Lokasi Kamera AES Terkini Di Malaysia (Hadlaju & Lampu Isyarat)

Senarai Terkini Lokasi Kamera AES Di Malaysia. Panduan buat pengguna kenderaan di Malaysia. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sistem AWAS bagi membantu mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya yang melibatkan kesalahan berkaitan dengan had laju dan juga pelanggaran isyarat lampu merah. Berikut adalah  Senarai Lokasi Kamera AES Terkini Di Malaysia di lebuhraya, jalan biasa melibatkan pemasangan kamera AES hadlaju dan lampu isyarat.

AES atau Automated Enforcement System adalah satu kaedah penguatkuasaan peraturan dan undang-undang lalulintas secara automatik yang beroperasi 24 jam tanpa henti walau dalam apa jua keadaan cuaca. AES beroperasi dengan pemasangan kamera automatik di lokasi-lokasi tertentu seperti jalanraya, lebuhraya dan persimpangan lampu isyarat. Kamera akan menangkap gambar kenderaan yang melakukan kesalahan dan dihantar ke pusat kawalan AES. JPJ akan mengesahkan kesalahan dan butiran pemilik kenderaan dan seterusnya mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan.

Lokasi Kamera AES Terkini Di Malaysia

Senarai Lokasi AES Terkini (Baru Dan Sediada)

Berikut dikongsikan senarai lokasi kamera AES baru, dalam persediaan dan sediada samada di jalan biasa, Lebuhraya serta persimpangan lampu isyarat.

A. Lokasi Kamera Aes Awas Sediada

Terdapat sejumlah 45 kamera sediada iaitu 29 kamera AES melibatkan had laju dan 16 lagi melibatkan Lampu Isyarat. Senarai lengkap lokasi letaknya kamera AES sediada meliputi maklumat lokasi, no laluan, had laju dan koordinat GPS adalah seperti berikut :-

Kamera AES/AWAS (Had Laju)

LokasiHad LajuArah
KM256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2110 km/jKuala Terengganu
KM151.4 Lebuhraya PLUS110 km/jArah Utara
KM18 Lebuhraya Guthrie110 km/jArah Utara
KM28.4 Lebuhraya ELITE110 km/jArah Utara
KM1 Lebuhraya PLUS110 km/jArah Utara
KM21 Lebuhraya LEKAS110 km/jArah Utara
KM184.2 Lebuhraya PLUS110 km/jArah Utara
KM185 Lebuhraya PLUS110 km/jArah Selatan
KM21 Lebuhraya LEKAS110 km/jArah Selatan
KM1 Lebuhraya LEKAS110 km/jArah Selatan
KM17 Lebuhraya LEKAS110 km/jArah Selatan
KM18 Lebuhraya Guthrie110 km/jArah Selatan
KM146.8 Lebuhraya PLUS110 km/jArah Selatan
KM288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2110 km/jArah Kuala Lumpur
KM214.4 Lebuhraya PLUS110 km/jArah Selatan
KM97.2 Lebuhraya PLUS110 km/jArah Selatan
KM299.9 Lebuhraya PLUS110 km/jArah Utara
KM204.6 Lebuhraya PLUS110 km/jArah Utara
KM174 Lebuhraya PLUS110 km/jArah Utara
KM6.6 Lebuhraya SKVE80 km/jPuchong ke Kajang
KM1.6 Lebuh Sentosa, WP Putrajaya70 km/jKajang ke PICC
KM17 Jalan Gua Musang-Kuala Krai90 km/jArah Kota Bharu
KM301.6 KM Lebuhraya PLUS90 km/jArah Utara
KM328.8 Lebuhraya PLUS110 km/jArah Selatan
KM166 Lebuhraya PLUS110 km/jArah Selatan
KM375.9 Lebuhraya PLUS110 km/jArah Utara
KM96.3 Lebuhraya PLUS110 km/jArah Selatan
KM214.4 Lebuhraya PLUS110 km/jArah Utara
 KM85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Sungkai90 km/jArah Selatan

Lokasi Kamera AES/AWAS (Lampu Isyarat)

LokasiPenguatkuasaanArah
Jalan Klang Lama, Kuala LumpurLampu IsyaratArah Puchong
KM26 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (Sungai Siput)Lampu IsyaratArah Kuala Kangsar
KM1 Jalan Gurun-SikLampu IsyaratArah Sik
KM36 Jalan Alor Setar-ButterworthLampu IsyaratArah Puchong
KM4 Jalan Setiawan-LumutLampu IsyaratArah Lumut
KM11 Jalan Setiawan-IpohLampu IsyaratArah Setiawan
KM116 Ipoh-Kuala LumpurLampu IsyaratArah Ipoh
KM116 Ipoh-Kuala LumpurLampu IsyaratArah Kula Lumpur
KM4 Jalan Setiawan-LumutLampu IsyaratArah Setiawan
KM54 Jalan Alor Setar-ButterworthLampu Isyarat–
KM1 Jalan Gurun-SikLampu IsyaratArah Sik
Jalan Pasir Putih, IpohLampu IsyaratArah Pasir Janji
Jalan Ipoh, Kuala LumpurLampu IsyaratArah Sentul
KM14 Jalan Ipoh-PusingLampu IsyaratArah Setiawan
KM8 Jalan Teluk Intan-Hutan MelintangLampu Isyarat–
KM38 Jalan Ipoh-KamparLampu IsyaratArah Ipoh

Semoga perkongsian Senarai Lokasi AES Terkini Di Malaysia boleh dijadikan panduan dan rujukan buat para pemandu kenderaan di Malaysia. Cara permanduan yang berhemah dengan mematuhi undang-undang jalanraya dapat membantu dalam mengelakkan atau mengurangkan kemalangan di jalanraya. Selamat memandu dan elakkan dari disaman atas kesalahan jalanraya.

Share Artikel

shammorin

shammorin