
Boling Padang0112
Ragbi 7 Sebelah0000
Renang0000
Ping Pong0202
Triathlon0000
Para Powelifting1001
Para Ping Pong0000
Para Wheelchair Basketball 3 X 30000
Bola Keranjang 3 X 30000
Jumlah Keseluruhan78823

Senarai pingat yang berjaya dipungut oleh atlet Malaysia pada edisi 2022 adalah seperti berikut.

SENARAI PEMENANG PINGAT MALAYSIA

1. Aniq KasdanAngkat berat lelaki kategori 55 kg30 Julai 2022
2. Aznil BidinAngkat berat lelaki kategori 61 kg30 Julai 2022
3. Shah Firdaus SahromBasikal Trek Keirin Lelaki31 Julai 2022
4. Erry HidayatAngkat Berat lelaki kategori 73kg1 Ogos 2022
5. Tee Ai Xin
Karen Lyne
Alice Chang
Ho Ying
Ping Pong wanita kategori berkumpulan1 Ogos 2022
6. Siti Zalina AhmadBoling Padang kategori wanita individu3 Ogos 2022
7. Amir Daniel Abdul MajeedJudo kategori lelaki 73kg3 Ogos 2022
8. Ng Tze Yong
Aaron Chia
Soh Wooi Yik
Chan Peng Soon
Tan Kian Meng
Goh Jin Wei
Pearly Tan
Thinaah Muralitharan
Cheah Yee See
Lai Pei Jing
Badminton3 Ogos 2022
9. Bonnie Bunyau GustinPara Powerlifting5 Ogos 2022
10. Gabriel Gilbert & Syafiq PutehTerjun 3M Papan Anjal Seirama Lelaki5 Ogos 2022
11. Nur Ain Nabilah, Syafiqa Haidar & Azlina ArshadBoling Padang Triples Wanita6 Ogos 2022
12. Ng Joe EeGimrama – Bola6 Ogos 2022
13. Nur Dhabitah & Ng Yan YeeTerjun 3M Papan Anjal Seirama Wanita6 Ogos 2022
14. Izzah AmzanGimrama – Belantan6 Ogos 2022
15. Ng Joe EeGimrama – Riben6 Ogos 2022
16. Nur DhabitahTerjun 3M Papan Anjal Individu Wanita8 Ogos 2022
17. Javen Choong & Karen LynePing Pong Kategori Campuran8 Ogos 2022
18. Tan Kian Meng & Lai Pei JingBadminton Kategori Beregu Campuran8 Ogos 2022
19. Aaron Chia & Soh Wooi YikBadminton Kategori Beregu Lelaki8 Ogos 2022
20. Ng Tze YongBadminton Single Lelaki8 Ogos 2022
21. Rachel Arnold & Aifa AzmanSkuasy Beregu Wanita8 Ogos 2022
22. Nur Dhabitah & Syafiq PutehTerjun 3M Papan Anjal Berirama Campuran8 Ogos 2022
23. Pearly Tan & Thinaah MuralitharanBadminton Beregu Wanita8 Ogos 2022

JADUAL DAN KEPUTUSAN ATLET MALAYSIA

Berikut adalah pautan jadual dan keputusan acara sukan yang melibatkan atlet-atlet Malaysia di sepanjang kejohanan ini berlangsung :

Klik Commonwealth Games 2022

SENARAI PUNGUTAN PINGAT KESELURUHAN

NWGARAEMASPERAKGANGSAJUMLAH
1. Australia675754178
2. England576653176
3. Kanada26323492
4. India22162361
5. New Zealand20121749
6. Scotland13112751
7. Nigeria1291435
8. Wales861428
9. South Africa791127
10. Malaysia78823
11. N. Ireland77418

*Kedudukan setakat Hari Isnin, 8 Ogos 2022 jam 945pm

Selamat berjuang buat atlet Malaysia di kejohanan Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England. Moga kontijen Malaysia mampu mengatasi pencapaian kedudukan pingat Sukan Komanwel yang lepas.

Share Artikel

shammorin

shammorin