Keputusan Rasmi PRU 14 Seluruh Malaysia. Dalam sesebuah negara demokrasi pilihanraya adalah hari yang amat penting di mana rakyat akan menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk memilih pemimpin dan bakal pemerintah yang akan menguruskan kerajaan mereka. Di Malaysia, proses pilihan raya dilakukan bagi menentukan parti mana yang menang majoriti dalam dewan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Sebanyak 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan meliputi seluruh negeri di Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak. Parti-parti yang bertanding akan mempersiapkan jentera mereka untuk menghadapi pilihanraya umum. PRU di Malaysia diadakan sekali dalam lima tahun kecuali dewan dibubarkan awal.
Bagi Pilihan Raya Umum 14 kali ini, yang akan berlangsung pada tanggal 9 Mei 2018 dilihat PRU 14 paling sengit dalam sejarah. Kerajaan yang dipilih pada PRU 13 yang lalu akan mempertahankan kerusi masing-masing untuk terus memerintah. Manakala di pihak pembangkang juga cuba untuk merampas kuasa yang dipegang sejak sekian lama. Justeru itu kami kongsikan keputusan PRU 14 ini bagi memudahkan rakyat untuk melihat keputusan pilihanraya umum 14.
Keputusan Rasmi PRU 14 Semua Negeri DUN Dan Parlimen
Sila layari pautan link yang disertakan seperti berikut bagi mendapatkan keputusan PRU 14 mengikut negeri:-
KEPUTUSAN PRU 14 SELURUH NEGERI | |||
![]() | ![]() | ![]() | |
![]() | ![]() | ![]() | |
![]() | ![]() | ![]() | |
![]() | ![]() | ![]() | |
![]() | ![]() | – |
SUMBER: SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)
Maklumat Berkaitan Proses Pilihan Raya Umum 14
Berikut dikongsikan proses PRU berlangsung yang akan bermula dari penamaan calon hingga hari mengundi:
- Hari penamaan calon. Calon-calon yang hendak bertanding boleh mengemukakan kertas penamaan kepada pegawai pengurus. Kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang, penyokong atau salah satu. Pencalonan akan diteliti oleh pegawai bertugas
- Kempen. Kempen untuk pilihan raya hanya akan dilakukan selepas pengumuman calon dan akan tamat tepat jam 12 tengah malam sebelum hari mengundi. SPR dibawah Akta Pilihan Raya 1958 akan menguatkuasakan undang-undang demi memastikan pilihan raya berjalan lancar. Sepanjang tempoh berkempen, calon-calon boleh mengadakan ceramah dan memasang poster mengikut peraturan.
- Hari mengundi. Para pengundi akan keluar untuk membuang undi di lokasi yang ditetapkan dalam daftar semakan pemilih. Waktu mengundi bermula jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang di seluruh Malaysia. Para pengundi perlu membawa kad pengenalan sendiri dan pergi ke pusat mengundi seperti yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan mengenai proses mengundi boleh bertanya kepada pegawai-pegawai bertugas pada hari tersebut.
Semoga perkongsian ini dapat membantu seluruh rakyat Malaysia. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya. Semoga dapat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan untuk kesejahteraan rakyat dan keamanan Malaysia.