Berapakah Jumlah Kerusi Parlimen Dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Di Malaysia? Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah mengumumkan tarikh Pilihanraya Umum (PRU) 15 tahun 2022 adalah pada 19 November 2022 (tarikh mengundi). SPR akan menggunakan daftar pemilih yang dikemaskini sehingga 9 Oktober 2022 menyenaraikan seramai 21,173,638 pemilih berdaftar layak mengundi pada PRU15.
Secara keseluruhan, terdapat 222 kerusi Parlimen dan 576 kerusi DUN terkini di seluruh negara. Namun, pilihan raya umum kali ke 15 tahun 2022 adalah membabitkan pertandingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Perak, Perlis dan PRK Bugaya sahaja serta 222 kerusi Parlimen. Ini disebabkan Negeri Sarawak, Sabah, Melaka dan Johor adalah terkecuali daripada mengadakan Pilihanraya Negeri (PRN) kerana telah diadakan baru-baru ini. Manakala negeri di bawah Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional mengumumkan untuk tidak membuat pembubaran DUN
Jumlah Kerusi Parlimen Dan DUN Seluruh Negeri
Berikut dikongsikan senarai jumlah Kerusi DUN – Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di setiap negeri di Malaysia. Keseluruhannya terdapat
- 222 kerusi Parlimen
- 576 kerusi DUN
Untuk memudahkan semua, senarai negeri dibahagikan kepada zon. Zon Utara merangkumi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
ZON UTARA | |||
NEGERI | PARLIMEN | DUN | |
PERLIS | 3 | 15 | |
KEDAH | 15 | 36 | |
PULAU PINANG | 13 | 40 | |
PERAK | 24 | 59 |
Zon Tengah adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Negeri Selangor
ZON TENGAH | |||
NEGERI | PARLIMEN | DUN | |
SELANGOR | 22 | 56 | |
WP KUALA LUMPUR | 11 | – | |
PUTRAJAYA | 1 | – |
Zon Selatan merangkumi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor
ZON SELATAN | |||
NEGERI | PARLIMEN | DUN | |
NEGERI SEMBILAN | 8 | 36 | |
MELAKA | 6 | 28 | |
JOHOR | 26 | 56 |
Kelantan, Terengganu dan Pahang terletak di Zon Timur
ZON TIMUR | |||
NEGERI | PARLIMEN | DUN | |
PAHANG | 14 | 42 | |
KELANTAN | 14 | 45 | |
TERENGGANU | 8 | 32 |
Dua buah negeri terbesar di Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak terletak di Malaysia Timur
ZON MALAYSIA TIMUR | |||
NEGERI | PARLIMEN | DUN | |
SARAWAK | 31 | 82 | |
SABAH | 25 | 60 | |
LABUAN | 1 | – |
Untuk gambaran yang lebih jelas, sila rujuk kepada grafik Jumlah Kerusi DUN dan Parlimen seluruh negeri di Malaysia berikut :-
GRAFIK KERUSI DUN & PARLIMEN YANG DIPERTANDINGKAN DI PRU14 sebagai rujukan |
Berikut adalah senarai nama baru DUN dan Parlimen di bawah penyemakan semula persempadanan baru :-
NAMA BARU DUN DAN PARLIMEN |
Keputusan Rasmi PRU 15 setiap negeri boleh diketahui dengan melayari pautan link NAMA NEGERI yang disertakan seperti berikut :-
KEPUTUSAN PRU 15 SELURUH NEGERI | |||
PERLIS | KEDAH | PULAU PINANG | |
PERAK | SELANGOR | WILAYAH PERSEKUTUAN | |
NEGERI SEMBILAN | MELAKA | JOHOR | |
PAHANG | KELANTAN | TERENGGANU | |
SARAWAK | SABAH | – |
MAKLUMAT LANJUT |
perdana menteri pakatan harapan baru bian ahli parlimen mengangkat sumpah dewan rakyat anwar ibrahim ismail sabri dr mahathir mohamad
Selamat mengundi buat para pengundi berdaftar di Malaysia. Pilihan pemimpin yang betul untuk negara yang maju dan makmur. Kepada yang layak tetapi masih belum mendaftar, lekas-lekaslah membuat pendaftaran pemilih.
Related : mohamad ariff md yusof, parti sarawak timbalan presiden prn sabah datuk seri mohamed azmin ali perikatan nasional prk batu sapi suruhanjaya pilihan raya gabungan parti perdagangan antarabangsa dan industri, dewan rakyat hari merangkap menteri perdagangan antarabangsa perdana menteri tan sri muhyiddin yassin kanan merangkap menteri perdagangan perlembagaan persekutuan parlimen malaysia